Monday, August 31, 2009

Berbuka Puasa

Hidangan utama di rumah udak
Jemputan majlis berbuka puasa bersama tuan rumah (bersongkok), adik jadi spiderman malam tu

Oppss, kuih dah nak habis kita orang makan

Assalamualaikum..........
Dah 11 hari kita semua berpuasa dan kini ramai yang menrencanakan untuk sambutan hari raya.
Namun, entri kali ini mahu membicarakan mengenai berbuka puasa.
Setakat ini, saya berbuka puasa di rumah sendiri, di luar dan mendapat jemputan adik beradik. Belum lagi berkesempatan berbuka atas jemputan korporat atau majlis dengan kekawan.
Sejak masuk Berita Minggu memang dah lama tak pergi berbuka puasa korporat kerana banyak sebab, dan yang paling utama malas sangat nak pergi terutama jika tempat yang dituju jam.
Hujung minggu lalu, saya dan anak-anak (walaupun hakikatnya diaorang tak puasa - coz kecik lagi) berbuka puasa di rumah Udak dan rumah Anjang. Seronok kumpul adik beradik ini kan.
Di kampung adik-adik saya pun berkumpul jugak Ahad lalu berbuka bersama-sama, sayang kitaorang tiada kerana tiada driver nak bawak pulang selainnya saya kena bertugas Sabtu lalu. Tentu sonok kalau kitaorang bertiga ada sekali kan walaupun tak sama masa mak masih ada.
Tahun-tahun sebelum ini, ketika arwah mak masih ada, biasanya selepas solat subuh kitaorang sekeluarga akan cube cari masa balik kampung, sampai kg dalam jam 9 pagi. Biasa Mr Hubby dan saya akan singgah pasar beli lauk pauk untuk buat juadah berbuka.
So selepas zohor je kita orang dah mula masak, bukan setakat juadah untuk hidangan utama, kuih pun gotong royong buat bersama dan selalunya mak suka nak buatkan kuih koci, jongkong, kuih buah durian (dia panggil che cemek), tepung pelita dan bubur sum sum. Sedapnya.
Masa kecik-kecik dulu, mak selalu juga buat bubur masin (bubur nasi dengan lauk masin, udang kering cicah sambal tumis - dah lupa dah name dia) sebab arwah atuk suke sangat makan bubur itu. Bubur ini lebih kurang macam yam cake - tapi tak gunakan keladi sebaliknya gunakan tepung suji.
Tapi yang paling saya suke adalah kuih jongkong (bungkusnya macam tapai ubi tapi isinya tepung beras bersantan dan gula pasir) sangat sedap, makan lepas terawih lagi sedap - paling sedap kalau di sejukkan dalam peti ais. Arwah mak memang suke kuih ini. Harus dicari kuih ini kat pasar Ramadan Paya Jaras nanti.
Selain jongkong, masa arwah mak ada kitaorang suke buat buah melaka, biasanya setengah jam sebelum berbuka sibuklah dia membancuh buah melaka. sedap betui, buah melaka mak selalunya masih panas ketika dihidangkan.
Bercerita mengenai berbuka di rumah udak, kitaorang malam tu makan kari ikan dan ikan bakar, kuih masing-masing bawak dan paling mendapat sambutan sudah tentu tepung pelita (kuih sampan), kakak paling banyak makan kot , setakat yang mama kira dekat lima sampan dia makan.
Kakak siap ambik sendiri kuih tu dan menyuapkan ke mulut dengan sedap sekali rupanya. Udak memang tahu yang kakak suka kuih tu. Selain kuih tu, macam seakan wajib murtabak pasti ada, begitu juga roti john.
Di rumah anjang, kuih punya la banyak macam orang nak meniaga kuih, sebaba jemputan membawa kuih untuk berbuka. Jemputannya kami bertiga, udak di dan dak ja, pak su berdua je.
Hidangannya mee goreng yang sedap dan sup tulang manakala kuih sama macam rumah udak selain ada bingka jagung, karipap, popia (sedaplah popia jalan kuching nie),.
Kenyang betui malam tu, kecuali adik yang seperti biasa tak suke makan tapi malam tu dia makan banyak jugak mee goreng.
Di majlis yang sama, kita orang meraikan birthday ibu. Selamat Hari Jadi ibu. Birthday yang ke berapa? Kononnya, Anjang berpakat dengan Pak Usu suprisekan ibu, tapi menurut ibu dia dah syak ada sambutan birthday tu untuk dia sebab terbaca sms anjang. Kantoi Anjang.
Tapi sorry terlupa ambik gambar ibu dengan kek sebab sibuk berbuka posa.
Oklah, selamat berbuka puasa, jumpa lagi.


Friday, August 21, 2009

Ramadan


Assalamualaikum,

Ramadan akan bermula esok dan kemestiannya kita akan berpuasa esok hari.
Tak banyak yang nak saya katakan mengenai Ramadan kerana tahun ini sedikit berbeza dengan tiada kehadiran emak selepas beliau dijemputi Ilahi.
Sebelum ini, memang ada direncanakan kami sekeluarga akan pulang ke kampung untuk menyambut puasa atau berpuasa dan berbuka bersama-sama seisi keluarga di kampung.
Rakan setugas saya sudah pun bercuti mulai semalam untuk pulang ke Penang bagi menyambut Ramadan.
Saya pula tahun ini, tiada rancangan untuk pulang ke kampung menyambut puasa, mungkin kerana tiada mak lagi dikampung.
Entahlah, ketiada mr hubby yang bertugas jauh di negeri bawah bayu juga menyebabkan rancangan berkenaan tiada dalam jadual Ramadan kali ini.
Apa pun insyallah jika ada sudi menghantar dan mengambil kami, kami bertiga mungkin akan pulang, rindu pula nak menjengah kubur mak dan abah.
Oh , ya tadi saya baru terbaca mengenai kutukan orang hasil nukilan saya mengenai satu topik, ada 36 komen saya terima yang diterbitkan dalam satu laman web portal berita online. Kelakar juga bila baca kutukan mereka dan peliknya mengapa mereka mengutuk saya di laman berkenaan sedangkan jika benar tidak puashati dgn saya boleh emel terus kepada saya kerana sudah jelas alamat emel.
Kata seorang teman, nampak sangat yang mereka nak mengutuk tetapi tidak berani atau mereka sengaja nak mengutuk supaya nama boleh keluar dalam laman web berkenaan.
Apa pun itulah hakikat tugas saya yang menjadi penulis ini. Apa pun saya tahu saya bekerja untuk tujuan mendapatkan rezeki yang halal dan saya tidak dibayar walau sesen pun untuk menulis kerana itu tugas saya. Tiada bayaran extra atau projek besar saya terima hasil penulisan berkenaan.
Apa pun sempena Ramadan ini, selamat berpuasa semua.
Wasallam

# nanti saya poskan entri mengenai kenangan Ramadan dengan mak.

Tuesday, August 18, 2009

konvo


Mak usu dan pak lang

Tahniah Mak usu


Mak Usu dan Mama



Mak Usu dan Mak Ngah (opah Ngah)




Dapat bunga kecik je





Assalammualaikum

Bila tiba Julai dan Ogos, maka berduyun-duyunlah orang pergi ke universiti, sama ada untuk memulakan pengajian atau pun penamatkan pengajian bagi mendapatkan skrol ijazah dan seumpama dengannya.

Malah, kini menjadi trend kolej dan institut pengajian yang menawarkan sekadar sijil dan diploma turut mengadakan hari konvokesyen mereka. Dia orang ini pun pakai jubah jugak sama seperti mereka yang menerina ijazah. Apa pun budak tamat tadika pun pakai jubah, apa nak kisah.

Apapun, Ahad lepas kami sekeluarga meraikan adik bongsu menerima ijazah IT dari UKM, Bangi. Dah lama tak pegi konvo rasanya last empat tahun lepas, masa Pak Usu konvo di UIAM.

Ada juga ke konvo, tapi assigment la. Feel nya lain.

Namun, kesian jugak kat adik sebab konvo ini mak dah tak da untuk sama meraikan. Mahu tak mahu kami sekeluarga meluangkan jugak masa untuk dia, walaupun risau dengan wabak H1N1.. Atas sebab yang sama, kakak dan adik tak turut serta kali ini.

Mak Ngah pun menyertai kami adik beradik meraikan mak usu dan sebagai menghormati beliau, mak ngah diberi penghormatan masuk dewan bersama saya melihat sendiri adik menerima ijazahnya.

Walaupun saya dan mak ngah duduk jauh dari pentas di belakang dewan, tapi puas kerana kami duduk di atas dan boleh nampak pemandangan keseluruhan dewan dan skrin besar pun jelas dilihat.

Menitis jugak airmata kami berdua bila habis penyampaian ijazah, pelajar yang menerima skrol diminta tunduk hormat kepada ibu bapa dan tenaga pengajar. Sayu saya terkenangkan mak dan abah.

Mak merasai dua konvokesyen, konvo akak dan konvo saya. Beliau nak sangat pergi konvo adik, tapi tuhan lebih sayang padanya.

Harap adik enjoy walaupun ada yang terlewat sampai, jangan mare ye mak ude... lagipun biasalah kalau lambat nak parking bukannya senang.

Boleh tahan juga yang datang meraikan seperti kawan adik, si Lin dan kakak serta teman kakaknya, enche nor zamila dan rakannya, serta Aa yang datang kemudiannya di rumah meraikan dan memberikan hadiah kepada mak usu.

Nampak adik happy walaupun apa yang beliau rancang seperti mahu ambik gambar studio dengan kami semua tak menjadi kenyataan. Semua orang letih la mak usu.

Apa pun , mak usu tahniah.

Saturday, August 15, 2009

gigit sayang

Tengok betapa kakak sayang kat adik dan kamcing dengan adik dia


bersua kembali.


terpulang kepada tafsiran mengenai tajuk di atas tetapi saya nak bercerita mengenai gigitan yang kakak bagi kat adik seminggu yang lalu.

Bila ditanya kepada kakak, kenapa gigit adik?. Kakak diam je mungkin dia tahu sudah buat salah kerana menggigit adik.

Apabila didesak banyak kali akhirnya kakak jawab bukan gigitlah mama kakak tergigit. Boleh ke jawapan tu. Maka, mama dengan mulut melopong pun cakap balik, "kakak tergigit! mana ada tergigit-tergigit, kalau kakak gigit maknanya kakak gigit bukan tergigit. Tak boleh macam tu buat adik. Cube cerita kat mama macam mana kakak boleh gigit adik, adik buat apa kat kakak" (mak ai mama pun soalan punya banyak tau la reporter).

Kata kakak: "Kitaorang main-main dua orang, peluk-peluk lepas tu adik peluk kakak masa kakak baring, lepas tu kakak tergigitla adik, sikit je.

"Lepas tu adik nangis la kan?" soal mama.

Angguk je kakak mengiyakan apa yang mama cakap.

"Lain kali kakak tak boleh buat macam tu, apa mak buat bila adik nangis," soal mama.

Kakak kata: " Mak tak ada masa tu kita orang main berdua je".

Mama pun bersyarah (membebel) lain kali kakak tak boleh buat macam tu, kakak tak sayang adik ke?

"sayang" kata kakak.

"Apa mak buat bila dengar adik nangis?" soal mama. "Mak tak ada semua orang solat tapi mak marah kakak jugak" balas kakak.

"Sepatutnya mak bukan marah saja, patutnya kesalahan kakak itu mak patut rotan kakak. Adik tu kecil, kakak tak boleh buat macam tu, kalau mama tadi dah kena rotan dah kakak" mengakhiri perbualan malam tu.

Lepas tu mama pujuk kakak dan ajak naik untuk tidur di bilik. Adik dah tertidur masa tu, sian nengok parut kat perut dia.


Kesimpulan mama, mungkin dia orang main dan kakak geram, sebab adik bergurau selalunya kasar, kan dia lelaki, so memang tergigit le.

Persoalan : macam mana mama tahu adik kena gigit? Adik masuk je keta, sibuk nak menunjukkan perutnya, katanya kakak gigit dia.

Reaksi mama macam mana: Mama terkejut jugak dengar yang kakak gigit adik tapi mama tak tengok parut sebab tengah driving.

Menurut pengasuh (yang dipanggil mak) dia tak sedar benda tu sebab tengah solat jemaah magrib, tapi bila tengok adik ada parut kecil kat perut mak marah juga kakak dan kakak nak menangis bila kena marah.

Apa pun mama tahu kakak memang sayang adik dia. Sayang anak mama.

Thursday, August 13, 2009

Khabar duka


Askum,

Jumpa lagi. Lama dah tak up date entri ini
Saya tidak mahu menyatakan masa terlalu cemburukan saya atau tidak cukup masa atau kesibukan kerja menyebabkan laman ini tidak dijenguk.
Saya tahu, tiada follower yang menanti entri baru tetapi masih ada yang sudi singgah dan tertanya-tanya mengenai entri baru. Maka, saya terpanggil dan berkongsi khabar duka yang diterima awal pagi beberapa hari lalu dan hari ini.
Namun, khabar duka bukan mengenai diri saya atau keluarga. Saya tidak terluka atau dilukai dan melukai tetapi kekawan yang menerima berita duka.
Takziah bukan teman yang kehilangan anak tercinta, seorang teman sekerja saya kehilangan si comel yang tidak sempat pun melihat dunia dan seorang teman kehilangan si comel berusia enam tahun kerana serangan penyakit tiba-tiba. Syukur kerana kedua-duanya kes berkenaan bukan kerana kes H1N1 yang hangat diperkatakan kini.
Al Fatihah untuk Angah dan Hasliza sekeluarga. Saya sangat terkesan dengan kehilangan anak mereka kerana saya tahu perasaan seorang ibu, kerana saya juga ibu seperti mereka.
Ikut kehendak hati biarlah si comel membesar dengan sihat, bijak dan cemerlang serta beriman dan taat kepada Allah. Kalau boleh tidak mahu melihat anak pergi dulu, biarlah saya yang menutup mata meninggalkan mereka bukan sebaliknya. Saya fikir itu impian setiap orang bergelar ibu atau bapa.
Mendengar cerita Angah, sungguh kesian kerana mengalami saat sedemikian dengan tekanan sekeliling akibat layanan buruk hospital. Cerita Hasliza saya sendiri tidak tahu lantaran tidak berkesempatan menziarahnya hari ini akibat temujanji yang sudah dibuat sehari sebelum.
Hari ini juga, al Fatihah buat keluarga Ustaz Asri penyanyi nasyid kumpulan Rabbani kerana serangan sakit jantung. Saya tidak mengenalinya hanya tahu dan meminati lagu kumpulan berkenaan sahaja.
Entahlah, kita tidak tahu nasib sendiri kerana Maha Esa penentu segala. Doa dipanjatkan semoga menjadi insan yang taat kepadaNYA dan syurga tempat persemadian abadi.
Amin.

Tuesday, August 4, 2009

Meraikan usia

oppss, tinggal separuh je sedap sangat kek ini. Kira lilin, itulah usia saja.


Kembali lagi.
Pagi tadi seorang teman bercita mengenai ayahnya merajuk kerana anak-anak dan isteri sudah terlupa hari jadinya. Jadi mereka berusaha mencari hadiah memujuk ayah. Tapi saya tidak pasti si ayah makan pujuk atau tidak.
Apabila kita bercakap mengenai hari jadi 'birthday' ini, sebenarnya ramai yang sensitif, tidak kira dia lelaki atau perempuan, yang berusia atau kanak-kanak.
Saya sendiri pun sensitif bab ini walaupun tahu usia semakin meningkat dan tidak lagi perlu bermanja-manja bab birthday ini.
Sebenarnya, semasa kecil tidak pernah sekali pun diraikan dalam majlis harijadi. Mungkin itu bukannya menjadi kebiasaan ibu bapa saya. Saya tak menyesal atau kecewa pun.
Sering dipaparkan di media massa, birthday diraikan, so saya pun pandai sendiri meraikan hari jadi.
Sebelum usia menginggati birthday sendiri, saya tidak pernah kisah pun bab birthday ini. Apabila sudah ingat dan tahu apa itu birthday, saya suka nak meraikan walaupun dengan cara sendiri seperti memakai pakaian yang cantik di hari berkenaan.
Pernah satu ketika, saya minta mak masakkan kuih bengkak (bingka) untuk buat majlis sikit pada sebelah petang. Saya tolong mak sendiri buat bubur kacang untuk majlis kecil. Tok dijemput untuk membacakan doa. Namun majlis itu lebih pada majlis makan petang.
Rasanya arwah abah pun tak ada petang tu, kerana bekerja, yang ada cuma mak dan adik-adik je.
Selepas masuk sekolah menengah, rasanya saya akan meraikan dengan kekawan baik tapi masih tak ada kek, cuma makan-makan atau jalan-jalan (masing-masing bayar sendiri, saya tak ada duit nak belanja kawan).
Menyenjak lebih remaja pun begitu juga tiada majlis besar kecuali diraikan dengan teman-teman rapat saja atau sekadar menerima ucapan daripada mereka. Biasanya kekawan rapat yang ingat kerana angkanya mudah diingati 7-7, selain yang memberi ucapan itu adalah kekawan yang sebintang dengan saya.
Apabila berkeluarga, majlis hari jadi seakan wajib tetapi lebih kepada anak-anak. Saya sangat suka buat birthday untuk anak-anak kerana nyata mereka memang happy. Dia orang bukan harap hadiah sangat, janji ada kek, belon, jajan dan nyanyi lagu birthday. (Saya paling terharu apabila masa birthday anak-anak ada yang volunteer bacakan doa selamat untuk mereka).
Untuk diri sendiri diraikan bersama suami tersayang dan anak-anak dengan majlis makan-makan kecil-kecilan.(Kami berempat saja keluar makan dan jalan-jalan)
Selalunya ada kek pemberian suami dan kejutan daripada anak-anak. Saya suka kejutan walaupun tidak mengharapkan sangat.
Apabila usia semakin meningkat ucapan dan sambutan birthday tidak lagi penting, namun saya masih mengharapkan ucapan daripada orang yang dekat dengan saya. Boleh merajuk jugalah kalau tiada ucapan diberikan mereka seperti cerita ayah kawan saya itu.
Kata orang semakin meningkat usia makin sensitif kita bab birthday ini. Entahlah.
Saya juga nak buat kejutan kepada yang tersayang, tetapi selalunya plan tak menjadi dan reaksi orang menerima kejutan selalu membantutkan usaha berbuat demikian. Mungkin saya kena plan betui-betui kot baru orang yang menerima kejutan dengan seronoknya. Saya juga pernah mengecewakan seseorang kerana menjadikan kejutan satu yang membenggangkannya. (maksudnya plan kejutan tak menjadi sebaliknya saya kena marah)
Apa pun terima kasih buat Mr Hubby dan anak-anak yang buat suprise kepada saya Sabtu lalu. Sungguh saya tak sangka mereka komplot beli kek untuk birthday saya. Malu sungguh tapi saya happy sangat. Mestilah happy coz saya tak sangka, birthday saya kan jatuh pada awal bulan Julai. Ini kira macam majlis belated birthday la.
Awalnya, Mr Hubby menjemput adik beradik datang rumah untuk makan-makan. Lagipun sejak Mr Hubby ke Sabah jarang kami berkumpul adik beradik makan-makan.
Tapi sungguh tidak sangka yang majlis makan-makan ini memang dirancang rapi khusus untuk suprise birthday saya. (Jemputan tak tahu pun majlis itu untuk birthday). Terharu gila dan sangat teruja.
Sekali lagi thank u bapak, aiyin dan adik. Sayang korang.
So untuk yang menyambut birthday hari ini, happy birthday.