Friday, October 30, 2009

kenduri tempat pertemuan kami

Keletihan selepas berlari dan melompat-lompat
Pose menarik dari semua

Sapa lebih comel?


Ini kenalan adik, baru kenai dalam surau



Cik Anor selepas majlis bertunang

Semua ada kecuali Mr Hubby dan Pak Alang


Bergambo dengan orang bertunang Cik Anor


Happy time


Mak Usu macam model le konon

Ala lupe la pulak name baby naik buai ni. Kalau tak silap naufara .....

Baby dibawa keliling masa Marhaban


Kakak bersama Aqil dan Airish Alisya Qaisara(tengah)
ASSALAMUALAIKUM,
Seperti hujung minggu sebelumnya, hujung minggu lalu juga penuh dengan aktiviti.
Memandangkan kami semua mendapat jemputan kenduri orang bertunang, maka Mak Anyah dan Pak Ngah pun turun ke KL hari Sabtu lagi.
Oleh kerana saya bekerja maka mereka terus menuju Bangsar menghantar barang yang diperlukan untuk majlis bertunang esoknya.
Menghabiskan petang hingga ke Isyak di Taman Dato Harun, mereka berdua dan dengarnya sempat mengziarah kubur saudara di sana.
Jadi, memandangkan mereka sampai lewat di teratak kami, sampai je selepas pekena secawan teh mak anyah dan pak ngah terus masuk tido, letih agaknya.
Pagi itu, tidak seperti Ahad lain, saya bangun awal sikit masakkan kuah durian kerana Mak Anyah teringin makannya. Mak Anyah beli durian tepi jalan kat Kuang katanya.
Selepas semuanya siap saya kuar pi beli roti buat cicah dgn kuah durian dan sempat membeli nasi kerabu dan dagang, berselera sungguh Pak Ngah makan.
Mak Anyah yang mengidam kuah durian saya pun makan berselera kuah durian itu, dia hanya jamah sikit je nasi dagang dan kerabu. Puas hati Cik Mama tengok Anyah makan, syukur tak kempunan anak dia bila kuar melihat dunia nanti.
Diteruskan cerita, saya sempat membuat brownies 2 loyang dan satunya untuk dihadiahkan ke rumah kenduri tengah hari nanti.
Jam 11.30 pagi semua kami bersiap untuk menuju ke Bangsar bagi menghadiri majlis pertunangan Cik Anor. Jam 12.15 dah sampai dan tanpa berlengah kami membantu tuan rumah yang nampaknya tengah bertungkus lumus membuat persiapan.
Oleh kerana kediaman mereka hanyalah apartmen, maka majlis diadakan di Surau kawasan berdekatan.
Baguih betui surau dia semua ada daripada peruk sebesar-besar dan kawah, pinggan mangkuk semua lengkap, peti ais pun ada begitu juga dapur dan tungku dapur, memang sesuai tempat mengadakan majlis.
Maka, majlis pun berlangsung seperti ditetapkan iaitu kirakira jam 1.30 petang selepas solat Zohor. Serentak dengan itu juga, tuan rumah mengadakan majlis cukur jambul cucu kedua mereka.
Meriah juga cukur jambul kerana majlis berjalan serentak maka satu di dewan surau dan satu lagi diadakan di dalam surau.
Kami sekeluarga dari Mak Anyah, Mak Ude dan Mak Usu semua berkumpul di dalam surau melihat majlis cukur jambul. Kami ingat majlis pertunangan tak mula lagi maka duduk saja dalam surau dan enjoy dengan gurindam dan zikir di dalamnya.
Memandangkan majlis serentak maka kami sekeluarga tidak dapatkan menyaksikan majlis menyarung cincin Cik Anor.
Cik Anor bukan main lawa lagi dengan baju birunya, hantaran dia pun biru juga tapi ada campur putih sikit. Nampaknya hantaran lelaki warna merah dan gold siap ada sangkar burung emas lagi. Apa pun selamat bertunang Cik Anor sepupu kami semua.
Majlis Cik Anor sweet dan teratur je, makan pun buffet, biasalah stail kl memang gitu. Sonok juga majlis begini kerana inilah masa kami berkumpul dan berjumpa sanak saudara. Anak-anak pun happy walaupun diaorang bukannya kenal dengan sedara mara pun.
Satu yang saya notis, bila lama tak jumpa rupa paras dan fizikal pun makin berubah. diri pun dah terasa usia makin meningkat bila banyak anak-anak sedara yang tahun lalu belum ada kini sudah menjadi sebahagian keluarga.
Yelah kalau dulu kurus, kini semakin berisi, yang gemuk pulak semakin kurus (makan ubat kurus kot), jika dulu seorang kini dah berdua malah nak masuk tiga pun, jika tahu lalu nampak mude, tahun ini berubah pula wajah semakin berkerut... macam-macam lah.
Bukan mudah nak berkumpul kerana selalunya saya sering tidak dapat bersama akibat tuntutan kerja, namun kali ini happy sungguh dapat berkumpul. Tapi sayang Mr Hubby tak ada plak.
Mak Angah Che Mah (anak-anak panggil opah ngah) pun nampak happy, walaupun anak cucu beliau tidak ada bersama. Yelah , raye lalu kami tak dapat berkumpul begini kerana masing-masing beraye dengan keluarga pasangan masing-masing. Sibuk dia minta Sham abang Cik Anor ambil kan gambar kami semua.
Alhamdulilah, Ayah Chu dan Mak Chu pun nampak puas bila mana majlis mereka selesai hari itu.
Kami pulang semula ke kediaman masing-masing kira-kira jam 5 petang bersama kandong (bekal makanan) yang dibekalkan tuan rumah.
Bersama ini seperti biasanya saya rakamkan gambar untuk tatapan semua.
Jumpa lagi ya.

Saturday, October 24, 2009

gambo-gambo

Askum, bertemu lagi. Kesibukan melinkungi hidup dan kemalasan menyebabkan sudah lama tidak bertandang dan kali ini, saya hanya nak berkongsi gambo-gambo kami sekeluarga

Saya suke gambo nie

Adik yang comel

Gambo dirakam ketika nak tido, asalnya mata pejam dah, bila bergambo celik balik

Apple on My Eye

Ada gaya tak? Klass...

Kakak dan adik bergambar dengan sepupu Adik Aqil (tengah)



Gambo-gambo ini dedikasi kepada Mr Hubby dan anak-anak.
Gambar-gambar atau gambo mengikut bahasa halus orang Perak diabadikan dalam album handphone comel yang menjadi peneman ke hulu dan ke hilir.
Enjoylah melihat gambo insan bermakna dalam hidup ini.
Jumpa lagi next entry

Thursday, October 22, 2009

Hujung minggu yang sibuk

Pose ayu dr kakak, tapi gambar nie di ambil masa bulan puasa lalu
Adik memang tak tau diam bile ambik gambo tengok le hasilnya

Sonoknya naik moto

Naik teksi di 1 Utama

Mr Hubby tak nampak muke seperti selalu nyorok. Adik dan kakak bukan main happy


Aireen dan Pak Lang dengan kek birthday green tea untuk Mr Hubby



Assalammualaikum,

Kali ini saya mahu terus berbicara tanpa perlu mukadimah panjang. Minggu lalu memang sibuk untuk kami sekelurga.
Khamis lalu, 15 Okt bapak pulang dari Sabah kerana menjadi rutin sebulan sekali akan pulang ke Sg Buloh.
Sempena itu, untuk meraikan saudara mara dan kenalan, kami sepakat mengadakan makan-makan hari raya kecil-kecilan pada 18 Okt.
Tetamu utama mak pengasuh sekeluarga, keluarga mak baru dan mak lama (ini term yang adik bagi merujuk pengasuhnya - Kak Ton tu mak lama dia dan kak maznah - mak baru).
Kekawan yang dijemput pun sesama ofis dan rakan Mr Hubby yang dah lama dia tak jumpa.
Mama jemput rakan Berita Minggu je, rakan lama tak dijemput kerana mereka dah pun mengziarah sebelum itu.
Namun, ini lebih majlis meraikan saudara mara dan harap tahun-tahun akan datang boleh jemput rakan lama yang lain.Majlis simple dan makanan pun ringkas, masak sendiri je.
Terima kasih pada Mak Ude, anyah, pak lang dan udak berdua kerana banyak bantu mama dan Mr hubby.
Anak-anak bukan main sonok lagi kerana dah lama kami tak berkumpul macam nie sejak opah pergi meninggalkan kami Mac lalu. Kalau opah ada, mesti lagi best dan kami buat lagi besar-besaran.
Secara keseluruhan kami puashati dengan majlis yang berlangsung walaupun mama sakit kaki dan belakang memasak dan mengemas. Biasalah kalau buat majlis macam nie, mungkin kerana usia kot atau badan manja tak biasa buat kerja berat sikit.
Apa pun terima kasih pada jemputan yang sudi hadir.
Sebenarnya, tarikh majlis jatuh pada tarikh birthday Mr Hubby. Atas permintaan Mr Hubby, dia minta jangan buat suprise party untuk dia, maka mama yang memang tak pandai buat kejutan ini pun akur. Oleh kerana sibuk sangat, maka mama pun terlupa nak beli kek tu.
Selepas tetamu pulang kecuali udak di dan udak ja, mak ude dan pak ude dan bapak lang, kami sepakat nyanyi lagu birthday untuk bapak tapi sayang terlupa pulak, kek tak ada. Senyum simpul Mr hubby. Happy belated birthday juga kami tujukan pada Pak Lang dan Mak Ude.
Esoknya, Isnin Mr Hubby beri idea kitaorg bawak anak-anak jalan kat 1utama dan singgah Ikea untuk makan. Kami sekeluarga memang suke makan kat kafe Ikea. So mama belanja untuk birthday Mr Hubby tanpa kek lagi. Cuma adalah sepotong kek Japan green tea ke ape tah nama dessert tu, so kitaorang pun nyanyi manja lagu birthday untuk Mr Hubby.
Seperti selalu Mr Hubby tak suke pixnya dirakamkan camera shy maka tiadalah gambarnya. Cume ada gambar pak lang dan aireen sedang khusyuk makan kat Ikea.
Sebelum ke Ikea, bapak bawak anak-anak main di 1utama, sonok bukan kepalang walaupun tempat utama nak dituju mereka Kidz Zone ditutup sebab ada kursus amende tah.
Ok cau dulu.


Tuesday, October 13, 2009

jam baru

Kami ada jam baru
Cantik tak jam Ben10 saya

Seperti biasa saya suka pink color - jam barbie



Semangat adik nunjukkan jam Ben10




Assalamualaikum,


Kali ini saya tak mau cerita pasai raye, tapi pasai hari santai kitaorang tiga orang pada isnin lalu. Biasa la kan, Isnin hari mama cuti.
Santai Isnin terjadi kerana mama dah janji nak banyak kakak pi playground, kerana hari sebelumnya kakak nangis sebab mama tak jadi bawak dia selepas udak datang dan bawak adik pi gunting rambut, ahad lalu.
Mulanya, kami semua dah siap dah nak pi taman, tiba-tiba loceng umah berbunyi dan rupa-rupanya udak yang datang.
Kata udak, cepat siap udak nak bawak adik pi gunting rambut. So mama terpaksa batalkan plan pi playground.
Pada firasat kakak, pada anggapan mama la, yang kakak ingat selepas gunting rambut boleh pi taman, namun kerana dah lewat dan udak keltihan sebab seharian di tennis court maka tak jadi pi.
Sampai rumah kakak ajak mama pi ke playground. Memandangkan jam menunjukkan dah 6.40 petang maka mama kata tak boleh pi. Kakak tak puas hati jadi dia nangis. Cian kakak.
Katanya memujuk, dah lama kakak tak pi playground. (memang dah lama pun sejak balik cuti raya di kuching ari tu). Mama tetap dengan pendirian dan itu menyebabkan airmata kakak mengalir lagi. C0ian, kata benak hati mama.
Apa pun, mama buat tak tahu je, membuatkan kakak benggang dan udak ja memujuk kakak kata dah petang takut syaitan nanti datang dan ganggu kakak.
Mungkin kerana takut dan cara explanation dak ja yang sangat menyenangkan maka kakak pun berhenti nangis.
Lepas tu mama peluk kakak, cium sikit ubun kepala dia dan kakak pun lap air mata dan berhenti merenyek.
Mama pujuk lagi dan berjanji akan pi playground esoknya (Isnin) dan ajak dia mandi. Kakak akur begitu juga adik yang menyibuk memeluk kakak dan lap pipi basah kakak dia So sweet gitu.
So santai Isnin tu selepas kakak balik sekolah kami bertiga pi ke the store sg buloh. Mula-mula mama, pi uruskan urusan mama, kemudian mama belanja dia orang makan nasi ayam sambil main kuda - masuk duit dan kuda mainan yang mereka tunggang itu bergerak dan berbunyi . Selain kuda, ada gajah, keretapi, kereta lumba dsbnya. Puas tengok diaorang main.
Memandangkan kedua-duanya masih batuk dan selsema, so mama tak kasi makan aiskrim dan sweet. Coklat dan keropok mama belikan dan mereka enjoy.
Tak lama pun sebenarnya santai tu. Adik yang panjang akal minta mama belikan mainan begitu jugak kakak. Mama kelentong kata benda tu tak dijual tapi untuk display je.
Mereka termakan juga kelentong mama dan sebagai balasannya mama belikan jam tangan, satu adik dan satu untuk kakak. Dan bersama ini disertakan gambar mereka.

Saturday, October 3, 2009

Hari Raya Upin dan Ipin



Peace kata adik

Peace di hari raya

Kakak dan adik tak lalu makan bila nampak playground

Bersama maskot Berita Harian

Bersama maskot Harian Metro

Adik happy sangat bergambar dengan girlfriends

Kenangan dengan Upin dan Ipin

Geram adik kat upin dan ipin tau, kakak maintain ayu konon


Assalamualikum,
Rasanya hari raya yang terhebat tahun ini bagi adik dan kakak adalah merasai dipeluk Upin dan Ipin ketika menghadiri Sambutan Hari Raya Aidilfitri NSTP.
Kisahnya, dua kali kami turun ke driveway tempat berlangsung jamuan untuk bertemu Upin Ipin. Namun kelibatnya tak nampak yang nampak ada poster je.
Bila masuk je lif nampak lah iklan jamuan dan adik serta kakak akan menjerit Upin Ipin.
Akhoirnya cubaan kali ketiga berjaya dan hasil risikan mama, Upin Ipin akan muncul jam 3.15 ptg. Oleh kerana jam menunjukkan jam 3 petang, mama ajak anak2 pi surau.
Di sana jumpa kawan lama, Maiharni dari UTUSAN. Di surau juga adik jumpa girlfriend dia, anak kawan mama. Bukan main sonok lagi dia. Sebelum turun surau memang girlfriend tu bermain dengan adik masa kat tingkat empat, main kejar-kejar.
So dirakamkan gambar girlfriend dan boyfriend tu di surau bersama kakak.
Berbalik kepada cerita, selepas solat tepat jam 3.15 kami sampai semula di driveway. Sampai je terus duduk dengan dengan library NSTP tempat Upin dan Ipin tukar baju.
So seperti hasil risikan tadi, memang benar upin dan ipin pun muncul. So tanpa berlegah maka mama tarik tangan adik dan kakak untuk bergambar dengan maskot tu.
Sebelum Upin dan Ipin pegi jauh mama tahan dia dan kata tunggu sekejap kami nak bergambar dan pic di atas adalah hasilnya.
Sonok betui nampak adik dan kakak, melompat-lompat. Selepas itu ramai yang datang dan bergambar termasuk mak-mak dan bapak2 orang.
Apa pun mama sonok nengok adik dan kakak sonok dapat jumpa Upin dan Ipin. Selamat Hari Raya.

Thursday, October 1, 2009

raye di mana???

Adik dan Abang Umm, same je gayenya
Penyokong pasukan bapak main futsal pakai baju tido je, tengok tu aksi Mr Hubby dgn ball

Pekena roti canai, mee jawa dan sebagainya dalam perjalanan ke kg Jaei di JJ Cafe


Ha....buat ape tu Aufa sayang, muke dia sama dgn kakak masa kecik2 dulu



Ni hero saya dgn udak kesayangan dia




Mak (bj biru) dan bapak menikmati mee sup





Kakak (sebelah kanan baju belang) bersame geng sepupu dan mak sedara makan mewah breakfast, sedap jugak food di sini



Assalamualaikum,
Raye di mana tahun ini?. Saya beraye di Perak dan Kuching, Sarawak. Sejak berkahwin memang kedua-dua destinasi ini menjadi tempat kunjungan cuti Aidilfitri walaupun selalunya di Kampung Teluk, Kampung Gajah selalunya cutinya pendek kerana terpaksa bertugas atau perlukan teruskan perjalanan ke Kuching.
Apa pun saya tidak kisah kerana buat pertama kalinya tahun ini saya beraya tanpa mak yang setia menanti kami sekeluarga berkunjung ke rumahnya.
Namun, seperti tahun-tahun sebelumnya kami mengunjung kubur arwah abah dan tahun ini kubur arwah mak.
Berbeza dengan tahun sebelumnya, tahun ini kami sekeluarga tanpa pengecualian termasuk adik dan kakak bersolat Aidilfitri.
Kata Mr Hubby tonggang tonggek juga adik bersolat. Kakak maintain ayu bila memakai telekung sama-sama solat walaupun dia tak ambik wuduk pun. Kan seronok kalau budaya ini berlaku ketika mak masih ada.
Selepas solat Aidilfitri kami semua terus menuju ke kubur mengziarahi kubur kedua orang tua. Hati sayu tapi saya tahan diri supaya tidak menangis kerana kunjungan itu sebaiknya bukan diiringi air mata.
Adik tak mahu turun pi kubur kerana katanya dia nak balik. Namun, selepas dipujuk, adik di dukung juga ke kubur dan berdoa bersama untuk opah dan atuknya.
Selepas itu pulang ke rumah dan bersiap-siap untuk menziarah mak ngah di Tanjung Tualang dan lain-lain tempat sekitarnya melawat pak dan mak sedara yang lain.
Semuanya siap menjelang Zohor dan selepas solat zohor masing-masing cari bantal untuk melelapkan mata. Kecuali mama yang sibuk masak lontong bagi memenuhi permintaan adik-adik yang teringin (anyah kan mengandung), yang lain lena tidur. Opss lupa nak bagi tau yang kakak tak tido sbb sibuk berdangau sampai terjatuh buaian. Merah muka dia menahan sakit. Kesian dia.
Raya kedua kami sekeluarga jam 9 pagi dah bertolak ke Sg Buloh nak packing nak balik Kuching pada petangnya.
Alhamdulilah, dalam jam 7 malam sampai Kuching, dah gelap pun di sana. Oleh kerana rombongan kami disertai sepupu sepapat anak-anak maka bertambah gembira adik dan kakak main dengan abang wan, abang ude, kak ngah dan abang hafiz.
Sebenarnya, saya pun teruja juga beraya di Kuching memandangkan sambutan di sana sangat berbeza kerana lebih meriah berbanding di Semenanjung.
Hari ketiga raya, kami sekeluarga dengan pakaian sedondon pergi berjarah (berziarah) berkonvoi2 ke rumah pak menakan (bapak sedara) Mr Hubby . Tahun ini kakak dah pandai tinggalkan mama dan bapak coz nak jalan dengan sepupu-pupu girl dia. Kakak pandei kelakar (cakap) Sarawak, kalah mama. Kata Mr Hubby mama cakap Sarawak macam iban bercakap.
Adik seperti selalu tak suke nak bersalam dengan orang tapi kalau orang hulur duit raya ambik je.
Di Sarawak, mereka beraya sampai sebulan dan kemuncak beraya tujuh hari minggu pertama yang mana masing-masing mengenakan baju Melayu ketika beraya.
Bagi lelaki mereka akan berbaju Melayu siap dengan sampin dan bersongkong. bagi wanita dan kanak-kanak pun sama masih memakai pakaian tradisional seperti baju kurung, kebaya dan seumpamanya.
Sesuai dengan konsep ziarah maka mereka akan mengunjungi rumah saudara mara, sahabat handai atau jiran tetangga.
Menariknya tuan rumah tidak perlu sediakan makanan berat seperti laksa atau beriani cukup dengan kuih raya termasuk kek lapis Sarawak yang terkenal itu dan air 'gas', jangan marah itulah keistimewaannya.
Rumah pulak terang benderang dengan cahaya lampu neon atau panjut. Suasana yang ada di Kuching ini pernah saya rasai ketika kecil-kecil dulu dan semangat itu semakin terhakis di Semenanjung terutama di KL yang mana lebih banyak 'open house' dianjurkan.
Namun, konsep open house sekarang bukan terbuka kepada semua jiran tetanga, saudara mara atau sahabat handai sebaliknya hanya untuk mereka yang dijemput saja.
Seronoknya, beraya di Kuching apabila adik beradik Mr Hubby sering menganjurkan konsep makan-makan sekeluarga.
Contohnya, ari ketiga raya tu kami semua berkunjung ke rumah MokLeh sebab dia masak tengah hari, hari seterusnya kami pergi rumah chek esah dia buat open house meriah sungguh open housenya.
Macam-macam food chek esah kuarkan dari nasi minyak yang sedap tu hingga ke junk food seperti sotong kering, asam boi, cheese kek yg sedap tu dan macam-macam lagi.
Malamnya, kami sekeluarga pergi makan-makan rumah pak wa, sedap betul masakannya, ada bubur pedas lagi ( bubur makan istimewa Ramadan). Suke makan masak keladi campur daun pucuk buas masak asam , sedap betui, memandangkan perut masih kenyang maka tak banyaklah makan.
Malam itu juga saudara mara yang lelaki ada perlawanan futsal, ini tahun kedua mereka berkumpul dan main futsal. Dari adik-beradik, ke sepupu sepapat hingga ipar duai, dari sekecil umur adik 3 tahun hingga yang dah masuk 50-an main futsal, klas dia orang ini. Kalau ada geng saya pun mau joint main futsal.
Hari Khamis, kami semua ke rumah Kak Yah balik kampung, saya sangat suke sebab kawasan ini sangat kampung suasana dengan pokok keliling kampung dan biasanya hidangan pun ala kampung. Hari tu kami dihidangkan dengan air kelapa dan makan tengahari enak lauk undang (udang) dan ikan terubuk stim, kenyang betui.
Sepanjang di Kuching adik dan kakak memang tak berapa nampak mama dan bapak asyik main dengan sepupu je.
Hari akhir sebelum berangkat pulang ke KL, adik dan abang Um dia berekot (nakal) main lompat-lompat sofa mak mis, main kejar-kejar dan main suis lampu sampai terbakar lampu nenek.
Menariknya dua-duanya tidak berbaju selepas berpeluh-peluh, main tak ingat dunia dua-duanya. Sedapnya boleh pulak cakap nak terang ke nak gelap, masa main suis lampu dan akhirnya lampu nenek terbakar akibat kerja kreatif adik dan abng um tu.
Selepas di marah bapak, adik dan abg Umm, tertidur tanpa baju dan aksi tido mereka berdua same je.
Kakak pula asyik main gunting dan paper sibuk nak buat bintang kertas, bila ditanya apa kakak buat?, dia jawab tak ada ape2. Yang mama marah tu, kakak dan kak nana dia, main dalam bilik mak mis dan kunci pintu, abis barang mak mis mereka selongkar.
Dalam suke ada duke apabila bapak sedara Mr Hubby yang terlantar sakit selama 4 tahun pulang ke rahmatullah jam 10.30 malam hari Sabtu. Al Fatihah. Moga rohnya dicucuri rahmat dan berada di kalangan orang beriman.
Apa pun kesimpulannya, saya enjoy raye kali ini dan sempat juga pergi ke Serikin membeli belah dan cuci mata. Namun, pic tak banyak di ambil malah gambar kami sekeluarga di hari raya pun tak ada. Banyak nak di cerita, tapi lain kali ya.
Ok, jumpa lagi lain kali. Raye di mana anda tahun ini? Jangan gaduh-gaduhlah bile nak balik raye.