Tuesday, May 18, 2010

Kami ke Port Dickson

Koboi tak pakai topi, kasut but dan tiada pistol

Malu-malu masa mula naik kuda, nasib baik PaK Lang ada

Tersenyum manis bila hajatnya nak naik kuda ditunaikan


Gaya koboi girl



Assalamualaikum,
Hari ini nak bercerita mengenai kunjungan kami ke Port Dickson Ahad lalu. Namun kunjungan ini bukannya untuk bercuti atau berkelah di tepi pantai.
Kami sekeluarga, tiga beranak dan adik-adik saya Pak Lang, Mak Ude dan Mak Usu dengan adik Aqil (anak Mak Ude) menziarahi Mak Ngah yang sakit.
Memandangkan dah sampai ke Port Dickson yang panas giler itu, maka sempat juga singgah di Pantai Telok Kemang.
Asalnya nak beli buah tangan dan ke toilet, tetapi anak-anak gumbira pulak bila nampak playground dan kuda padi.
Maka, sementara saya ke toilet yang ramai orang tu, anak-anak main di playground. Selepas itu kami ke rumah Pak Tam, abang saya berlainan emak di Kampung Telok Pelanduk.
Adik seperti biasa tidak bersalam dengan orang tapi kemudian leka bermain bola dengan Pak Tam.
Selepas makan goreng dan keledek goreng serta nasi goreng kampung yang pedas giler itu kami pun minta beredar.
Dalam perjalanan, kakak memujuk saya untuk ke Teluk Kemang kerana mahu menunggang kuda. Pada mula saya kata dah lewat untuk pulang ke KL, namun bila tengok kakak nak nangis, maka saya turutkan kehendaknya.
Seronok bukan main lagi kakak menunggang kuda, senyum sampai ke telinga. Tengok sajalah gambar dia. Adik pada awalnya tak mau menunggang kuda kerana nak main bola ben10 yang baru dibelinya, tetapi sebaik kakak turun dia nak naik pulak.
Naik saja kuda dan sebaik tali diberikan pada tangannya, dia berbisik pada Pak Langnya, adik macam koboi la. Muka bangga giler kata Pak Lang masa menunggang tu.
Apa pun saya puashati melihat anak-anak gembira, mungkin kalau ada kelapangan kami sekeluarga akan datang lagi.

Mak Ngah kami

Mak Ngah (tengah)bergambar masa konvokensyen Mak Usu

Mak Ngah @Opah Ngah dengan Mak Usu Munirah


Bergambar dengan Mak Ngah di majlis pertunangan sepupu



Assalamualaikum,
Sudah lama benar saya tidak menjengah ke blog ini kerana kesibukan masa selain tak banyak yang menarik untuk di ceritakan.
Atas permintaan, saya titipkan secebis kisah diri untuk tatapan.
Minggu lalu saya menerima khabar sedih, Mak Ngah tercinta kena strok, beliau di rawat tiga hari di Hospital Pakar Seremban. Kami adik beradik hanya mengetahui keadaan mak ngah selepas beliau keluar hospital.
Selepas ketiadaan mak, Mak Ngah lah tempat kami menumpang kasih, lagipun Mak Ngah memang rapat juga dengan kami.
MakNgah lah jadi peneman ketika mak sakit tak dapat berjalan. Dia lah menjaga emak waktu sakit dan jadi peneman setia di kala bila ada kenduri kendara.
Selepas mak pergi, Mak Ngah jadi orang pada kami berlima beradik. Malah, ketika adik saya berkahwin hingga bersalin dialah menjadi peneman setia.
Kali ini, ralat juga saya kerana tidak berupaya untuk menjaganya di kala dia sakit. Mungkin masa dan tiada ruang dan peluang untuk berbuat demikian.
Mak Ngah sudah hidup sebatang kara sejak opah meninggal dunia. Dia ada seorang anak lelaki dan dikurniakan enam cucu. Jadi, bila Mak Ngah sakit, sudah tentu anak dia mengambil alih menjaganya. Memandang anaknya bekerja jauh maka, menantu dna cucu yang menjaga Mak Ngah.
Ahad lalu berkesempatan juga melihat Mak Ngah. Sedih menengokkan keadaannya kerana sebelah badannya dah tak berfungsi dan tidak lagi boleh bergerak. Terlantar dia dikatil dan percakapannya juga tidak seperti dulu.
Hari itu, ramai juga yang datang menziarahi beliau. Maklumlah Mak Ngah ringan tangan dan peramah, semua orang suka pada dia. Kalau ada kenduri kendara, kematian dan keraian dialah menjadi rujukan.
Moga Mak Ngah saya terus sihat dan pulih dari stroknya. Saya panjatkan doa untuk kesejahteraan Mak Ngah. Amin................