Monday, March 8, 2010

Basikal

Kakak dengan aksi menggoda la konon

Ceria disakat adik (nampak rambut sikit je dalam pic)

Pose biasa dari adik dan kakak


Adik dengan basikal baru warna biru



Seronok menayang basikal baru

Assalamualaikum,
Dah lama tak menyengah blog , kali ini saya mahu berkongsi cerita mengenai basikal.
Akhir bulan lalu, seperti dijanjikan Mr Hubby menunaikan janji membelikan adik basikal baru. Sebelum ini, adik sudah ada basikal tetapi adik tak dapat kayuh kerana ia direka khusus untuk kanak-kanak bawah tiga tahun. Selalunya, sayalah yang terpaksa tolak adik jika dia hendak naik basikal.
Kakak sudah dibelikan basikal ketika usianya tiga tahun setengah, kalau tak silap. Dia rajin berlatih dan dalam usia 4 tahun dah pandai menunggang sendiri walaupun sampai sekarang masih menggunakan roda tambahan.
Adik usianya baru tiga tahun 3 bulan tetapi cara dia macam umur orang 4 tahun. Kesian tengok dia asyik mengejar kakak naik basikal maka Mr Hubby yang memang rajin melayan kehendak anak-anak, pun berjanji membelikan adik basikal baru.
Asalnya, akhir bulan lalu kami sepakat nak membelikan adik basikal kerana dia tak ada basikal seperti kakak. Namun, sampai di kedai, bapak belikan kakak juga basikal baru memandangkan basikal dia berwarna merah kuning tu dah rosak.
Maka, senyum lebar kakak bila bapak kata dia pun akan dapat basikal baru. Dua hari pergi survey basikal yang sesuai dan selepas meninjau harga, Mr Hubby setuju beli di Paya Jaras je, so adik dapat basikal warna biru seperti dijanjikan manakala kakak warna merah dan hitam. Cantik basikal kakak, moden sikit designnya.
Sebaik saja basikal sampai dirumah dan dikeluarkan dari keta kedua-dua beradik pun apa lagi praktis mengayuh, Kakak memang pandai mengayuh basikal maka tak ada masalah bagi dia.
Masalah bagi adik kerana selama ini, dia naik basikal tetapi orang lain tolakkan dia. Maka dia tak pandai kayuh dan orang jenis cepat putus asa. Baru dua tiga kali kayuh dah malas dan lebih suka masuk rumah kerana tarikan televisyen dan 'Play House Disneynya'.
Saya selalu bagi kata semangat dekat adik supaya rajin berlatih mengayuh basikal supaya dia boleh bersaing dengan kakak.
Petang selepas dapat basikal baru Mr Hubby dah teman adik dan kakak mengayuh basikal pergi playground. Memandangkan adik tak pandai kayuh maka berpeluh juga Mr Hubby menolak dia. Adik ni satu kerenahnya, orang tak boleh lebih daripada dia, bila kakak kayuh laju dan meninggalkan dia, dia start 'keroncong senandung semalam' nangislah apa lagi. Adik minta kakak tunggu sebab dia nak menang dan berada di hadapan.
Puas jugaklah Mr Hubby melayan mereka berdua dan tiga2 senyum puas masa saya menyambut mereka pulang dari playground petang itu.
Dah dekat dua minggu, Mr Hubby pulang ke Sabah. Maka, bila saya off saya suruh anak-anak berlatih mengayuh basikal masing-masing. Kaka memang rajin dan selalu bagi galakan kepada adik.
Adik pun akhirnya makan pujuk kakak dan Ahad lalu saya bawa mereka ke palyground. Mengejutkan kerana adik dah pandai kayuh basikal dia walaupun ada masa dia ketinggalan di belakang.
Untuk memberikannya semangat, saya tolong jugak tolak basikal dia dan seperti selalu adik merungut yang kakak laju sangat, sedangkan dia nak menang.
Seronok juga melayan mereka berdua. Isnin m,ereka berlatih dan bermain-main lagi mengayuh basikal. Kakak yang memang protectif masih mengajar adik dan beri kata semangat.
Kakak memang rajin bermain basikal dia siap angkut anak-anak patung dan toynya sekali. Kadang-kadang kakak main pegi sekolah naik basikal. Adik pun mengikut kakak, dia pun bawak teddy bear yang dipanggilnya dafi tu sekali naik basikal.
Tiga empat kali juga diaorang keluar main basikal di depan rumah (masih dalam pagar), seronok juga menengok telatah dia orang.
Ok jumpa lagi.

1 comment:

rayarani said...

wah...dh de basikal baru...tp mak usu x leh nk tumpang...huhu...