Friday, December 26, 2008

ujian tuhan

Ada saja ujian mahu diberikan kepada aku dan keluarga penghujung tahun ini sejak Nov lalu.

Namun, aku tabah hadapi walaupun satu ketika aku menangis teresak-esak sendiri dan menjerit mengenangkan nasib bukannya mendengus atau mempertikaikan kuasa tuhan.

Aku tahu ada hikmah di sebalik semua ini, mungkin tuhan mahukan aku bersama ibu dan adik-adik berkumpul.

Perpisahan yang bukan dalam rencana keluarga aku terpaksa dihadapi juga, kerana diri sudah diajar untuk bersedia berpisah. Lagipun, berpisah hanya kerana tinggal berasingan bukannya terputus ikatan.

Harap aku dan suami tercinta pandai membawa diri namun kesiankan anak-anak yang pastinya sukar menghadapi keperitan sebegini, berjauhan dengan bapak yang menghiburkan, tambahan pula mereka belum pernah merasakan situasi seperti ini.

Harap aku boleh handle anak-anak dan ikatan kasih dan sayang aku dgn suami bertambah kuat walaupun dalam hubungan suci ini kadang kala ada pasang surut dan turun naiknya.

Satu lagi harapan ku, moga aku dan suami lebih menghargai antara satu sama lain dan cinta kami terus mekar seperti dulu dan kini.

No comments: