Monday, June 15, 2009

kakak dah sekolah


Kakak dengan uniformnya
Semalam, saya masuk lewat sikit ke ofis menguruskan kakak yang baru mula bersekolah (masuk tadika je) semalam, selepas lima bulan tertangguh ekoran pelbagai masalah yang melanda keluarga kami.
Kakak memang excited, teruja malam sebelumnya, dan buat pertama kali kakak tido jam 10 malam, kalau tak jam 11 dan 12 baru boleh lena.
Untuk memberi semangat, udak (pak sedara) suami isteri datang memberi sokongan, malah udak siap tepuk kakak sebelum kakak lena dalam pelukan udak.
Malam kelmarin pun, mak ude ada datang turut memberi semangat walaupun dia datang sebab dijemput datang ke rumah selain nak sangat naik Saga baru. Adik Aqel pun excited naik keta baru walaupun dia mengiringkan badan pun belum tau lagi.
Kakak bangun awal pagi, 6.30 dah jaga (belum pernah kakak bangun seawal ini). Kakak mandi sendiri dan pakai baju sendiri.
Memandangkan semalam first day, tak ada uniform lagi, maka kakak pakai baju kurung siap dengan tudungnya sekali.
Mama nampak kakak excited, malah sibuk belek beg baru dan pencil case yang baru. Botol air pun baru jugak. Tapi muka kakak macam nervous je. Sampai le masuk dalam kelas, muka kakak memang nampak nervous .


Balik sekolah pun muka camtu jugak , mungkin dia keliru kot tapi sinar happy memang ada kat mata dia. Semalam kakak belajar naik van sendiri balik rupa pengasuh baru. Hai,.......... dah besar rupanya kakak.







Lega melihat kakak dah sekolah dan pandai bawak diri walaupun kakak lupa nama cikgu dan kekawannya.







Bila abis keje semalam, banyak juga soalan mama tanya, mula-mula dia seronok bercerita tapi lepas tu macam malas je dan tak ada mood.
Selain bapak yang excited nak tahu citer kakak, udak siap ajak diner semalam nak tahu citer first day di sekolah, begitu juga mak usu dan anyah.







Tapi kakak dah tak ada mood mungkin letih dan setiap soalan dijawab dengan malasnya. Tak pa lah kakak, yang penting kakak dah sekolah dan mama tak akan banyak tanya lagi.







Semalam juga, hari pertama adik kat rumah rumah pengasuh baru. Mula-mula risau jugak nak tinggalkan dia sebab adik ni lain sikit.







Selepas tinggalkan dia, nangis juga dia tapi selepas dipujuk pengasuh dia ok, siap lambai kami (mama dan mak usu).







Alhamdulilah, masa ambik pun adik nampak ok sebab rumah pengasuh tu ada budak-budak lain walaupun diaorang tua daripada adik.







Syukur sangat. Saya pegi dan balik keje semalam dengan hati yang sangat lega dan tido saya memang lena malam tadi.






























Thursday, June 11, 2009

Tag dr Bennie....suke tau

1.Apa Perasaan Anda Sekarang? Entah le, sedikit sayu kerana mendengar luah hati seorang teman. Saya keletihan sedikit beberapa minggu ini +++ malas.


2.Saya nak makan... kenyang le tadi dah makan bubur kacang, tapi dua tiga hari ini teringin nak makan masalodeh yang garing2 dan rangup, teringin jugak nak makan menu baru KFC dan McChiken or nugget McD (selera gajah betui)


3. Saya tak suka... rasa letih dan mengantuk giler tapi tak boleh nak tidur, sakit kepala dan sakit mulut (ulser) kena kat lidah, nak bercakap dan makan susah, bila tidur air liur meleleh je, sian.


4.Impian saya? Dapat bersama hubby di Sabah, duduk di rumah menguruskan rumah tangga tanpa perlu meninggalkan anak-anak di rumah pengasuh atau setidak-tidaknya anak dijaga pengasuh di rumah sendiri di kala diri keluar bekerja. Teringin sangat nak pi US dan Australia dan Korea dengan suami dan anak-anak


5.Haiwan yang saya tak suka? Ular le, tak boleh tengok gambar atau nampak dalam tv pun. Anak-anak pun tau yang saya takut bintang ini dan seumpamanya. Anak-anak selalu mengusik dan mengenakan dengan gambar ular walaupun itu hanya pic kartun

6.Saya harapkan.. bahagia selalu dan berpanjangan, tak gaduh2 dengan suami, anak-anak yang mendengar kata dan menceriakan selalu, tak mau masalah datang dan menghimpit.

7.Jika boleh putarkan masa? Nak arwah mak dan abah ada di sisi melihat kejayaan anaknya walaupun saya bukannya ada kerja besor dan kaya. Saya nak mereka merasa perubahan hidup yang lebih baik dan dapat tinggal kat rumah batu bukan lagi rumah kayu buruk kat kampung.
Arwah abah pernah berpesan suruh saya beli aparment sebab dia nak tinggal sama, namun Allah lebih dulu memanggil mengadapNya enam bulan selepas dapat kerja tetap di BH.

8.Saya pada 10 tahun akan datang? Sangat mengharapkan dapat buka perniagaan makan-makan (restoren atau kafe comel ) atau buat nursery untuk anak-anak yang ibu bapanya kena keluar bekerja atau menjadi suri rumah sepenuh masa .

9.Handphone saya adalah sebuah? Tempat hubungan dan komunikasi antara kami sekeluarga. Handphone macam beg duit mesti bawa ke mana saja terutama kuar rumah. Handphone yang ini kalau tak silap adalah yang keenam, satu diragut, dua rosak dan selebihnya nak canggih dan ada duit lebih

10.Saya pernah bercinta sebanyak? Dua kali je yang benar-benar serius dan yang kedua adalah buah hati saya sekarang, suami tercinta HAMDEN RAMLI

11.Saya suka pada... buat masa ini suke baca blog, facebook,
menonton CSI, Ugly Betty, Desperate Housewive,
masak2 untuk anak-anak,
menjaga bunga rose pemberian seorang kenalan.
Saya suka laut dan kawasan berair kerana suka berenang, namun la ni cepat pancit

12.Kawan-kawan, saya bukan jenis yang ramai kawan tapi saya setia bila berkawan tapi tak pandai nak mesra-mesra la atau mengambil hati. Saya susah nak berkawan dan mengambil masa untuk berkawan dengan seseorang, namun saya percaya, saya seorang kawan yang baik.

13.Pernah dikhianati? Ada, tapi tak ingat, sebab saya bukan jenis berdendam dan tak mengambil hati.

14.Apa yang anda hendak lakukan terhadap orang yang mengkhianati anda? Jauhkan diri dan mungkin tak semesra dulu.

15. Kawan2 yang patut menerima tag ini:
mak usu