Saturday, February 6, 2010

Rambut

askum,
Sudah lama benar tidak menulis.
Ye, sebenarnya saya tiada idea yang mahu dikongsi kerana sejak kebelakangan ini badan sedikit keletihan dan mata memang mengantuk selalu.
Namun, kali ini mahu berkongsi cerita kakak mengunting rambut. Sebenarnya dah dekat sebulan dia mengunting rambut, nampak cute jugak rambut dia dan dah tak curly sangat berbanding masa dia kecik-kecik dulu. Saya suka rambutnya yang curly tu, tapi lepas basuh selalunya rambutnya jadi curly yang cantik macam buat kat kedai.
Selepas digunting, budak saloon tu blow sikit rambut kakak dan hasilnya rambut dia nampak straight pulak. Namun, setengah jam kemudian selepas kakak baring-baring, rambutnya berubah kepada keadaan asal.
Adik pun dah dekat tiga bulan berambut pendek dan mukanya nampak lebih nakal sekarang dan sudah pasti tiada lagi orang memanggilnya girl seperti waktu berambut panjang. Hakikatnya, saya suke tengok dia berambut panjang tapi kesian dia selalu berpeluh dan rambut selalu kena basuh sebab peluh menghasilkan bau busuk yang 'amat'. Asalnya, memang kaka je gunting rambut, lepas tu saya pun berkenaan jugak, potong sikit, dan Mr Hubby pun sama, lebih handsome nampak kerana rambut kemas sikit, lagi pun nak meting dengan bos keesokan harinya, berbaloilah tu.
Bersama ini disertakan gambo anak-anak dgn rambut baru.
Sekian, bertemu lagi.

Tengok adik mengusik kakak dia, dia memang selalu buli kakak, kesian kakak


Tengok tu, nakal tak rupe dia

Ala, comel la tu. Bangga tau rambutnya lurus walaupun sekejap


Ini dirakamkan tengah berbaik. Sayangnya.