Friday, July 24, 2009

Jadi fikir-fikirkan lah.







Assalamualaikum,


Saya mahu menulis perkara yang serius dalam entri kali ini, mengenai nasib orang melayu di bumi Melayu. Idea ini tercetus daripada penulisan seseorang yang tidak dapat disiarkan kerana dikatakan terlalu sensitif.

Penulis berkenaan seorang Cina Muslim yang begitu Melayu nadanya dengan lantang mempertikaikan cara orang Cina dan India di negara ini membangkitkan isu mengenai bangsa mereka.

Menurut penulis itu, apabila sesuatu kejadian mengenai orang Melayu dibangkitkan sering saja orang Melayu bertindak dengan berhemah dan bertimbang rasa. Apa saja pendapat yang lantang mengenai orang melayu dilihat sebagai racism/perkauman sedangkan jika bangsa lain berbuat demikian dilabelkan sebagai memperjuangkan hak mereka sebagai warganegara.

Persoalannya, orang Melayu bukan warga negarakah? Kita semua warganegara tapi mereka yang diberikan kewarganegaraan ketika negara mahu merdeka seakan lupa yang mereka diberikan taraf itu atas dasar keamanan serta timbang rasa. Mereka juga lupa keistimewaan hak orang Melayu serta Raja-Raja Melayu perlu dihormati.

Orang Melayu dan Islam di bumi Melayu ini dalam banyak hal selalunya mengamalkan sikap tolenrasi kerana mahu negara ini aman dan harmoni manakala bangsa lain melalui ahli politiknya sering membangkitkan isu perkauman dan hak sehingga mewujudkan suasana tegang dan tidak senang di kalangan orang Melayu.

Satu yang saya terfikir, apabila satu Cina ini mati, heboh satu 'kampung' sedangkan kita tidak tahu kemungkinan benar beliau membunuh diri. Apa mahu kecoh sangat sehingga ada suruhanjaya menyiasat.

Sering terjadi orang Cina dan India ini sengaja membangkitkan isu mudah menjadi rumit dengan menggunakan alasan keadilan dan kesaksamaan.

Paling dibenci, apabila yang berteriak mahukan suruhanjaya ini bertindak mempertikaikan apabila Kabinet setuju mewujudkannya.

Melayu seringkali bertolenrasi dan membenarkan serta melayan kerenah orang yang berkepentingan untuk politik semata-mata.

Berikut beberapa petikan tulisan penulis Cina mengenai Melayu yang menangkap jiwa saya,


"Malang sungguh menjadi orang Melayu ............apabila sesuatu kejadian yang menimpa orang Melayu, tidak ramai yang berasa sensitif tetapi apabila orang lain, terutama (Cina dan India), seolah-olah hari sudah hampir kiamat seperti tidak ada isu lain yang hendak dibincangkan lagi.
Kita jarang berpolitik untuk mempertahankan apa yang benar dan apakah yang salah. Tetapi kita lebih banyak berpolitik dengan politik yang merugikan iaitu menuding jari untuk melihat siapakah yang menang (benar), siapakah yang kalah (salah). Politik hanya untuk mencari keuntungan politik atau mendapat undi politik, sedangkan maruah agama dan bangsa tergadai. Berbaloikah dengan berpolitik sebegini sedangkan orang lain sentiasa mengambil kesempatan hasil kelemahan kita.

Kita juga jarang berpolitik melihat kepentingan semua kaum, tetapi berpolitik secara sempit mempertahankan kaum sendiri sehingga hilang rasional akal. Tujuannya tidak lain, untuk mempertahankan kuasa dan memancing undi. Masing-masing mahu menjadi jaguh kaum, dengan mengenepikan kepentingan umum.'


Renungkah persoalan yang dibangkitkan di bawah ini. Saya sangat terkesan dengan kenyataannya ini.


"Berapa banyak surau dan masjid dirobohkan untuk tujuan pembangunan? Berapa ramai bukan Islam tampil mempertahankannya? Orang Islam masih boleh menerimanya. Itulah sikap toleransi yang amat saya kagumi. Tetapi apabila ada satu kuil atau tokong dirobohkan bagi tujuan pembangunan, satu Malaysia bagaikan nak ribut dan kelam-kabut seolah-olah berlaku penganiayaan terhadap orang bukan Islam," .


Jadi fikir-fikirkan lah.

No comments: