Tuesday, August 4, 2009

Meraikan usia

oppss, tinggal separuh je sedap sangat kek ini. Kira lilin, itulah usia saja.


Kembali lagi.
Pagi tadi seorang teman bercita mengenai ayahnya merajuk kerana anak-anak dan isteri sudah terlupa hari jadinya. Jadi mereka berusaha mencari hadiah memujuk ayah. Tapi saya tidak pasti si ayah makan pujuk atau tidak.
Apabila kita bercakap mengenai hari jadi 'birthday' ini, sebenarnya ramai yang sensitif, tidak kira dia lelaki atau perempuan, yang berusia atau kanak-kanak.
Saya sendiri pun sensitif bab ini walaupun tahu usia semakin meningkat dan tidak lagi perlu bermanja-manja bab birthday ini.
Sebenarnya, semasa kecil tidak pernah sekali pun diraikan dalam majlis harijadi. Mungkin itu bukannya menjadi kebiasaan ibu bapa saya. Saya tak menyesal atau kecewa pun.
Sering dipaparkan di media massa, birthday diraikan, so saya pun pandai sendiri meraikan hari jadi.
Sebelum usia menginggati birthday sendiri, saya tidak pernah kisah pun bab birthday ini. Apabila sudah ingat dan tahu apa itu birthday, saya suka nak meraikan walaupun dengan cara sendiri seperti memakai pakaian yang cantik di hari berkenaan.
Pernah satu ketika, saya minta mak masakkan kuih bengkak (bingka) untuk buat majlis sikit pada sebelah petang. Saya tolong mak sendiri buat bubur kacang untuk majlis kecil. Tok dijemput untuk membacakan doa. Namun majlis itu lebih pada majlis makan petang.
Rasanya arwah abah pun tak ada petang tu, kerana bekerja, yang ada cuma mak dan adik-adik je.
Selepas masuk sekolah menengah, rasanya saya akan meraikan dengan kekawan baik tapi masih tak ada kek, cuma makan-makan atau jalan-jalan (masing-masing bayar sendiri, saya tak ada duit nak belanja kawan).
Menyenjak lebih remaja pun begitu juga tiada majlis besar kecuali diraikan dengan teman-teman rapat saja atau sekadar menerima ucapan daripada mereka. Biasanya kekawan rapat yang ingat kerana angkanya mudah diingati 7-7, selain yang memberi ucapan itu adalah kekawan yang sebintang dengan saya.
Apabila berkeluarga, majlis hari jadi seakan wajib tetapi lebih kepada anak-anak. Saya sangat suka buat birthday untuk anak-anak kerana nyata mereka memang happy. Dia orang bukan harap hadiah sangat, janji ada kek, belon, jajan dan nyanyi lagu birthday. (Saya paling terharu apabila masa birthday anak-anak ada yang volunteer bacakan doa selamat untuk mereka).
Untuk diri sendiri diraikan bersama suami tersayang dan anak-anak dengan majlis makan-makan kecil-kecilan.(Kami berempat saja keluar makan dan jalan-jalan)
Selalunya ada kek pemberian suami dan kejutan daripada anak-anak. Saya suka kejutan walaupun tidak mengharapkan sangat.
Apabila usia semakin meningkat ucapan dan sambutan birthday tidak lagi penting, namun saya masih mengharapkan ucapan daripada orang yang dekat dengan saya. Boleh merajuk jugalah kalau tiada ucapan diberikan mereka seperti cerita ayah kawan saya itu.
Kata orang semakin meningkat usia makin sensitif kita bab birthday ini. Entahlah.
Saya juga nak buat kejutan kepada yang tersayang, tetapi selalunya plan tak menjadi dan reaksi orang menerima kejutan selalu membantutkan usaha berbuat demikian. Mungkin saya kena plan betui-betui kot baru orang yang menerima kejutan dengan seronoknya. Saya juga pernah mengecewakan seseorang kerana menjadikan kejutan satu yang membenggangkannya. (maksudnya plan kejutan tak menjadi sebaliknya saya kena marah)
Apa pun terima kasih buat Mr Hubby dan anak-anak yang buat suprise kepada saya Sabtu lalu. Sungguh saya tak sangka mereka komplot beli kek untuk birthday saya. Malu sungguh tapi saya happy sangat. Mestilah happy coz saya tak sangka, birthday saya kan jatuh pada awal bulan Julai. Ini kira macam majlis belated birthday la.
Awalnya, Mr Hubby menjemput adik beradik datang rumah untuk makan-makan. Lagipun sejak Mr Hubby ke Sabah jarang kami berkumpul adik beradik makan-makan.
Tapi sungguh tidak sangka yang majlis makan-makan ini memang dirancang rapi khusus untuk suprise birthday saya. (Jemputan tak tahu pun majlis itu untuk birthday). Terharu gila dan sangat teruja.
Sekali lagi thank u bapak, aiyin dan adik. Sayang korang.
So untuk yang menyambut birthday hari ini, happy birthday.

No comments: