Thursday, January 14, 2010

Ragam di majlis Pak Usu

Pengantin bergambar dengan pengapit yang setia dari Melaka hingga ke Kuching
Acara yang berbeza sedikit, pengantin berebut makan suap nasi yang dihidangkan, lupa pulak istilahnya, mungkin orang Swak boleh bagi komen

Sayang angle salah jadi muka kakak tak nampak, nampak pengantin je


Nenek menepung tawar Si Maisara comel yang teringin di renjis

Acara menepung tawar mereka yang melangkah ke alam baru atau berjaya dalam peperiksaan


Ha, nak lastik kita pulak abg Eyrol dan adik Dhani ini


Ala comel Kak Izzah bergambar dengan adik Dhani


Inilah hero saya yang tidak tahu duduk diam


Ala comel-comel, Maisara yang mendapat gelaran Amoi dan Manjalara

Pose maut daripada Kakak dan Adik


Ini pose biasa daripada adik sejak dua menjak ini


Generasi Y cucu Pak Ramli yang akan menjadi pemuda harapan bangsa
dr kiri Umar, Mirza, Hafiz dan Fariz

Macam-macam gaya deme, satu ultraman satu lagi ben 10 dan yang lain melihat saja

Apa la yang difikirkan Abdullah (baju hijau) yang tidak gemar bergambar ini

Macam mana mak orang tu boleh terselit di kalangan anak-anak ni, jawab Kak Lina.

Aqid, Umar dan Dhani bersanding di beranda rumah nenek sementara menunggu pengantin tiba
Umar dan Dhani dengan pose yang biasa Ultramen dan Ben 10


Lepak le kejab, penat tau, adik bergambar dan kena tepung tawar tadi

Wednesday, January 6, 2010

Tahun baru, wajah baru

Assalammualaikum,

Mungkin agak lewat saya nak mengucapkan selamat tahun baru, namun saya titipkan juga ucapan itu untuk pembaca semua.

Sempena kedatangan tahun baru, saya pun mahu blog ini berwajah baru, pada saya dengan layout baru ini nampak lebih segar berbanding yang terdahulu lebih misteri.

Harap semua enjoy dengan pengisian dalam blog yang saya dedikasikan untuk anak-anak dan suami tercinta.

Saya sedang usahakan untuk masukkan cerita majlis perkahwinan Pak Usu di Kuching untuk next entry

Jumpa lagi .daaaaaaaaa

Majlis Bertandang di Kuching

Mari kita ke kenduri kahwin
Menengok cantiknya kedua pengantin

Bertentang mata duduk bersanding, berpimpin tangan dua seiring


Merah jari berinai kedua pengantin, cantiknya sungguhlah molek
Tangan di angkat doa pun di baca, semoga pengantin aman bahagia.

Ayahanda Ramli segak sungguh berbaju Melayu, menepung tawar memberi restu,

Ciuman dari Bonda untuk Pak Usu, buat mak Usu jadi cemburu


Keluarga Pak Wa senyum meleret, berbaju Melayu sungguhlah cantik

Keluarga Kak Yah kurang seorang, Along Miera
pulang ke Pahang


Udak Di dan Dak Ja nampaknya dah lama teringin, hendak duduk berdua kembali bersanding




Kak Hot dan abg Elham juga nampaknya teringin
duduk bersanding anak keliling


Keluarga Abg Salleh juga meriah dengan pengantin, walaupun Umar hari tok tak jadi Ultraman

Keluarga Kak Esah bergambar senyum meleret
Maisara ber'embak namun tetap cantik


Keluarga Kak Jam lain dari yang lain
seorang tunduk seorang berpaling

Kami sekeluarga berbaju biru, jarang nak nampak aksi begitu

Ini keluarga mak Ani, cun-cun cantik berseri


Ini pulak Mak Ani bergambar dengan Pak Usu dan Mak Usu, dikeliling Lina dan Zul rakan sepermainan sewaktu dulu.


Tepuk amai-amai, tepuk biar cantik, anak sedara punyala ramai, ada yang besar juga yang kecik
Cucu Pak Usu senyum meleret, Mak Wa Aireen dan Usu Dhani pulak mencebik

Apa di kata Aireen yang molek di sebelah Maisara si Ratu Cantik

Amboi Mak Ani dan Kak Ida senyum meleret mahu menunjuk si lesung pipit

Saturday, January 2, 2010

Menara Taming Sari dan Bandar Hilir

Assalamualaikum
Sempena majlis pernikahan dan perkahwinan Pak Usu di Jasin Melaka, maka kami sekeluarga mengambil kesempatan bercuti di sana. Lihat gambar kenangan di sana

Aksi kakak merempit
Memperkenalkan Abdullah Abdul Rahman yang sangat berhati-hati dalam tindakannya, slow je dia bawak

Tengok gaya adik merempit, tak sempat nak di ambil gambonya


Bergambar selepas keluar daripada menara taming sari

Aksi kakak yang sakit mata, tengok mata dia kesian.


Manja di sisi Mak Ina. Tak gayat ke kakak?.


Selat Melaka dirakamkan dari ketinggian 80 meter Menara Taming Sari

Dataran Pahlawan Bandar Hilir dari ketinggian 80 meter di Menara Taming Sari
Kesibukan Bandar Hilir di Melaka pada cuti sekolah lalu. Kata Seorang Penarik Beca Melaka macam funfair masa cuti sekolah

Itulah Mak Mis di dalam Menara Taming Sari

Mak Ina, Kakak dan Mak Mis pose manja gitu.

Adik dan Kakak pose dengan penarik beca yang dah tiga kali ke Mekah hasil mengayuh beca aje.