Thursday, May 28, 2009

Ini yang kita tidak mahu tengok

Assalamualaikum,







Hari ini, berita harian melaporkan
KUALA LUMPUR: Kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun mati selepas digilis kereta yang diundur ibunya ketika mahu meletakkan kenderaan itu di tempat letak kereta Jalan 25/70A Sri Hartamas di sini, semalam. Dalam kejadian jam 2 petang itu, Isabel Chong yang keluar bersama ibu bapanya meninggal di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala.
Sebelum kejadian, ibunya, Tan Lih Yiing, 29, menurunkan bapa mangsa di salun rambut berhampiran sebelum mencari tempat meletak kereta dan menyuruh mangsa menunggu di belakang. Difahamkan, ketika mengundur, Tan secara tidak sengaja tertekan pedal minyak menyebabkan Proton Wira dipandunya ke belakang dan melanggar Isabel. Mangsa yang terjatuh digilis tayar belakang. Pekerja kedai berhampiran, Shahida Hussin, 19, berkata orang ramai segera membantu mengangkat belakang kereta itu untuk menarik mangsa, tetapi dia sudah meninggal dunia.
"Ibunya yang menangis sambil memeluk mangsa enggan melepaskannya sehingga polis tiba. Dia menghentak kepalanya pada kereta itu berulang kali kerana menyesal," katanya. Sementara itu, Timbalan Ketua Trafik Kuala Lumpur, Deputi Superintendan Ng Fook Long, berkata pihaknya akan mengambil keterangan ibu bapa mangsa pada masa terdekat bagi membantu siasatan
.
# Satu je yang saya nak komen, kenapa la mak dia suruh anaknya turun dari kereta. Kan elok jika ada ada dalam kereta, lagi pun dia baru berumur tiga tahun.
Saya tahu ini ketentuanNya, dan ini soal ajal dan maut, namun ia dapat dielak jika kita lebih berhati-hati, berfikir sebelum bertindak.
Saya sedih betul dengan kejadian ini. Saya sendiri kalau boleh akan masukkan anak-anak dalam kereta atau masukkan mereka dalam rumah atau minta orang dewasa pegangkan anak-anak. Anak-anak ini bukannya boleh kita fahami, pemikiran mereka tidak sama dengan orang dewasa dan 'orang kecil' ini boleh bertindak di luar pemikiran kita, malah mereka mudah tercedera, terjatuh atau tersadung.
Sebagai ibu, saya sangat terkesan dengan cerita ini. Semoga ibu-ibu dan saya sendiri terus berhati-hati dan dijauhi dengan mala petaka seumpama ini.
Ok kawan-kawan, jaga diri, hiasi peribadi.

Friday, May 15, 2009

gambar separuh bogel mama... auw seksinya.


Askum,

Ari ini ada mood nak menaip walaupun kepala ting tong....first day bendera merah kuar (biasalah tu).
Nak berkongsi cerita mengenai kakak (anak aku) yang sudah pandai menulis dan melukis (walaupun lukisan dia kelakar dan kita tak faham langsung).

Intro
Baru-baru ini, mama buatkan kakak (dia tak mau dipanggil Kak Long tapi suka jika panggil kakak je) skrap book. Skrap book tu mama buat daripada lebihan kertas print gambar yang dah tak pakai. Bagi menjimatkan duit bukan...bukan.. bagi menggelakkan pembaziran, terhasillah skrap book tu.
Kulit skrap book dari kertas keras yang jadi balut cadar yang baru di beli dari Jusco tempoh hari. Mama tebuk lubang kat kertas dan ikat dengan reben, maka jadilah skrap buku untuk kakak.
Kakak sangat suka dapat skrap book tu dan mama tuliskan nama di depan kulit 'Buku Ai..... Qis........ Kaka sangat happy bila nama dia dituliskan dengan marker. Adik nengok je mama tulis nama dan dengan rengekkan manja, adik minta mama tulis nama dia. Maa kata tak boleh sebab itu buku kakak.
Tapi kakak yang baik hati pujuk mama dan suruh tulis nama adik di belakang cover buku. Maam akur dan adik tersenyum bangga. Kakak bertepuk tangan.
(Mak panjangnya intro, kalau dengan bos Datuk Manja pasti mama kena jerkah dan soalan 'kau sekolah kat mana?" pasti akan keluar)

Ceritanya
Selepas je kakak dapat skrap book tu, dengan bangganya kakak bawa pi rumah mak (pengasuh dia la), nak tunjuk kakt kawan-kawan. Kakak bangga gile ada buku tu.
So mulai hari itu kakak menulis dan melukis. Oleh kerana mama dah belikan pensil warna yang boleh dibancuh dengan air jadi water colour, maka kakak pun mewarnalah buku skrap itu.
Dua hari berlalu, banyak yang sudah kakak lukiskan, dan satu lukisan yang mama tak akan lupa adalah lukisan orang lidi yang kakak lukis.
Bangga sungguh kakak menunjukkan gambar itu. Mama tengok dia bangga giler dengan lukisan itu. Mama puji kakak kata dia pandai lukis dan lukisannya cantik.
Mama tanya kakak, lukisan orang itu siapa?. Kakak kata lukisan lidi itu adalah mama. Mama tersenyum mendengarnya dan sambung kakak, lukisan itu adalah lukisan mama tengah kemban.
Apa? Mama tengah kemban? Tergelak besar mama mendengarnya. (Mana dia dapat idea entah la) Korang kena tengok gambar mama tengah kemban tu, very quit.

Akhirnya, gambar separuh bogel mama terhasil lah.

Friday, May 8, 2009

Permata Hati Mama

Ini kakak. Agak2 ni kat mana?
Gambar di Hospital Sg Buloh Aidiladha yang lalu, masa melawat opah sakit.

Hi, sayalah ADIK bukan adik la, saya ABANG. Agak2 abang tengah buat apa ni?


Thursday, May 7, 2009

Terima kasih Kekawan

ASSALAMUALAIKUM,

Hari Ibu disambut esok. Selamat Hari Ibu kepada mereka yang memegang title itu.
Namun, saya masuk kali ini bukan nak cakap pasal hari ibu tetapi terima kasih kepada Angah yang meminjamkan UBS mikronya sehingga membolehkan saya memindahkan dokumen dari telefon bimbit ke komputer.
Dan terima kasih sekali lagi bantu buat templates baru blog ini. Begitu juga kat Bennie.
Kata Angah saya berhutang dengan dia RM20/- kerana bantuan itu. Tapi saya tau itu joke pagi Jumaat. Anyway terima kasih sekali lagi.
Bersama ini saya masukkan gambar dua permata hari saya yang semakin membesar tempat mencurah kasih dan kawan gaduh sejak bapak bertugas di Sabah. Luv u anak-anak.
Sekian, jumpa lagi.

Sunday, May 3, 2009

Lebih 40 hari lalu

Assalamualaikum,
Dah sebulan tidak bertandang di blog bukan apa tetapi kesibukan dan kemalasan menguasai diri.
Sebenarnya banyak yang mahu ditulis berkongsi rasa suka dan duka.
Namun, untuk dua bulan kebelakangan ini sebenarnya, lebih banyak duka dalam hidup aku.

Ibu, Mei ini banyak betui promosi mengenai Hari Ibu. Tapi aku begitu sayu mendengar dan menatap iklan ini di media massa.

Ibu yang paling dikasihi menghadap tuhan, ke rahmatullah pada tanggal 25 Mac lalu (Rabu) jam kira-kira 7.30 pagi di kediaman kami di Kampung Teluk, Kampung Gajah Perak kerana serangan jantung. Ini serangan jantung kali keduanya, sebelum ini mak pernah dimasukkan diICU kerana jantung di Hospital Sungai Buloh dua hari selepas majlis hari jadi anak aku Dhani.

Sebenarnya, sudah lama aku mahu berkongsi rasa mengenai kepermergian ibu yang ku panggil mak tu. tapi berkali-kali mencuba masih tak boleh menulis, kerana air mata lebih laju dari jari yang menaip.

Dua hari lepas genap 40 hari mak meninggalkan aku dan adik-adik, kami buatkan kenduri tahlil dan doa kami sekeluarga panjatkan. Al Fatihah.
Rasa kosong betui apabila tiba di kampung kerana kami semua tidak lagi dapat menjenguknya di bilik mak untuk bersalam dan berpelukan setiap kali sampai di rumah.
Yang tinggal bilik dan katil mak, yang nampak lebih kemas kerana tidak lagi menjadi tempat emak berbaring.

Memetik kata-kata sepupu aku, Kak Ani, 'rasa kosong betul bila tiba di kampung dan ralat sangat nak balik ke kampung kerana masih teringat-ingatkan mak cik.' Kak ANi memanggil mak aku sebagai makcik.
Pernah kata Kak ANi, dia dah membeli kuih di gerai tepi jalan untuk di bawa menziarah mak aku, tetapi berpatah balik kerana baru tersedar yang mak sudah tiada lagi.

Begitu juga dengan aku, selalu teringat untuk menelefon mak berkongsi cerita dan bertanya khabar. Ia memang menjadi rutin setiap minggu untuk berbuat begitu terutama untuk anak-anak aku Aireen dan Dhani melepas rindu lebih-lebih lagi sejak bapak dia orang berpindah ke Sabah yang membataskan kami balik kampung.

Airmata mengalir laju, aku rasa baik ku tamatkan catat ini sebelum rakan sepejabat perasan yang aku sedang menangis.

Jumpa lagi