Friday, September 18, 2009

SELAMAT HARI RAYA







ASSALAMUALAIKUM,



Sekarang masih di ofis menyiapkan tugasan di hari terakhir bekerja sebelum bercuti 10 hari mulai esok.

Jasad saja di ofis tetapi hati masih di rumah, tambahan pula bapak dan anak2 tengah enjoy bertiga di Coalfields tu.

Apa la tiga orang tu buat, tadi diaorang pergi ke salon, kakak nak trim rambut. Mama tak sempat pun buat rambut tapi kakak mengalahkan orang dewasa, buat rambut berbagai.

Dalam mood raya ni, ofis tak berada dalam mood raya kerana ada beberapa kerat yang bekerja.

Kepala otak memang teringatkan beberapa benda tak dibeli lagi termasuk stokin untuk kakak dan adik. Nantilah mama cube cari tau. Nak keluar ofis pergi shoping last minit sangat malas rasanya tambahan pula keta tak ada.

Apa pun kalau benarlah esok raya, tahun ini memberikan kelainan kepada kami sekeluarga kerana sejak mak pergi, inilah kali pertama kami berhari raya tanpanya.

Pernah sekali kami adik-beradik beraya di Coalfields tanpa mak masa raya haji tahun lalu ketika mak di masukkan ke hospital Sg Buloh kerana serangan jantung (bila difikirkan mungkin itulah masa kami semua berlatih beraya tanpanya).

Beraya tanpa mak masa Aidiladha tu rasa lain sangat kerana kemeriahannya tidak ada walaupun kami tetap mengemas rumah dan masak lauk pauk untuk berhari raya.

Kami masih merayakan Aidiladha tetapi dalam hati menyimpan sedih kerana mak di hospital. Mak menangis bila kami semua melawatnya dan mengucapkan Selamat Hari Raya dan memohon maaf kepadanya.

Kata mak, dia sedih kerana kami semua terpaksa menyambut Aidiladha bersamanya di hospital. Mengalir air mata kami mendengarnya.

Dalam duka, puas rasa hati melihat mak berselera menjamah nasi impit, rendang dan kuah kacang yang kami bawa.

Diingatkan kembali, saya pernah berkata kepada Anyah, yang saya tidak dapat bayangkan jika berhari raya tanpa emak. Dan sungguh tak sangka, raya kali ini memang merasai pengalaman beraya tanpa mak itu.

Sayalah yang akan menjadi ketua keluarga raya kali ini walaupun rumah induk peninggalan mak dan abah dihuni Anyah dan suaminya Pak Ngah.

Kesian juga Anyah nak bersiap kerana dia mengandung dah masuk lima bulan. Tak pa Anyah, Pak Lang kan ada walaupun dia tu suka lewat bangun tido, insyaAllah Mak usu akan sampai jugak petang nie, dia boleh di harap.

Minta-minta mak ude ada menjenguk dan tolong masak walaupun tahun ini dia beraya di rumah mak mentua dia. Anyah tunggulah kami berempat, balik malam nie.

Insya Allah, sebagai yang sulung saya akan mengambil alih menyediakan juadah apa yang patut awal pagi esok sebelum menguruskan anak-anak berdua yang kemungkinan bangun lewat.

Rasa hati mahu bersolat sunat Aidilfitri namun bergantung kepada keadaan si comel dua orang itu. Kalau mereka bangun cepat dan semua persiapan bersarapan dah siap, saya akan pergi ke masjid.

Lepas solat, kami sekeluarga merancang untuk menziarah kubur mak dan abah. Kemudian menziarah Mak Ngah di TT serta bapak dan mak sedara yang lain sekitar Kampung Gajah.

Isnin, pagi2 kena bertolak ke Sg Buloh kerana petangnya nak terbang ke Kuching. Rindu pada mak dan bapak, dah setahun kami tak jumpe.

Meriah beraya di Kuching dan saya akan ceritakan kemeriahannya dalam entri yang lain. Jumpa lagi.

Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf Zahir dan Batin.



No comments: