Sunday, July 12, 2009

Mak

Rindu pada mak datang lagi, lebih-lebih lagi kelmarin Sabtu malam ahad kami menganjurkan majlis tahlil untuk mak selepas 109 hari beliau meninggalkan kami.

Hari ini dah 111 hari mak pergi tak kembali.
Anak dan cucu mak memang rindu kat mak, walaupun adik dan kakak sebenarnya tak faham apa itu kematian.
Adik selalu kata opah dah meninggal dunia bila kita tanya mana opah dia. Begitu juga kakak.
Kakak pernah menangis rindukan opah dan ajak mama solat dan doa banyak banyak supaya kami dapat hidupkan opah. (Mungkin dia faham kalau kita doa dan solat banyak-banyak serta berbuat baik opah dapat hidup kembali).

Apa pun, memang terasa lain berkunjung ke rumah mak tak sama macam masa dia ada. Harap kami adik beradik akan tetap berkunjung ke rumahnya itu, berhari raya dan mengadakan berkenduri dan berkumpul adik beradik, tambahan pula masih ada dua orang lain belum berkahwin.
Rumah mak memang tak banyak beza kerana masih di huni anyah di sana, tapi suasananya lain.
Terima kasih bebanyak pada mak ngah kerana dia beri kekuatan dan menumpang kasih.

Ok, saya tidak boleh berbicara lagi kerana skrin dan keyboard komputer saya tak nampak lagi.

No comments: