Wednesday, December 23, 2009

Ijab kabul Pak usu

Sebelum kita bercerita lanjut mengenai majlis pernikahan Pak Usu, lihat dulu aksi cameraman merakam foto acara menyarungkan cincin selepas ijab kabul selesai.


Alhamdullilah, syukur kepada Ilahi 12 Disember lalu Pak Usu diijab kabulkan di Masjid ....Taman Maju Jasin Melaka jam 10 pagi.

Tenang je wajah Pak Usu sebelum di ijab kabul. Nek Li pulak tenang je di sebelah Pak Usu.

Masa nie Pak Usu dah mula nampak cuak dan nervous. Sabar ye Pak Usu sat lagi kita mulakan ijab kabul tu.

Pak Usu senyum jugak akhirnya, baru nampak orait sikit muke dia.


Alhamdulilah, dengan sekali lafaz sah Pak Usu menjadi suami kepada Mak Usu Khaireena, bertambahlah tanggungjawab Pak Usu dan tidak lagi keseorangan. Kini Pak Usu bergelar Sang Suami.

Pengapit Pak Usu menjalankan tanggungjawab sebagai Mr Microfon untuk Tok Imam membacakan doa

Mak Usu Khaireena menadah tangan berdoa memohon rahmatNya di kelilingi teman dan adik beradiknya.

Doa diangkat sebaik ijab terucap. Sah sudah sebagai sang suami Pak Usu

Bapak pengantin perempuan membacakan nasihatnya kepada anakandanya.
Syukur semuanya selamat dan majlis persandingan berlangsung jam 1.00 pm di Dewan Alamanda, Jasin, Melaka. Kami sekeluarga mendoakan Pak Usu dan Mak Usu berbahagia hingga ke akhir hayat. Amin.

Tuesday, December 22, 2009

lagi foto kenangan di kundasang

Assalamualaikum,

Seperti dijanjikan berikut ada beberapa foto di Kundasang - daerah tanah tinggi kaya dengan alam semulajadi yang dingin sesuai untuk bercuti dan berbulan madu.
Cubalah tidur semalam di Kundasang dan rasai percutian dingin dengan pemandangan indah yang tidak akan dapat dibayangkan kecuali disaksikan sendiri dengan biji mata anda sendiri





Gambar ini dirakamkan di Rose Cabin - penginapan kami sekeluarga. Gambar ini di ambil sebelah bangsal dan nurseri bunga di belakang penginapan. Cantik sungguhkan dan waktu foto dirakamkan jam menunjukkan jam 8.30 pagi tapi panas macam 11.30 pagi.



Foto ini dirakamkan di jambatan gantung di Air Panas dan Hutang Simpan Poring. Pemandang sangat cantik dan pemandangan anak sungainya daripada jambatan gantung ini sangat mengagumkan. sayang saya tidak sempat merakamkan pemandangan itu memandangkan saya ini gayat sikit dan apabila anak-anak berlari dan jambatan bergoyang, saya dah gabra dan hanya sekeping saja di ambil. Elakkan pergi lewat petang kerana jam 5 petang banyak kemudahan dan tarikannya akan ditutup. Di sini, kita boleh merasai jalan kanopi - jambatan di celah dahan pokok tinggi, mandi air panas, berenang dalam kolam renang dan mini water park selain dapat melihat taman rama-rama (hari isnin) tutup.
Kalau nak mandi air panas ada pilihan sama ada mandi di kolam terbuka atau tertutup. Bayaran murah je RM15 untuk satu rumah kolam tertutup untuk satu jam. Bagi kolam terbuka rasanya free.
Untuk masuk taman rama-rama kena bayar RM5, kanopi pun kena bayar RM10 seorang dan RM5 kanak-kanak (bawah 5 tahun- kalau tak silap)
Untuk masuk hutan simpan ini kena bayar RM2 kalau tak silap kerana ia diiktiraf taman warisan Unessco dan banyak pembangunan sedang di buat di sini.
Jarak dari pekan Kundasang 33 kilometer tetapi perjalanan terasa lama kerana jalannya bengkak bengkok dan melalui kg.
Kami sekeluarga tak merasai satu pun tarikan di sana kerana sampai lewat dan orang tersangatlah ramai waktu itu, selain hari semakin gelap walaupun jam menunjukkan jam 5 petang.
Gambar di Pintu Utama Rose Cabin. Memandangkan Krismas semakin hampir maka hotel ini dipenuhi dengan pokok krismas dan jika nak beli bunga pun boleh pilih saja di nurserinya di belakang hotel. Kalau nasib baik boleh dapat bilik dengan pemandangan gunung Kinabalu.



Foto saya dirakamkan di Kundasang War Memorial Park. Foto tak cantik kerana cuaca gelap walaupun jam 10 pagi sebab masa ini hujan renyai-renyai. Tapi laman ini cantik, betui-betui rasa macam kat Europ.


Ini salah satu tugu untuk askar Australia di Kundasang War Memorial Park tu. Menurut cerita askar ni dipindahkan askar Jepun dari Tawau ke Kundasang dengan hanya berjalan kaki melalui hutan banat mengambil masa tiga bulan. Sedihla kalau baca cerita nya.



Adik sebenarnya tengah merajuk bila saya ajak pulang kerana dia nak menonton Mickey Mouse yang ditayangkan di ruang menunggu di Kundasang War memeroial Park, jadi hanya kakak yang tengah memberikan posenya.

Birhtday adik

Askum, Birthday adik pada 24 November lalu, kami sambut di Sabah sementelah kami semua berkunjung ke sana melawat Mr Hubby. Tapi kali ini berbeza kerana tiada kek, cuma Mr Hubby belanja kami bertiga lunch buffet style di salah sebuah hotel di KK dan hari berikutnya meraikan lagi dengan hi-tea tapi menariknya ada clown. Adik dan kakak nampak enjoy sangat dengan hi-tea walaupun diaorang bukannya makan pun, lebih main.

Ini antara pic selepas lunch tu

Ala birthday boy, mama pun tak nampak dibuatnya

Tengok aksi birthday boy

Ala gaya comel bergambo


Ultraman mendarat di Sabah



Ini pulak ben 10

Berikut pic hi-tea, empat hari selepas birthday, sehari selepas Aidiladha

Yummy, aksi birthdayboy


Bersedia diraikan


Badut minta pilih warna belon pilihan

Emmm sedapnya

Mulanya adik takut dgn Mr Clown, tapi kakak pandai pujuk

Kakak tumpang sekaki bergambar

Adik nak Mr Clown buat belon ape?

Aksi ketika mewarna

Saturday, December 5, 2009

Pic Kundasang

Pose manja di hadapan penginapan di Kundasang

Kakak dalam English Garden Kundasang War Memorial Park




Adik di kebun sayur sebelah penginapan di Kundasang


Dua beradik depan tempat penginapan



Berpelukan kesejukan di Australia Garden Kundasang War Memorial Park




Ada tak macam kat Belanda ?





Rasa-rasa kami berdua kat mana dgn pokok krismas di sekeliling






Pokok Krismas menyerlah 25 hari sebelum Krismas








akhirnya wajahmu ku lihat...

Kinabalu jam 7 pagi
Kinabalu jam 6.30 pagi

Kinabalu jam 6 pagi






Assalamualaikum,
Seperti yang dikatakan dalam entri yang lalu, saya memang tidak berhasrat ke Mt Kinabalu kerana sudah dua kali dikecewakan akibat cuaca yang tidak mengizinkan.
Kali ini, hasil ajakan Mr Hubby yang mungkin kesian kepada saya selain faktor cuaca yang sangat menyenangkan maka, kami pun bergerak ke Kundasang.
Kunjungan kali ini disertai kenalan suami sekeluarga yang baru samapai dari Semenanjung malam sebelumnya yang memang berhajat ke Kundasang melihat Kinabalu.
Jadi kira-kira jam 10pagi rombongan dua kereta pun bergerak ke Kundasang. Seperti selalu, selepas setengah jam perjalanan kami singgah juga di petrol pam Petronas (pemandangan tasik di belakangnya sangat cantik- maaf tak ingat nama tempat) untuk mengisi minyak selain membuang air serta shoppe makanan ringan semestinya.
Selepas itu, perjalanan lancar dan pemandangan sepanjang Tamparuli ke Kundasang sangat cantik. Subhanallah, masyallah cantik sangat tetapi saya tak dapat merakamkannya kerana kesuntukan masa untuk naik ke Kundasang.
Namun, pertengahan jalan, Mr Hubby memberikan perkhabaran duka apabila menunjukkan awan hitam yang berarak mendung jauh menuju puncak Mt Kinabalu.
"Nampaknya, tak dapatlah kita melihat Mt Kinabalu lagi," bisiknya. "Pasti boleh, insya'allah," jawab saya.
Semakin tinggi kenderaan kami mendaki, semakin tebal awan berarak mendung kelabu, semakin menghampiri Kinabalu Park semakin gelap dan kabus jadi tebal, akhirnya hujan membasahi bumi begitu juga hujan di wajah saya pun hampir menitis tetapi selagi mahu saya tahan, malu kat anak-anak.
Sampai saja Kinabalu Park hujan semakin lebat dan akhirnya Mr Hubby mengajak terus ke pekan Kundasang dalam lima kilometer di hadapan.Mengurut dada saya, menenangkan jiwa yang kecewa kerana Kinabalu menyorok malu di balik awan.
Mr Hubby cuba memujuk dan mengajak melawat Kundasang War Memorial Park. Dalam gerimis saya dan anak-anak gagahkan juga ke sana, bergambar dan cuba bergembira berlari anak dan berpusing-pusing bergambar dengan kamera telefon.
Selepas makan tengah hari dengan 'sayap ayam' (chiken wing) yang lazat, kami mencari penginapan dan Mr Hubby mencadangkan kami bermalam saja di sana supaya dapat melihat Kinabalu, esok awal paginya.
Selepas berpusing-pusing di Kundasang akhirnya kami memilih Rose Cabin sebagai penginapan. Tido malam tu memang lena dan kami berempat sebelum jam 10 sudah berdengkur kerana kesejukan akibat suhu menurun selepas hujan lebat.
Jam 6 pagi, kaki saya ditarik Mr Hubby. "Bangun-bangun, nak lihat Kinabalu tak?"katanya.
Dalam payah, dengan air liur basi masih melekat dan tahi mata tidak hilang, bingkas bangun saya selepas mendengar nama Kinabalu.
Wau! indahnya tak terucap bagaimana cantiknya puncak Kinabalu di sinari cahaya matahari pagi tepat ke arahnya.
Sambil mengosok mata, saya berbisik pada Mr Hubby 'Kinabalu akhirnya wajahmu ku lihat' . Tersenyum simpul Mr Hubby memandang saya dan bahagianya rasa bersama Mr Hubby menatap wajah Kinabalu pagi itu.
Anak-anak masih tido tetapi dalam jam 6.30 saya kejut kakak suruh dia lihat Kinabalu, adik dikejut tetapi tarik gento dan terus sambung tido, sampai ke sudah dia tak dapat lihat Kinabalu itu.
Jumpa lagi nanti saya ceritakan mengenai kunjungan lain semasa percutian 10 hari di Sabah.
tamat.