Thursday, October 1, 2009

raye di mana???

Adik dan Abang Umm, same je gayenya
Penyokong pasukan bapak main futsal pakai baju tido je, tengok tu aksi Mr Hubby dgn ball

Pekena roti canai, mee jawa dan sebagainya dalam perjalanan ke kg Jaei di JJ Cafe


Ha....buat ape tu Aufa sayang, muke dia sama dgn kakak masa kecik2 dulu



Ni hero saya dgn udak kesayangan dia




Mak (bj biru) dan bapak menikmati mee sup





Kakak (sebelah kanan baju belang) bersame geng sepupu dan mak sedara makan mewah breakfast, sedap jugak food di sini



Assalamualaikum,
Raye di mana tahun ini?. Saya beraye di Perak dan Kuching, Sarawak. Sejak berkahwin memang kedua-dua destinasi ini menjadi tempat kunjungan cuti Aidilfitri walaupun selalunya di Kampung Teluk, Kampung Gajah selalunya cutinya pendek kerana terpaksa bertugas atau perlukan teruskan perjalanan ke Kuching.
Apa pun saya tidak kisah kerana buat pertama kalinya tahun ini saya beraya tanpa mak yang setia menanti kami sekeluarga berkunjung ke rumahnya.
Namun, seperti tahun-tahun sebelumnya kami mengunjung kubur arwah abah dan tahun ini kubur arwah mak.
Berbeza dengan tahun sebelumnya, tahun ini kami sekeluarga tanpa pengecualian termasuk adik dan kakak bersolat Aidilfitri.
Kata Mr Hubby tonggang tonggek juga adik bersolat. Kakak maintain ayu bila memakai telekung sama-sama solat walaupun dia tak ambik wuduk pun. Kan seronok kalau budaya ini berlaku ketika mak masih ada.
Selepas solat Aidilfitri kami semua terus menuju ke kubur mengziarahi kubur kedua orang tua. Hati sayu tapi saya tahan diri supaya tidak menangis kerana kunjungan itu sebaiknya bukan diiringi air mata.
Adik tak mahu turun pi kubur kerana katanya dia nak balik. Namun, selepas dipujuk, adik di dukung juga ke kubur dan berdoa bersama untuk opah dan atuknya.
Selepas itu pulang ke rumah dan bersiap-siap untuk menziarah mak ngah di Tanjung Tualang dan lain-lain tempat sekitarnya melawat pak dan mak sedara yang lain.
Semuanya siap menjelang Zohor dan selepas solat zohor masing-masing cari bantal untuk melelapkan mata. Kecuali mama yang sibuk masak lontong bagi memenuhi permintaan adik-adik yang teringin (anyah kan mengandung), yang lain lena tidur. Opss lupa nak bagi tau yang kakak tak tido sbb sibuk berdangau sampai terjatuh buaian. Merah muka dia menahan sakit. Kesian dia.
Raya kedua kami sekeluarga jam 9 pagi dah bertolak ke Sg Buloh nak packing nak balik Kuching pada petangnya.
Alhamdulilah, dalam jam 7 malam sampai Kuching, dah gelap pun di sana. Oleh kerana rombongan kami disertai sepupu sepapat anak-anak maka bertambah gembira adik dan kakak main dengan abang wan, abang ude, kak ngah dan abang hafiz.
Sebenarnya, saya pun teruja juga beraya di Kuching memandangkan sambutan di sana sangat berbeza kerana lebih meriah berbanding di Semenanjung.
Hari ketiga raya, kami sekeluarga dengan pakaian sedondon pergi berjarah (berziarah) berkonvoi2 ke rumah pak menakan (bapak sedara) Mr Hubby . Tahun ini kakak dah pandai tinggalkan mama dan bapak coz nak jalan dengan sepupu-pupu girl dia. Kakak pandei kelakar (cakap) Sarawak, kalah mama. Kata Mr Hubby mama cakap Sarawak macam iban bercakap.
Adik seperti selalu tak suke nak bersalam dengan orang tapi kalau orang hulur duit raya ambik je.
Di Sarawak, mereka beraya sampai sebulan dan kemuncak beraya tujuh hari minggu pertama yang mana masing-masing mengenakan baju Melayu ketika beraya.
Bagi lelaki mereka akan berbaju Melayu siap dengan sampin dan bersongkong. bagi wanita dan kanak-kanak pun sama masih memakai pakaian tradisional seperti baju kurung, kebaya dan seumpamanya.
Sesuai dengan konsep ziarah maka mereka akan mengunjungi rumah saudara mara, sahabat handai atau jiran tetangga.
Menariknya tuan rumah tidak perlu sediakan makanan berat seperti laksa atau beriani cukup dengan kuih raya termasuk kek lapis Sarawak yang terkenal itu dan air 'gas', jangan marah itulah keistimewaannya.
Rumah pulak terang benderang dengan cahaya lampu neon atau panjut. Suasana yang ada di Kuching ini pernah saya rasai ketika kecil-kecil dulu dan semangat itu semakin terhakis di Semenanjung terutama di KL yang mana lebih banyak 'open house' dianjurkan.
Namun, konsep open house sekarang bukan terbuka kepada semua jiran tetanga, saudara mara atau sahabat handai sebaliknya hanya untuk mereka yang dijemput saja.
Seronoknya, beraya di Kuching apabila adik beradik Mr Hubby sering menganjurkan konsep makan-makan sekeluarga.
Contohnya, ari ketiga raya tu kami semua berkunjung ke rumah MokLeh sebab dia masak tengah hari, hari seterusnya kami pergi rumah chek esah dia buat open house meriah sungguh open housenya.
Macam-macam food chek esah kuarkan dari nasi minyak yang sedap tu hingga ke junk food seperti sotong kering, asam boi, cheese kek yg sedap tu dan macam-macam lagi.
Malamnya, kami sekeluarga pergi makan-makan rumah pak wa, sedap betul masakannya, ada bubur pedas lagi ( bubur makan istimewa Ramadan). Suke makan masak keladi campur daun pucuk buas masak asam , sedap betui, memandangkan perut masih kenyang maka tak banyaklah makan.
Malam itu juga saudara mara yang lelaki ada perlawanan futsal, ini tahun kedua mereka berkumpul dan main futsal. Dari adik-beradik, ke sepupu sepapat hingga ipar duai, dari sekecil umur adik 3 tahun hingga yang dah masuk 50-an main futsal, klas dia orang ini. Kalau ada geng saya pun mau joint main futsal.
Hari Khamis, kami semua ke rumah Kak Yah balik kampung, saya sangat suke sebab kawasan ini sangat kampung suasana dengan pokok keliling kampung dan biasanya hidangan pun ala kampung. Hari tu kami dihidangkan dengan air kelapa dan makan tengahari enak lauk undang (udang) dan ikan terubuk stim, kenyang betui.
Sepanjang di Kuching adik dan kakak memang tak berapa nampak mama dan bapak asyik main dengan sepupu je.
Hari akhir sebelum berangkat pulang ke KL, adik dan abang Um dia berekot (nakal) main lompat-lompat sofa mak mis, main kejar-kejar dan main suis lampu sampai terbakar lampu nenek.
Menariknya dua-duanya tidak berbaju selepas berpeluh-peluh, main tak ingat dunia dua-duanya. Sedapnya boleh pulak cakap nak terang ke nak gelap, masa main suis lampu dan akhirnya lampu nenek terbakar akibat kerja kreatif adik dan abng um tu.
Selepas di marah bapak, adik dan abg Umm, tertidur tanpa baju dan aksi tido mereka berdua same je.
Kakak pula asyik main gunting dan paper sibuk nak buat bintang kertas, bila ditanya apa kakak buat?, dia jawab tak ada ape2. Yang mama marah tu, kakak dan kak nana dia, main dalam bilik mak mis dan kunci pintu, abis barang mak mis mereka selongkar.
Dalam suke ada duke apabila bapak sedara Mr Hubby yang terlantar sakit selama 4 tahun pulang ke rahmatullah jam 10.30 malam hari Sabtu. Al Fatihah. Moga rohnya dicucuri rahmat dan berada di kalangan orang beriman.
Apa pun kesimpulannya, saya enjoy raye kali ini dan sempat juga pergi ke Serikin membeli belah dan cuci mata. Namun, pic tak banyak di ambil malah gambar kami sekeluarga di hari raya pun tak ada. Banyak nak di cerita, tapi lain kali ya.
Ok, jumpa lagi lain kali. Raye di mana anda tahun ini? Jangan gaduh-gaduhlah bile nak balik raye.

No comments: