Friday, May 8, 2009

Permata Hati Mama

Ini kakak. Agak2 ni kat mana?
Gambar di Hospital Sg Buloh Aidiladha yang lalu, masa melawat opah sakit.

Hi, sayalah ADIK bukan adik la, saya ABANG. Agak2 abang tengah buat apa ni?


Thursday, May 7, 2009

Terima kasih Kekawan

ASSALAMUALAIKUM,

Hari Ibu disambut esok. Selamat Hari Ibu kepada mereka yang memegang title itu.
Namun, saya masuk kali ini bukan nak cakap pasal hari ibu tetapi terima kasih kepada Angah yang meminjamkan UBS mikronya sehingga membolehkan saya memindahkan dokumen dari telefon bimbit ke komputer.
Dan terima kasih sekali lagi bantu buat templates baru blog ini. Begitu juga kat Bennie.
Kata Angah saya berhutang dengan dia RM20/- kerana bantuan itu. Tapi saya tau itu joke pagi Jumaat. Anyway terima kasih sekali lagi.
Bersama ini saya masukkan gambar dua permata hari saya yang semakin membesar tempat mencurah kasih dan kawan gaduh sejak bapak bertugas di Sabah. Luv u anak-anak.
Sekian, jumpa lagi.

Sunday, May 3, 2009

Lebih 40 hari lalu

Assalamualaikum,
Dah sebulan tidak bertandang di blog bukan apa tetapi kesibukan dan kemalasan menguasai diri.
Sebenarnya banyak yang mahu ditulis berkongsi rasa suka dan duka.
Namun, untuk dua bulan kebelakangan ini sebenarnya, lebih banyak duka dalam hidup aku.

Ibu, Mei ini banyak betui promosi mengenai Hari Ibu. Tapi aku begitu sayu mendengar dan menatap iklan ini di media massa.

Ibu yang paling dikasihi menghadap tuhan, ke rahmatullah pada tanggal 25 Mac lalu (Rabu) jam kira-kira 7.30 pagi di kediaman kami di Kampung Teluk, Kampung Gajah Perak kerana serangan jantung. Ini serangan jantung kali keduanya, sebelum ini mak pernah dimasukkan diICU kerana jantung di Hospital Sungai Buloh dua hari selepas majlis hari jadi anak aku Dhani.

Sebenarnya, sudah lama aku mahu berkongsi rasa mengenai kepermergian ibu yang ku panggil mak tu. tapi berkali-kali mencuba masih tak boleh menulis, kerana air mata lebih laju dari jari yang menaip.

Dua hari lepas genap 40 hari mak meninggalkan aku dan adik-adik, kami buatkan kenduri tahlil dan doa kami sekeluarga panjatkan. Al Fatihah.
Rasa kosong betui apabila tiba di kampung kerana kami semua tidak lagi dapat menjenguknya di bilik mak untuk bersalam dan berpelukan setiap kali sampai di rumah.
Yang tinggal bilik dan katil mak, yang nampak lebih kemas kerana tidak lagi menjadi tempat emak berbaring.

Memetik kata-kata sepupu aku, Kak Ani, 'rasa kosong betul bila tiba di kampung dan ralat sangat nak balik ke kampung kerana masih teringat-ingatkan mak cik.' Kak ANi memanggil mak aku sebagai makcik.
Pernah kata Kak ANi, dia dah membeli kuih di gerai tepi jalan untuk di bawa menziarah mak aku, tetapi berpatah balik kerana baru tersedar yang mak sudah tiada lagi.

Begitu juga dengan aku, selalu teringat untuk menelefon mak berkongsi cerita dan bertanya khabar. Ia memang menjadi rutin setiap minggu untuk berbuat begitu terutama untuk anak-anak aku Aireen dan Dhani melepas rindu lebih-lebih lagi sejak bapak dia orang berpindah ke Sabah yang membataskan kami balik kampung.

Airmata mengalir laju, aku rasa baik ku tamatkan catat ini sebelum rakan sepejabat perasan yang aku sedang menangis.

Jumpa lagi

Thursday, March 19, 2009

berita sedih

Dalam hidup ini, pasti ada saat sedih mendengar berita yang sayu.
Dalam hidup aku pun sama.
Lewat tahun lalu, menyaksikan sendiri ibu sendiri kena serangan jantung. Saat-saat sedih, cemas dan kebingungan itu banyak mengajar diri menjadi lebih tabah untuk menghadapi saat sedih sebegitu.
Kisah itu sebenarnya mengajar kami adik-beradik untuk berdikari dan menyelesaikan masalah secara bersama.
Lebih-lebih lagi saat kejadian berlaku suami tiada di sisi kerana out station ke overseas. Jadi aku dan dua lagi adik nampaknya bijak merencanakan apa yang terbaik untuk mak.
Kakak dan sepupu yang lain turut beri sokongan dan kekuatan kepada kami adik beradik kerana kami berlima dikategorikan sepupu termuda mereka yang dikira masih mentah dalam soal hidup walaupun aku dah masuk 33 tahun ini.
Terima kasih sekali lagi kepada mereka.

Tiga empat minggu lalu, mendengar khabar sedih daripada rakan sekerja mengenai penyaktnya mengingatkan kembali kepada kisah emak.
Melihat rakan ketika mengunjunginya di hospital, di rumahnya dan saat dia bertamu ke ofis, membuatkan bibir kelu berhadapan dnegannya.
Kesian itu yang boleh aku katakan tentang nasibnya yang baru beberapa bulan kehilangan ibu tercinta dan kini dikhabarkan dengan berita sedih mengidap kanser.
Mendengar berita itu memang menyedihkan tetapi menghadapi situasinya mungkin lagi sakit.
Moga rakan itu akan lebih tabah dan berusaha merawat penyakit bukan percaya dengan cerita karut atau hanya berdiam diri pasrah tanpa usaha mengubati.

Yang pasti untuk mak memang ku pautkan doa berterusan semoga sihat selalau dan panjang umur.
Untuk rakan, doa yang sama dipanjatkan dan harap beliau mengubah fikiran untuk berusha mengubati diri.
Amin.

Moga hidup ini tidak ditimpa musibah akibat penyakit kronik. Entah la................

Jumpe lagi.

Monday, March 9, 2009

Kau Sahabat, Kekasih Dan Teman

Kau Sahabat, Kekasih Dan TemanKau Sahabat, Kekasih Dan Teman
Artist: Aishah
Ku harapkan sinar purnama hingga ke siang
Ku harapkan mimpi-mimpi bukan khayalan
Telah aku jelajahi seluruh benua
Mencari pengertian hidup yang sementara
Manusia beranika ragan dan rupa
Ada yang jujur dan ramai berpura-pura
Ku sangka dalam ilmu dan pengetahuan ku
Tapi ada waktu ku terkeliru
Ku dambakan bukan sekadar yang dinamakan
Kekasih yang menemani ke sana sini
Ku dambakan sahabat dan teman setia
Rela bersama suka dan duka
Jadilah kau sahabat ku, kekasih dan teman
Hanya itu yang ku harapkan
Dalam susah dalam senang kita seiringan
Semoga ikatan berkekalan
Lagu nyayian Aishah ini sangat saya suka dulu saya sering berikan kat kawan-kawan macam lagu tema
Terpulang kepada kekawan untuk menafsir lagu ini.
Saya memang sukalah lagu ini.

Saturday, March 7, 2009

Dah sampai ke Sabah bah

31 Januari lalu, sampai juga ke Sabah, akhirnya. Jadi lengkaplah nampaknya satu Malaya ini saya sudah sampai.

Tapi, tak dapat ambik gambar depan yayasan sabah tu my hubby tak mau ambik dan bawak ke sana.

Suka la dengan Sabah ni, very happening walaupun saya bukannya suka happening2 ni. Sangat suka seafood murah kalau belum masak.
Lagi suka boleh makan goreng pisang walaupun tengah malam boleh dapat kat KK, kerana ada orang jual. Tapi kena pandai cari gerai dan restoran yang ada jual.
Namun, keseluruhannya makanan kat sana tak berapa sedap kecuali chiken wing, jeruk dan jagung kukus.

Anyway, pegilah ke Sabah dan rasakan keseronakannya, beli mutiara dan kristal yang sangat cantik.

Kitaorang tak nampak pun Kinabalu kerana ari hujan, Dhani dan Aireen sangat frust kerana tak nampak Kinabalu Mt. Tapi tersenyum bila saya tunjukkan gunung Kinabalu dalam papan iklan DIGI.

Oklah, tempah tiket sekarang AirASIA murah la ini. Seminggu lalu tiket harga RM10 je untuk Jun dan Julai depan.

Friday, January 2, 2009

Welcome 2009

Selamat Tahun Baru walaupun dah lewat lima hari untuk Maal Hijrah dan dua hari untuk tahun Masihi.

Semua orang pasang azam, aku entah la azam tahun 2008 pun tak tercapai lagi. Apa dia azam tahun lalu, nak kena cakap ke tak payah lah.

Namun, kesimpulan 2008 bagi aku, tahun mencabar terutama dua bulan sebelum 2008 berakhir.

Harapan aku semoga ada sinar 2009 yang menceriakan aku sekeluarga. Berdebar menanti mak dan anyah Mac ini. Harap semua ok.

Ke mana cuti Awal Muharam?


Maal Hijrah - Kita orang sekeluarga habiskan masa bermaaf-maafan sebabnya mak pun mahu pulang ke kampung begitu juga anyah dan pak lang.
Lepas tu kita orang pi jalan-jalan ke Putrajaya, dari jam 10 hingga 5 petang tunggu bapak kemas barang kat opis dia.
Sementara bapak di opis kitaorang bertiga minum-minum dan makan candyflos sedapnya, kat petronas. Kakak dah boleh di suruh bayar candyflos dan tissue sendiri di kaunter.
Adik yang mama panggil the most comot boy - memang comot makan candyflos tu. Candyflos tu gula kapas atas kon aiskrim yang masa kecik-kecik kita selalu makan tu, dulu rega dia 10 sen je tapi ari tu rega dah naik jadi 2 hinggit, tapi besarlah.
Dalam jam 3 petang kitaorang pi Johnny kat Rasa food court kat anaconda oppss bukan anaconda tapi alamanda (aireen tersilap sebut dia kata alamanda tu anaconda), makan seafood steamboat - sedap giler. Costing - murah 2 orang RM30 ++ tak campur harga air.
Bapak belanja tak sampai RM60 pun makan empat orang.

Petang, kitaorang sampai di The Mines jalan-jalan naik bot ronda-ronda,.
Cuak juga naik water lift, tapi enjoy ditiup angin bila bot menuju ke The Palace of Golden Horses.
Macam dalam citer hindustan pula pemandangannya senja itu. Nasib baik anak-anak tak tersampuk- yelah ronda-ronda waktu senja.
Lepas itu, bapak memang bagi isyarat kepada anak-anak untuk pilih makanan apa yang diaorang nak.
So adik cadangkan McDonald's , 'nak akan Onald' diakan pelat sikit. Tapi bila nampak KFC nak pi Kfc pulak.
Atas persetujuan ramai sebab kakak nak makan aiskrim, McDonalds jadi pilihan. Sonok betul hari tu
Jam 10 sampai rumah semua keletihan tidur macam orang mati.

Hari tahun baru Masihi - saya dan anak-anak menghantar bapak ke airport, sedih giler. Bapak kena bertugas ke KK Sabah.
Anak-anak masih kecik tak paham happy je kat airport tambah pulak bapak belanja makan KFC. Aku yang sayu, jenuh nahan air mata bila tengok bapak cium kakak dan adik.
Apalah mama ni...
Selamat jalan pak....... miss u.