Thursday, April 8, 2010

ke johor bahru

Kembar tak seiras, baju je same

Birthday girl dengan kek hadiah Dak Ja

Adik yang lebih gelak, kakak control cun


Birthday suprise untuk kakak dan Mok Des


Empat keluarga di Pulau Spring, Skudai JB

Assalamualaikum,
Pada musim cuti sekolah lalu kami sekeluarga tidak bercuti. Namun sempena minggu birthday kakak yang jatuh pada 31 Mac lalu, Mr Hubby dan saya mengambil cuti khusus untuk meraikan kakak.
Namun kali ini hanya mahu bercerita mengenai kunjungan kami sekeluarga ke Johor. Kami sekeluarga berangkat ke Johor Bahru pada Ahad 28 Mac untuk meraikan konvokesyen Mok Des di UTM, Skudai.
Saya sangat teruja sebenarnya kerana hampir 12 tahun tidak ke Johor Bahru selepas kunjungan pertama pada 1998.
Anak-anak pun teruja juga sebab dah lama rasanya kita orang tidak berjalan sekeluarga selepas kunjungan ke Melaka Disember tahun lalu. Itu pun pi kenduri Pak Usu kawin.
Di Johor Bahru, kami bercuti dua hari satu malam dan penginapannya begitu klass sekali. Kami berempat sekeluarga ditemani keluarga Udak, Pak Usu dan Mok Aleh menginap di Pulai Spring. Cantik tempat itu dan penginapannya sangat selesa. Malah, kolamnya pun sangat cantik.
Anak-anak pastinya paling gembira kerana dapat berjumpa Umar. Umar ini memang geng adik. Sangat teruja ketiga-tiga bila bertemu sebaik kami sampai di UTM pada tengaharinya.
Selain bermain pelbagai mainan masing-masing, anak-anak teruja nak mandi kolam. Ssepanjang di sana, dua kali mereka pi berenang ditemani Mr Hubby dan Pak sedara yang lain.
Saya pun sempat juga berenang pada pagi Isnin menemani anak-anak yang memang tak tahu penat itu. Adik berlagak pandai mengapung diri walaupun hakikatnya dia terapung kerana bantuan pelampung di lengannya. Seronok betui dia.
Malam sebelum itu, kami diraikan kawan Udak makan di tepi laut di Pasir Gudang. Cantik pemandangannya mengadap pelabuhan di Singapura, makanan pun ok gak. Dapat juga merasa siput yang dimasak serai. Sedap juga siput ini.
Sebelum bernagkat pulang tengaharinya kami semua pi makan mee rebus tulang dan ayam penyek di Zz Restorant. Sedap betui mee rebusnya. Memandangkan saya tak makan daging maka hanya mencuba mee rebus biasa. Mr Hubby, Pak Usu, Mak Usu, Udak dan Dak Ja makan Mee rebus tulang, kakak makan nasi ayam penyek. Sedap juga nasi ini, ada tempe dan tauhu dan ulam-ulaman segar.
Lepas tu kami semua ke City Square, besar juga tempat ini dan menarik untuk di kunjungi. Satu saja yang tak best untuk kunjungan ke Johor Bahru kerana bandaraya ini dibasahi hujan menjelang petang dan kesesakannya yang merimaskan.
Apa pun berbaloi juga kunjungan kali ini dan harap akan kembali lagi untuk merasai pengalaman lain di sana.

No comments: