Tuesday, November 10, 2009

Hujan, brownie, cokodok and seteko teh

Senyum di petang yang hujan
Jom minum

Seteko teh

Semangkuk cokodok bilis

Tea time

Kakak pose dengan brownies

Adik pun pose jugak

Brownies hasil kerja adik dan kakak

Assalamualaikum,
Petang Isnin lalu, semua plan saya dan anak-anak untuk keluar bersiar-siar dan bermain di taman permainan terbantut kerana titik-titik hujan membasihi bumi Desa Coalfields.
Memandangkan siaran televisyen tidak dapat ditonton, maka kerahan di buat oleh saya meminta adik dan kakak pejamkan mata dan lupakan hasrat untuk menonton atau hajat ke taman mainan.
Seperti mendengar arahan veto, maka adik yang sememangnya mengantuk pun melelapkan mata selepas dua tiga kali keluh kesah, kekiri dan kekanan memeluk bantal busuk.
Kakak seperti biasa memang lambat sikit bab tido siang nie. Rasanya saya dah terlelap dan bermimpi dia masih belum lagi melelapkan matanya.
Akhirnya, terlelap jugak kakak selepas semuanya sunyi yang kedengaran guruh, petir dan bunyi titisan air hujan.
Sebaik bangun tido, saya mengajak mereka membuat brownie, adik yang matanya bukak separuh tu bingkas bangun dan terus menuju dapur.
Maka, bermulalah episod membuat brownies petang itu. Daripada menyediakan barang sehingga memasukkan aduan ke acuan, mereka berdua bantu dengan penuh semangat sekali.
Adik yang memang suke coklat, sempat menjilat aduan brownies sehingga comot muka
sampai ke kening aduan brownies tercalit.
Sementara menunggu brownies siap, saya buatkan cokodok dan bancuh seteko teh. Siap saja brownies, maka petang itu kami makan cokodok dengan brownies dan air teh o.
Indah sungguh tea time kita orang bertiga petang itu lihatlah pic yang dirakamkan petang itu.
Tea time ini nampaknya berbaloi berbanding ke playground. Terima kasih hujan oppsss terima kasih Tuhan yang mengeratkan lagi kami bertiga petang itu walaupun adik dan kakak tak habis bergaduh ketika menolong membuat brownies.
Saya rasa inilah masa penuh bermakna untuk habiskan hujung minggu dengan anak-anak dan mereka merasakan sangat dihargai dan bangga apabila dapat membantu di dapur. Cube lah.
Jumpa lagi.

No comments: