Friday, July 24, 2009

Jadi fikir-fikirkan lah.







Assalamualaikum,


Saya mahu menulis perkara yang serius dalam entri kali ini, mengenai nasib orang melayu di bumi Melayu. Idea ini tercetus daripada penulisan seseorang yang tidak dapat disiarkan kerana dikatakan terlalu sensitif.

Penulis berkenaan seorang Cina Muslim yang begitu Melayu nadanya dengan lantang mempertikaikan cara orang Cina dan India di negara ini membangkitkan isu mengenai bangsa mereka.

Menurut penulis itu, apabila sesuatu kejadian mengenai orang Melayu dibangkitkan sering saja orang Melayu bertindak dengan berhemah dan bertimbang rasa. Apa saja pendapat yang lantang mengenai orang melayu dilihat sebagai racism/perkauman sedangkan jika bangsa lain berbuat demikian dilabelkan sebagai memperjuangkan hak mereka sebagai warganegara.

Persoalannya, orang Melayu bukan warga negarakah? Kita semua warganegara tapi mereka yang diberikan kewarganegaraan ketika negara mahu merdeka seakan lupa yang mereka diberikan taraf itu atas dasar keamanan serta timbang rasa. Mereka juga lupa keistimewaan hak orang Melayu serta Raja-Raja Melayu perlu dihormati.

Orang Melayu dan Islam di bumi Melayu ini dalam banyak hal selalunya mengamalkan sikap tolenrasi kerana mahu negara ini aman dan harmoni manakala bangsa lain melalui ahli politiknya sering membangkitkan isu perkauman dan hak sehingga mewujudkan suasana tegang dan tidak senang di kalangan orang Melayu.

Satu yang saya terfikir, apabila satu Cina ini mati, heboh satu 'kampung' sedangkan kita tidak tahu kemungkinan benar beliau membunuh diri. Apa mahu kecoh sangat sehingga ada suruhanjaya menyiasat.

Sering terjadi orang Cina dan India ini sengaja membangkitkan isu mudah menjadi rumit dengan menggunakan alasan keadilan dan kesaksamaan.

Paling dibenci, apabila yang berteriak mahukan suruhanjaya ini bertindak mempertikaikan apabila Kabinet setuju mewujudkannya.

Melayu seringkali bertolenrasi dan membenarkan serta melayan kerenah orang yang berkepentingan untuk politik semata-mata.

Berikut beberapa petikan tulisan penulis Cina mengenai Melayu yang menangkap jiwa saya,


"Malang sungguh menjadi orang Melayu ............apabila sesuatu kejadian yang menimpa orang Melayu, tidak ramai yang berasa sensitif tetapi apabila orang lain, terutama (Cina dan India), seolah-olah hari sudah hampir kiamat seperti tidak ada isu lain yang hendak dibincangkan lagi.
Kita jarang berpolitik untuk mempertahankan apa yang benar dan apakah yang salah. Tetapi kita lebih banyak berpolitik dengan politik yang merugikan iaitu menuding jari untuk melihat siapakah yang menang (benar), siapakah yang kalah (salah). Politik hanya untuk mencari keuntungan politik atau mendapat undi politik, sedangkan maruah agama dan bangsa tergadai. Berbaloikah dengan berpolitik sebegini sedangkan orang lain sentiasa mengambil kesempatan hasil kelemahan kita.

Kita juga jarang berpolitik melihat kepentingan semua kaum, tetapi berpolitik secara sempit mempertahankan kaum sendiri sehingga hilang rasional akal. Tujuannya tidak lain, untuk mempertahankan kuasa dan memancing undi. Masing-masing mahu menjadi jaguh kaum, dengan mengenepikan kepentingan umum.'


Renungkah persoalan yang dibangkitkan di bawah ini. Saya sangat terkesan dengan kenyataannya ini.


"Berapa banyak surau dan masjid dirobohkan untuk tujuan pembangunan? Berapa ramai bukan Islam tampil mempertahankannya? Orang Islam masih boleh menerimanya. Itulah sikap toleransi yang amat saya kagumi. Tetapi apabila ada satu kuil atau tokong dirobohkan bagi tujuan pembangunan, satu Malaysia bagaikan nak ribut dan kelam-kabut seolah-olah berlaku penganiayaan terhadap orang bukan Islam," .


Jadi fikir-fikirkan lah.

Tuesday, July 21, 2009

mengantuk gilak

by TubaOrNotTuba
Saya macam ni la, ngantuk giler tak boleh angkat muka

Hari ini KL dan kawasan sekitarnya dibasahi hujan sekitar jam 10.30 pagi selepas seminggu kering kontang.
Seperti juga hujan yang membawa air yang sejuk, suasana dalam ofis pun dingin jugak. Maka, badan yang keletihan kerana sukar nak tido malam tadi, pun jadi mengantuk (satu lagi sebab dah kenyang makan mihun sup).
Mengantuk yang memang tak boleh tahan gilak.
Bermacam-macam yang dilakukan, tetapi masih mengantuk. So bile kekawan ajak makan tengahari, maka teman pun pegi le sekali konon untuk mencelikkan mata.
Memang mata jadi celik sebab banyak makanan di kafe. Selepas makan nasi (nasib baik ambik sikit je) maka teman ambik pula kuih (3 je) dan nescafe tarik (konon nak bagi tak mengantuk).
Maka, kekenyanglah teman.
Dan akibat kekenyangan, mengantuk tak hilang malah datang kembali. So terhasillah nukilan di dalam entri kali ini, cerita mengenai mengantuk gilak.
Sehingga entri ini terhasil, teman masih ngantuk lagi, ngantuk gilak. Ingatkan boleh celik bila menghasilkan tajuk mengantuk gilak.
zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz

Sunday, July 12, 2009

Mak

Rindu pada mak datang lagi, lebih-lebih lagi kelmarin Sabtu malam ahad kami menganjurkan majlis tahlil untuk mak selepas 109 hari beliau meninggalkan kami.

Hari ini dah 111 hari mak pergi tak kembali.
Anak dan cucu mak memang rindu kat mak, walaupun adik dan kakak sebenarnya tak faham apa itu kematian.
Adik selalu kata opah dah meninggal dunia bila kita tanya mana opah dia. Begitu juga kakak.
Kakak pernah menangis rindukan opah dan ajak mama solat dan doa banyak banyak supaya kami dapat hidupkan opah. (Mungkin dia faham kalau kita doa dan solat banyak-banyak serta berbuat baik opah dapat hidup kembali).

Apa pun, memang terasa lain berkunjung ke rumah mak tak sama macam masa dia ada. Harap kami adik beradik akan tetap berkunjung ke rumahnya itu, berhari raya dan mengadakan berkenduri dan berkumpul adik beradik, tambahan pula masih ada dua orang lain belum berkahwin.
Rumah mak memang tak banyak beza kerana masih di huni anyah di sana, tapi suasananya lain.
Terima kasih bebanyak pada mak ngah kerana dia beri kekuatan dan menumpang kasih.

Ok, saya tidak boleh berbicara lagi kerana skrin dan keyboard komputer saya tak nampak lagi.

Tuesday, July 7, 2009

Thank u anak-anak dan bapak







Semalam, 7 Julai saya menerima ucapan paling bermakna dari Mr Hubby dengan anak-anak.Anak-anak memang selalu menggembirakan dan dia orang memang pandai ambil hati mama. Semalam, selain ucapan itu anak-anak memeluk dan mencium mama dengan erat.Thank u anak-anak dan bapak.

Monday, July 6, 2009

Rombongan Peminangan Pak Usu


Pada 20 Jun lalu sehari sebelum ke Sabah, adik, kakak dan mama mengikuti rombongan peminangan dan majlis bertunang Pak Usu. Lama betui mama, adik dan kakak tak ke sana dan lawatan ke Melaka kali ini sangat mengujakan anak-anak. Adik dan kakak asyik bercakap ganggu atuk (ayah Dakja) nak tido. Memang atuk terkena kali ini kerana tak dapat tido dik suara anak-anak. Majlis peminangan dan pertunangan Pak Usu berjalan lancar walapun tengah orang sibuk berbincang adik asyik minta susu je. Pada majlis tu Pak Usu tak ada tapi selesa tetamu pulang, Pak Usu mengjenyuk jugak makan atas jemputan tuan rumah. Menu ari tu, hi-tea roti jala kari, kuih muih termasuk kuih koci, karipap dan macam-macam lagi. Ada jugak kek, tembikai. Kakak yang berbaju baru warna peach dengan muka kelihatan letih sebab tak tido langsung sepanjang perjalanan , makan banyak betui tembikai sampai baju kotor. Berselera sungguh dia. Adik yang sibuk nak susu tadi, tidur di pangkuan Udak. Apalah adik, kenyang dengan susu je dia. So, hasil perbincangan kedua pihak maka kenduri Pak Usu akan diadakan pada 12/12/09 (Sabtu)di Dewan ( tak ingat la) di Melaka - pernikahan pagi dan sanding tengah hari. Majlis di Kuching insya'Allah akan diadakan pada 27 Disember (betuikan saya kalau salah). So kami semua dah pakat tempah tiket kapal terbang balit Kuching. Lepas majlis, tak sangka Pak Usu belanja rombongan kami makan seafood di Umbai. Memang menarik atau kami semua masih kekenyangan kena roti jalan kari, maka tapau jugak bawak balit ikan dan udang. Berapa ratus Pak Usu kena pau ari tu? Tak payahlah cakap tapi memang lumayan, thank u Pak Usu.

Selain mama, adik dan kakak, rombongan diketuai Udak itu disertai Dakja, Anjang dan ibu sekeluarga kecuali abang wan, Mokaleh, Che Esah, bapak Dakja, Kak Len dan Abg Wahab dengan dua anaknya dan kawan Udak.
Berikut gambar majlis berkenaan;
Bakal Mak Usu - Khairina, comel je orangnya

Adik terlena di pangkuan Udak.

Dak ja menyarung cincin
Apa pun Selamat Bertunang Pak Usu. Opss sorry tak ada pulak gambar Pak Usu dan pic makan-makan di Umbai, Melaka.






















ultraman saya


Sapa lebih handsome?
Bapak jadi ultraman Max, Mama jadi ultraman Tyga, Kakak ultraman Dyna dan adik Ultraman Giaa.
Itulah kata-kata adik setiap kali kami ajukan dia nak jadi apa. Malah kakak dengan bangga bagitau kekawan sekolah dia yang adik dia hebat seperti ultraman.
Gambar adik dirakamkan melalui handphone pak sedaranya, Mokaleh di Melaka ketika menjadi ahli rombongan peminangan pak usu 20 Jun lalu selepas kekenyangan makan seafood.
Adik sangat bangga bila kami katakan yang dia sama tinggi dengan Ultraman Nexus itu. Tapi satu je yang mungkin tak menggembirakan adik, sebab mama tak le sanggup mengeluarkan RM80 untuk Ultraman Nexus itu.
Bapak amacam, ada sanggup beli itu Ultraman Nexus.

Friday, July 3, 2009

Bercuti di Sabah


Sunset di Tanjung Aru, Kota Kinabalu








10 hari kami bertiga di Sabah bah, maksud saya ke Kota Kinabalu (sabah kan besor). Seronok bukan kepalang. saya dan anak-anak sangat happy. Thank u bapak.

Selain pemandangan menarik, KK memang happening walaupun saya bukannya suka yang happening tu.

Seperti di KL, KK menjanjikan kesibukan yang mana siang dan malam sentiasa berpenghuni cuma jam 6 petang hari dah mula gelap menginjak ke malam.

Percutian 10 hari kali ini sangat menggembirakan, malah kegembiraan itu terjelas di mata anak-anak walaupun si comel dua orang tu kadang-kadang nampak penat dan 'berolah' kata orang Sarawak. (maksdnya nakal).

Apa pun kakak sangat berselera dengan apa juga hidangan yang terhidang dari nasi putih ikan bakar ke nasi goreng mahupun fastfood seperti McD.

Setiap yang dilarang atau yang dikawal sebelum ini seperti gula-gula, aiskrim, air gas dan buah tembikai diberikan kepada anak-anak. Biar anak-anak enjoy.

Untuk bapak, thank u tak terhingga. Percutian paling best exspecialy masa pi Pulau Manukan dan berkelah di kaki Gunung Kinabalu ( jauh tu actualy lapan kilometer sebelum sampai kaki Gunung) - Gunung Kinabalu Park dan Tanjung Aru.

Cantik gilak tempat tu dan mendamaikan walaupun dalam lawatan kedua ini masih tak nampak Kinabalu. Nampaknya dalam kunjungan akan datang, Mt Kinabalu masuk dalam senarai lagi.


Apa pun, untuk kekawan exspecialy Angah, cepat-cepat beli tiket jom kita ke Sabah bah. Mak su bila nak beli tiket ini, nanti tiket kapai terobang mahal.

Gambar percutian di Sabah mana? Itulah pertanyaan kekawan dan adik beradik. Jawapannya, pegi la Sabah dapat tengok sendiri keindahannya dan tak payah lah pic tu di masukkan di entry ini



Adakala menyaksikan sendiri keindahan alam ciptaan Tuhan lebih baik dari melihatnya daripada lensa kamera.



Subhanallah, masyaallah keindahan senja di Tanjung Aru waktu matahari terbenam tak terungkap dengan kata-kata. Cantik gilak.

Ke Pasar Tamu Putatan juga menarik, makan digerai dalam pasar yang bersih itu sangat menarik. Tambahan makanan ada macam-macam, dan pagi-pagi kita boleh makan pisang goreng panas. Tamu Gaya pun best walaupun panjang giler pasar minggu tu, kaki memang penat namun enjoy.



Apa pun, lebih menarik kali ini wa jadi businesswomen menjual perhiasan diri dari kristal dan pearl. Alhamdulilah, urusniaga membuahkan hasil dan harap selepas ini dapat stok baru. Maklumlah sekarang orang banyak duit nak berbelanja kerana bagi yang dapat CA, ongkos penuh di dalam saku.



Lagipun, sekarang orang dah sibuk dan berbelanja untuk persiapan raya walaupun puasa belum lagi. Bulan ini kan dah masuk Rejab, bulan menggantikan puasa yang tertinggal tahun lalu dan bulan berpuasa sunat.
Jumpa lagi. Jom ke Sabah bah.