Tuesday, December 22, 2009

lagi foto kenangan di kundasang

Assalamualaikum,

Seperti dijanjikan berikut ada beberapa foto di Kundasang - daerah tanah tinggi kaya dengan alam semulajadi yang dingin sesuai untuk bercuti dan berbulan madu.
Cubalah tidur semalam di Kundasang dan rasai percutian dingin dengan pemandangan indah yang tidak akan dapat dibayangkan kecuali disaksikan sendiri dengan biji mata anda sendiri





Gambar ini dirakamkan di Rose Cabin - penginapan kami sekeluarga. Gambar ini di ambil sebelah bangsal dan nurseri bunga di belakang penginapan. Cantik sungguhkan dan waktu foto dirakamkan jam menunjukkan jam 8.30 pagi tapi panas macam 11.30 pagi.



Foto ini dirakamkan di jambatan gantung di Air Panas dan Hutang Simpan Poring. Pemandang sangat cantik dan pemandangan anak sungainya daripada jambatan gantung ini sangat mengagumkan. sayang saya tidak sempat merakamkan pemandangan itu memandangkan saya ini gayat sikit dan apabila anak-anak berlari dan jambatan bergoyang, saya dah gabra dan hanya sekeping saja di ambil. Elakkan pergi lewat petang kerana jam 5 petang banyak kemudahan dan tarikannya akan ditutup. Di sini, kita boleh merasai jalan kanopi - jambatan di celah dahan pokok tinggi, mandi air panas, berenang dalam kolam renang dan mini water park selain dapat melihat taman rama-rama (hari isnin) tutup.
Kalau nak mandi air panas ada pilihan sama ada mandi di kolam terbuka atau tertutup. Bayaran murah je RM15 untuk satu rumah kolam tertutup untuk satu jam. Bagi kolam terbuka rasanya free.
Untuk masuk taman rama-rama kena bayar RM5, kanopi pun kena bayar RM10 seorang dan RM5 kanak-kanak (bawah 5 tahun- kalau tak silap)
Untuk masuk hutan simpan ini kena bayar RM2 kalau tak silap kerana ia diiktiraf taman warisan Unessco dan banyak pembangunan sedang di buat di sini.
Jarak dari pekan Kundasang 33 kilometer tetapi perjalanan terasa lama kerana jalannya bengkak bengkok dan melalui kg.
Kami sekeluarga tak merasai satu pun tarikan di sana kerana sampai lewat dan orang tersangatlah ramai waktu itu, selain hari semakin gelap walaupun jam menunjukkan jam 5 petang.
Gambar di Pintu Utama Rose Cabin. Memandangkan Krismas semakin hampir maka hotel ini dipenuhi dengan pokok krismas dan jika nak beli bunga pun boleh pilih saja di nurserinya di belakang hotel. Kalau nasib baik boleh dapat bilik dengan pemandangan gunung Kinabalu.



Foto saya dirakamkan di Kundasang War Memorial Park. Foto tak cantik kerana cuaca gelap walaupun jam 10 pagi sebab masa ini hujan renyai-renyai. Tapi laman ini cantik, betui-betui rasa macam kat Europ.


Ini salah satu tugu untuk askar Australia di Kundasang War Memorial Park tu. Menurut cerita askar ni dipindahkan askar Jepun dari Tawau ke Kundasang dengan hanya berjalan kaki melalui hutan banat mengambil masa tiga bulan. Sedihla kalau baca cerita nya.



Adik sebenarnya tengah merajuk bila saya ajak pulang kerana dia nak menonton Mickey Mouse yang ditayangkan di ruang menunggu di Kundasang War memeroial Park, jadi hanya kakak yang tengah memberikan posenya.

No comments: