Friday, December 26, 2008

JEPUN DAH SAMPAI SABAH BELUM, boleh?













ini menara tokyo yang gua dah naik tu. Ia adalah menara telekomunikasi terletak di Shiba Park, Minato, Tokyo, Jepun.
Tingginya 332.6 meters (1,091 ft), termasuk struktur aerial kat atasnya dan menjadi menara artificial tertinggi di Jepun dan menara ke 20 tertinggi di dunia.












Ini gambar yayasan sabah atau menara tun mustapha - aku belum sampai sini




Gambar ini di ambil di Menara Tokyo ketika aku berkunjung ke negara matahari terbit pada Mei - Jun 2005.

MESTILAH MARAH




mestilah kita marah
bila ada orang yang kita tolong dulu hari tak membantu kita hari ini

mestilah kita marah
bila orang asyik membebel kepada kita

mestilah kita marah
bila kita penat buat kerja sorang-sorang benda yang sepatutnya menjadi tanggungjawab bersama

mestilah kita marah
apabila orang marah benda yang kita tidak buat

mestilah kita marah
pada diri sendiri apabila apa yang diusahakan tidak dapat

mestilah kita marah
bila tidak puas hati

mestilah kita marah
marah ke

apa yang ko nak marah-marah ini
aku selalunya jarang marah-marah kerana aku tak suka bila orang marah kat aku

marah ...ada berani

ujian tuhan

Ada saja ujian mahu diberikan kepada aku dan keluarga penghujung tahun ini sejak Nov lalu.

Namun, aku tabah hadapi walaupun satu ketika aku menangis teresak-esak sendiri dan menjerit mengenangkan nasib bukannya mendengus atau mempertikaikan kuasa tuhan.

Aku tahu ada hikmah di sebalik semua ini, mungkin tuhan mahukan aku bersama ibu dan adik-adik berkumpul.

Perpisahan yang bukan dalam rencana keluarga aku terpaksa dihadapi juga, kerana diri sudah diajar untuk bersedia berpisah. Lagipun, berpisah hanya kerana tinggal berasingan bukannya terputus ikatan.

Harap aku dan suami tercinta pandai membawa diri namun kesiankan anak-anak yang pastinya sukar menghadapi keperitan sebegini, berjauhan dengan bapak yang menghiburkan, tambahan pula mereka belum pernah merasakan situasi seperti ini.

Harap aku boleh handle anak-anak dan ikatan kasih dan sayang aku dgn suami bertambah kuat walaupun dalam hubungan suci ini kadang kala ada pasang surut dan turun naiknya.

Satu lagi harapan ku, moga aku dan suami lebih menghargai antara satu sama lain dan cinta kami terus mekar seperti dulu dan kini.

Saturday, December 20, 2008

Pening aku




Ari ini aku belajar sesuatu yang baru.
Belajar daripada kesilapan. Ia memang baik
kerana akhirnya aku berjaya.

Friday, December 19, 2008