Alhamdullilah, syukur kepada Ilahi 12 Disember lalu Pak Usu diijab kabulkan di Masjid ....Taman Maju Jasin Melaka jam 10 pagi.
Masa nie Pak Usu dah mula nampak cuak dan nervous. Sabar ye Pak Usu sat lagi kita mulakan ijab kabul tu.
Pak Usu senyum jugak akhirnya, baru nampak orait sikit muke dia.
Alhamdulilah, dengan sekali lafaz sah Pak Usu menjadi suami kepada Mak Usu Khaireena, bertambahlah tanggungjawab Pak Usu dan tidak lagi keseorangan. Kini Pak Usu bergelar Sang Suami.
Pengapit Pak Usu menjalankan tanggungjawab sebagai Mr Microfon untuk Tok Imam membacakan doa
Mak Usu Khaireena menadah tangan berdoa memohon rahmatNya di kelilingi teman dan adik beradiknya.
Syukur semuanya selamat dan majlis persandingan berlangsung jam 1.00 pm di Dewan Alamanda, Jasin, Melaka. Kami sekeluarga mendoakan Pak Usu dan Mak Usu berbahagia hingga ke akhir hayat. Amin.
No comments:
Post a Comment