Monday, May 9, 2011

aloha

Assalamualaikum,

Dah lama tak menjenguk di sini bukan kerana kesibukan kerja yang memang banyak tetapi diri malas nak menulis atas sebab yang tidak diketahui. Sejak anak2 bersekolah dengan kehadiran si kecil AIRIS ARISSA kekadang rasa masa cepat sangat berlalu.

Rutin harian pun berubah. Bangun seawal 6 pagi, kerana menguruskan kakak, lepas tu abang (nie bab paling sukar kerana dia malas nak bangun dan selepas beberapa kali memanggil dan sesi menggerakkan dia, masih berlingkar malas bangun), baby tak perlu dikejutkan kerana 6.30 dia akan bangun sendiri bersama rengekan yang memeritkan telinga mama dia (si comel ni memang suke menangis bila bangun tido) so kena ada sesi memujuk peluk2 dan cium die sikit. Kalau abang tak ada masalah by 7 am dah boleh keluar rumah antar kakak ke school, lepas tu antar abang (dia awal sampai school 7.20 or 7.30 am terpaksa tunggu cikgu buka pintu) dan selepas antar baby (bergantung kepada keadaan sebab kekadang baby nangis -so antar baby dulu baru antar abang) sempat pulang ke kediaman semula sebelum jam 8 am.
Selepas tiba di rumah biasanya ini adalah masa untuk diri sendiri termasuk breakfast, menggantung baju, menyapu sampai atau mop lantai, basuh pinggan mangkuk dan mengemas apa yang patut, kekadang ambik masa lipat kain baju. Akibat sibuk buat kerja rumah, saya lambat siap ke tempat kerja dan biasanya sampai ofis 10.15 atau 10.30 dan kalau melencong (bayar bil atau pi bank) jam 11 baru sampai. Opsss...

Kakak
Paling senang diurus dan selalu membantu saya. Bangun seawal jam 6 pagi, sekarang kakak tengah belajar berwuduk dan solat subuh. Kakak cepat belajar tetapi kekadang lepas mandi suke termenung atau buat kerja tak sepatutnya seperti baca buku cerita atau nengok kelendar yang ditampal kat biliknya berulang kali yang membuatkan saya akan menjerit kat dia. Pujian diberikan kepada dia kerana dalam sibuk nak bersiap ke sekolah nie, sempat lagi membantu mama dia tengok2 baby yang sekarang nie sibuk merangkak ke sana sini. Kekadang baby nangis bila saya tak hiraukan dia sebab sibuk memandikan abang atau menggosok baju atau solat subuh. Kakak memang terbaek.

Abang
Orang bujang nie lately nie selalu memberi masalah di awal pagi. Sekarang nie, abang suruh mama dia diam bila saya menjerit suruh dia bangun. Kekadang abang dengan brutalnya, menyatakan 'ingat hebat' atau 'cantik ke' atau dia akan ejek 'mama gemuk' untuk sakitkan hati mama dia. Lebih haru abang akan kata 'ko ingat ko samseng' sambil menunjukkan 'buku lima'. Itulah anak bujang kesayangan saya, saya dah biasa dan biasanya dia akan minta maaf balik bila dia rasa mama dia beri layanan yang baik atau memenuhi permintaannya seperti buatkan susu ditengah malam untuk dia. Nampak ganas tapi hati lembut .


Baby
Baby Airis, masuk usia lapan bulan nie dah pandai panjat memanjat, semalam ada cubaan nak memanjat tangga, siap menyorak saya bagitau yang dia dah pandai la konon. Baby saya nie sikit 'angin' tapi cepat reda bila di pujuk, tak mau berenggang dan selalu minta kita tunggu dia bermain, jadi sejak kehadirannya aktiviti memasak dan mengemas rumah saya jadi terhad. Namun, jika ada kelapangan contoh masa dia tido, terpaksa bersilat di dapur memasak ringkas2 untuk menjamu kakak dan abang.
Kekadang rasa frust sebab dah lama tak memasak berbanding dulu. Saya bukannya pandai masak sangat pun tapi dulu pagi2 atau petang dapat juga masak cokodok untuk kakak dan abang atau ada masa kita orang buat kek. Tak pa tunggu baby besar sikit dan kitaorg semua boleh buat aktiviti masak, teringin nak buat cup cake.


Mr Hubby
Sian tengok dia ulang alik Ipoh Sg Buloh. Anak2 suke sangat bila bapak balik Sg Buloh sebab boleh antar dia orang pi sekolah naik motosikal dan bapak suka bawak jalan2, dengan mama jangan harap sebab susah nak handle baby comel yang suke nangis bile duduk lama dalam baby seat dalam keta.

Apa pun, saya tak stress pun dengan gaya hidup baru nie. Menarik, selepas empat tahun tak ada baby.

Jumpa lagi ya.

Thursday, January 13, 2011

Hujung Tahun, Tahun Baru, Baru Sekolah, Sekolah Tahun Satu

Salam,
Selamat Tahun Baru, walaupun lambat saya tetap mahu mengucapkannya.
Seperti rutin orang lain yang mempunyai anak yang mula bersekolah, hujung tahun pastinya ramai yang bercuti sehingga membawa ke tahun baru.
Begitulah saya dan Mr Hubby. Kami berdua mengambil cuti kerana menguruskan persekolahan kakak yang kini dah pun masuk Tahun Satu dan abang Dhani pula masuk tadika. Baby pula dilatih bangun awal kerana perlu turut serta dengan saya untuk menghantar kakak dan abang ke sekolah.
Selain hal sekolah, cuti kali ini juga diisi untuk menguruskan pertukaran Mr Hubby ke tempat baru, dari Sabah beliau tukar ke Ipoh, Perak ke negeri tempat kelahiran teman.
Minggu terakhir 2010, kami bertolak ke Ipoh, menginap di Heritage Hotel dan bersuka ria di Tambun Lost World, melayan anak2 bergumbira (scholl holiday).
Menarik juga Ipoh ni, tenang je dan penuh memori dengan bangunan lama yang membangkitkan nostalgia waktu kecil.
Namun, sesat barat juga di Ipoh walaupun saya ini berasal dari Perak. Saya memang jarang pi Ipoh, masa zaman sekolah dulu pon jarang sekali, kalu ada orang bawak pi la sebab arwah abah bukannya ada transport kecuali menggunakan pengangkutan awam.
Masa sekolah di Batu Gajah, kira-kira 15 kilometer je kot dari Ipoh pon, saya jarang turun pi Ipoh, sebab bajet tarak. Lebih baik bajet disimpan beli stok air kotak + biskut + maggi untuk kehidupan di hostel.
Pernah dulu selepas STPM, menumpang rumah sepupu dan keje sebagai kerani stor di kedai aksesori kereta di Jalan Ipoh - Kampar dekat hospital pantai, tapi tahan dua minggu je berhenti kerana dapat keje di KL.
Waktu tu naik bas pi keje, kalu tak silap dr Kg Ahmad Said ke Jalan Kampar itu kena tukar bas dekat Medan Kid, depan Depoh Bas Perak Roaadways. Tambang kalu tak silap dalam RM2 untuk dua laluan tu.
Sekarang kalu ditanya mana kedai tu, saya tak berapa ingat sangat lokasi dan sejarah keje di situ sebab benda tu kira-kira 15 tahun dulu.
Sekarang Ipoh banyak berubah walaupun masih banyak rumah dan kaurtes lama di sana. Banyak kawasan perumahan baru di buka di pingngiran bandaraya Ipoh, Jalan pun dah banyak bertukar, dulu tak ada flyover, kini dah ada, jalan dah jadi dua tingkat. Pada saya menarik juga bandar ini jadi tempat tinggal dan bekerja.
Mengenai kakak, dia nampak ok je masuk Tahun Satu but sometimes over excited. Mungkin dia dah berpengalaman bersekolah lagipun kekawan di tadika pun ramai bersekolah di tempat yang sama.
Beberapa hari juga Mr Hubby memantau pergerakan dia naik van sekolah untuk pi dan balik sekolah. Selain sekolah kebangsaan, kakak juga daftar pi kelas KAFA. Comel je kakak dengan baju kurung dan bertudung, maklumlah rambutnya panjang dan saya tak ada masa nak mendandankan dia, cara terbaik pakaikan tudung, lagipun dia dah biasa bertudung coz tadika memang kena pakai pun.
Ini pun satu education (bak kata usop dalam filem Hantu Kak Limah) untuk dia menutup aurat.
Secara umumnya, kakak ok, cuma excited sebab dah diberikan wang belanja- dia dah pun mengunakan kuasa penggunanya, tiap-tiap nak beli air kotak sampai air masak yang dibekal tak diminum. Selepas diwarning, berhenti juga dia beli air kotak.
Abang Dhani - terus terang saya tak confident dengan dia untuk masuk sekolah, sebab dia masih manja dan menyusu botol. Dia sentiasa ingat dia kecik dan tak berapa pandai uruskan buang air kecil dan besar. Bimbang jugak dia cari gaduh dgn kekawan coz dia memang nampak ngang pun (garang).
Namun, dia selamba je bile ditinggalkan di tadika compare kekawan lain yang menangis bila mak bapak nak balik. Dia nampak berdikari, malah muka seakan mengejek nengok kekawan menangis.
Saya dan Mr Hubby beberapa kali mengendap dia, tapi alhamdulilah dia memang ok, cuma lucunya dia complaint seluar keciknya ketat. Tapi bila Mr Hubby buka seluar dia, rupenya di salah pakai seluar keciknya, ruang untuk kaki dijadikan pinggan, patut le ketat, ketawa besar kitaorang kat dia.
Dah dua minggu di sekolah, memang dia ok, cuma kekadang dia diserang sindrom 'm'- malas nak buat keje sekolah, kalu tak didorong dan dipujuk tak buat le jawabnye. bila ditanya sentiasa kata tak ada keje sekolah.
Sebagai orang baru, pada saya dia buat kerja sekolah sangat ok, mewarna pun cantik tapi sindrom 'm' tu yang tak tahan saya dibuatnye. Umumnya, saya dah tak ragu nak lepaskan dia ke tadika, go anak mama, abang Dhani can do it.
Baby, kesian juga sebab kena bagun awal dan mengikut mama mengantor abang dan kakak, tak pa la baby, nanti awak pun kena pi sekolah jugak.
Ok, moga tahun ini membawa kehidupan yang lebih baik pada saya dan keluarga walaupun beberapa hari ini rasa 'tension' sangat dengan beberapa benda.
Ya Allah Ya Tuhan ku, terangilah dan rahmatilah laluan hidupku dan keluargaku ini.
Sekian, jumpa lagi ya.