Sunday, May 3, 2009

Lebih 40 hari lalu

Assalamualaikum,
Dah sebulan tidak bertandang di blog bukan apa tetapi kesibukan dan kemalasan menguasai diri.
Sebenarnya banyak yang mahu ditulis berkongsi rasa suka dan duka.
Namun, untuk dua bulan kebelakangan ini sebenarnya, lebih banyak duka dalam hidup aku.

Ibu, Mei ini banyak betui promosi mengenai Hari Ibu. Tapi aku begitu sayu mendengar dan menatap iklan ini di media massa.

Ibu yang paling dikasihi menghadap tuhan, ke rahmatullah pada tanggal 25 Mac lalu (Rabu) jam kira-kira 7.30 pagi di kediaman kami di Kampung Teluk, Kampung Gajah Perak kerana serangan jantung. Ini serangan jantung kali keduanya, sebelum ini mak pernah dimasukkan diICU kerana jantung di Hospital Sungai Buloh dua hari selepas majlis hari jadi anak aku Dhani.

Sebenarnya, sudah lama aku mahu berkongsi rasa mengenai kepermergian ibu yang ku panggil mak tu. tapi berkali-kali mencuba masih tak boleh menulis, kerana air mata lebih laju dari jari yang menaip.

Dua hari lepas genap 40 hari mak meninggalkan aku dan adik-adik, kami buatkan kenduri tahlil dan doa kami sekeluarga panjatkan. Al Fatihah.
Rasa kosong betui apabila tiba di kampung kerana kami semua tidak lagi dapat menjenguknya di bilik mak untuk bersalam dan berpelukan setiap kali sampai di rumah.
Yang tinggal bilik dan katil mak, yang nampak lebih kemas kerana tidak lagi menjadi tempat emak berbaring.

Memetik kata-kata sepupu aku, Kak Ani, 'rasa kosong betul bila tiba di kampung dan ralat sangat nak balik ke kampung kerana masih teringat-ingatkan mak cik.' Kak ANi memanggil mak aku sebagai makcik.
Pernah kata Kak ANi, dia dah membeli kuih di gerai tepi jalan untuk di bawa menziarah mak aku, tetapi berpatah balik kerana baru tersedar yang mak sudah tiada lagi.

Begitu juga dengan aku, selalu teringat untuk menelefon mak berkongsi cerita dan bertanya khabar. Ia memang menjadi rutin setiap minggu untuk berbuat begitu terutama untuk anak-anak aku Aireen dan Dhani melepas rindu lebih-lebih lagi sejak bapak dia orang berpindah ke Sabah yang membataskan kami balik kampung.

Airmata mengalir laju, aku rasa baik ku tamatkan catat ini sebelum rakan sepejabat perasan yang aku sedang menangis.

Jumpa lagi

1 comment:

ennieva fauzi said...

Sabar la Roha, setiap yang hidup pasti akan mati. Kes Kak Anie tu pernah terjadi kat saya. Seminggu selepas arwah tuk pergi, saya membeli mangga untuknya ketika singgah di pekan tani. Sebab dia sangat sukakan mangga. Dah beli baru teringat tuk tak ada dan menangis semahunya. Saya ingat sampai bila2.