Tuesday, May 18, 2010

Mak Ngah kami

Mak Ngah (tengah)bergambar masa konvokensyen Mak Usu

Mak Ngah @Opah Ngah dengan Mak Usu Munirah


Bergambar dengan Mak Ngah di majlis pertunangan sepupu



Assalamualaikum,
Sudah lama benar saya tidak menjengah ke blog ini kerana kesibukan masa selain tak banyak yang menarik untuk di ceritakan.
Atas permintaan, saya titipkan secebis kisah diri untuk tatapan.
Minggu lalu saya menerima khabar sedih, Mak Ngah tercinta kena strok, beliau di rawat tiga hari di Hospital Pakar Seremban. Kami adik beradik hanya mengetahui keadaan mak ngah selepas beliau keluar hospital.
Selepas ketiadaan mak, Mak Ngah lah tempat kami menumpang kasih, lagipun Mak Ngah memang rapat juga dengan kami.
MakNgah lah jadi peneman ketika mak sakit tak dapat berjalan. Dia lah menjaga emak waktu sakit dan jadi peneman setia di kala bila ada kenduri kendara.
Selepas mak pergi, Mak Ngah jadi orang pada kami berlima beradik. Malah, ketika adik saya berkahwin hingga bersalin dialah menjadi peneman setia.
Kali ini, ralat juga saya kerana tidak berupaya untuk menjaganya di kala dia sakit. Mungkin masa dan tiada ruang dan peluang untuk berbuat demikian.
Mak Ngah sudah hidup sebatang kara sejak opah meninggal dunia. Dia ada seorang anak lelaki dan dikurniakan enam cucu. Jadi, bila Mak Ngah sakit, sudah tentu anak dia mengambil alih menjaganya. Memandang anaknya bekerja jauh maka, menantu dna cucu yang menjaga Mak Ngah.
Ahad lalu berkesempatan juga melihat Mak Ngah. Sedih menengokkan keadaannya kerana sebelah badannya dah tak berfungsi dan tidak lagi boleh bergerak. Terlantar dia dikatil dan percakapannya juga tidak seperti dulu.
Hari itu, ramai juga yang datang menziarahi beliau. Maklumlah Mak Ngah ringan tangan dan peramah, semua orang suka pada dia. Kalau ada kenduri kendara, kematian dan keraian dialah menjadi rujukan.
Moga Mak Ngah saya terus sihat dan pulih dari stroknya. Saya panjatkan doa untuk kesejahteraan Mak Ngah. Amin................





No comments: