Monday, June 15, 2009

kakak dah sekolah


Kakak dengan uniformnya
Semalam, saya masuk lewat sikit ke ofis menguruskan kakak yang baru mula bersekolah (masuk tadika je) semalam, selepas lima bulan tertangguh ekoran pelbagai masalah yang melanda keluarga kami.
Kakak memang excited, teruja malam sebelumnya, dan buat pertama kali kakak tido jam 10 malam, kalau tak jam 11 dan 12 baru boleh lena.
Untuk memberi semangat, udak (pak sedara) suami isteri datang memberi sokongan, malah udak siap tepuk kakak sebelum kakak lena dalam pelukan udak.
Malam kelmarin pun, mak ude ada datang turut memberi semangat walaupun dia datang sebab dijemput datang ke rumah selain nak sangat naik Saga baru. Adik Aqel pun excited naik keta baru walaupun dia mengiringkan badan pun belum tau lagi.
Kakak bangun awal pagi, 6.30 dah jaga (belum pernah kakak bangun seawal ini). Kakak mandi sendiri dan pakai baju sendiri.
Memandangkan semalam first day, tak ada uniform lagi, maka kakak pakai baju kurung siap dengan tudungnya sekali.
Mama nampak kakak excited, malah sibuk belek beg baru dan pencil case yang baru. Botol air pun baru jugak. Tapi muka kakak macam nervous je. Sampai le masuk dalam kelas, muka kakak memang nampak nervous .


Balik sekolah pun muka camtu jugak , mungkin dia keliru kot tapi sinar happy memang ada kat mata dia. Semalam kakak belajar naik van sendiri balik rupa pengasuh baru. Hai,.......... dah besar rupanya kakak.







Lega melihat kakak dah sekolah dan pandai bawak diri walaupun kakak lupa nama cikgu dan kekawannya.







Bila abis keje semalam, banyak juga soalan mama tanya, mula-mula dia seronok bercerita tapi lepas tu macam malas je dan tak ada mood.
Selain bapak yang excited nak tahu citer kakak, udak siap ajak diner semalam nak tahu citer first day di sekolah, begitu juga mak usu dan anyah.







Tapi kakak dah tak ada mood mungkin letih dan setiap soalan dijawab dengan malasnya. Tak pa lah kakak, yang penting kakak dah sekolah dan mama tak akan banyak tanya lagi.







Semalam juga, hari pertama adik kat rumah rumah pengasuh baru. Mula-mula risau jugak nak tinggalkan dia sebab adik ni lain sikit.







Selepas tinggalkan dia, nangis juga dia tapi selepas dipujuk pengasuh dia ok, siap lambai kami (mama dan mak usu).







Alhamdulilah, masa ambik pun adik nampak ok sebab rumah pengasuh tu ada budak-budak lain walaupun diaorang tua daripada adik.







Syukur sangat. Saya pegi dan balik keje semalam dengan hati yang sangat lega dan tido saya memang lena malam tadi.






























2 comments:

ennieva fauzi said...

alahai comelnya kakak. Dah tu pandai lak dia menguruskan diri sendiri. Nampak sangat dah besarnya yek...

kiranajoe said...

sakit tengkuk la nengok gambar kakak neh...mama kena blaja flip gamba plak lepas neh ye...hehehe