Thursday, March 19, 2009

berita sedih

Dalam hidup ini, pasti ada saat sedih mendengar berita yang sayu.
Dalam hidup aku pun sama.
Lewat tahun lalu, menyaksikan sendiri ibu sendiri kena serangan jantung. Saat-saat sedih, cemas dan kebingungan itu banyak mengajar diri menjadi lebih tabah untuk menghadapi saat sedih sebegitu.
Kisah itu sebenarnya mengajar kami adik-beradik untuk berdikari dan menyelesaikan masalah secara bersama.
Lebih-lebih lagi saat kejadian berlaku suami tiada di sisi kerana out station ke overseas. Jadi aku dan dua lagi adik nampaknya bijak merencanakan apa yang terbaik untuk mak.
Kakak dan sepupu yang lain turut beri sokongan dan kekuatan kepada kami adik beradik kerana kami berlima dikategorikan sepupu termuda mereka yang dikira masih mentah dalam soal hidup walaupun aku dah masuk 33 tahun ini.
Terima kasih sekali lagi kepada mereka.

Tiga empat minggu lalu, mendengar khabar sedih daripada rakan sekerja mengenai penyaktnya mengingatkan kembali kepada kisah emak.
Melihat rakan ketika mengunjunginya di hospital, di rumahnya dan saat dia bertamu ke ofis, membuatkan bibir kelu berhadapan dnegannya.
Kesian itu yang boleh aku katakan tentang nasibnya yang baru beberapa bulan kehilangan ibu tercinta dan kini dikhabarkan dengan berita sedih mengidap kanser.
Mendengar berita itu memang menyedihkan tetapi menghadapi situasinya mungkin lagi sakit.
Moga rakan itu akan lebih tabah dan berusaha merawat penyakit bukan percaya dengan cerita karut atau hanya berdiam diri pasrah tanpa usaha mengubati.

Yang pasti untuk mak memang ku pautkan doa berterusan semoga sihat selalau dan panjang umur.
Untuk rakan, doa yang sama dipanjatkan dan harap beliau mengubah fikiran untuk berusha mengubati diri.
Amin.

Moga hidup ini tidak ditimpa musibah akibat penyakit kronik. Entah la................

Jumpe lagi.

1 comment:

chik na said...

salam roha..kak nurul ni...begitulah dik...kita hidup ni dibentangkan dgn pelbg cerita suka duka...akak pun prnah melaluinya dan sebab itulah sampai ke hari ini..akak syahdu dan mudah sebak kalau berdepan insan yg diuji dgn penyakit kronik ni....ia menjd iktibar bg kita yg hidup utk sentiasa menghargai seseorg itu sementara masih ada peluang dan waktu utk bersamanya......