Saturday, December 5, 2009

Pic Kundasang

Pose manja di hadapan penginapan di Kundasang

Kakak dalam English Garden Kundasang War Memorial Park




Adik di kebun sayur sebelah penginapan di Kundasang


Dua beradik depan tempat penginapan



Berpelukan kesejukan di Australia Garden Kundasang War Memorial Park




Ada tak macam kat Belanda ?





Rasa-rasa kami berdua kat mana dgn pokok krismas di sekeliling






Pokok Krismas menyerlah 25 hari sebelum Krismas








akhirnya wajahmu ku lihat...

Kinabalu jam 7 pagi
Kinabalu jam 6.30 pagi

Kinabalu jam 6 pagi






Assalamualaikum,
Seperti yang dikatakan dalam entri yang lalu, saya memang tidak berhasrat ke Mt Kinabalu kerana sudah dua kali dikecewakan akibat cuaca yang tidak mengizinkan.
Kali ini, hasil ajakan Mr Hubby yang mungkin kesian kepada saya selain faktor cuaca yang sangat menyenangkan maka, kami pun bergerak ke Kundasang.
Kunjungan kali ini disertai kenalan suami sekeluarga yang baru samapai dari Semenanjung malam sebelumnya yang memang berhajat ke Kundasang melihat Kinabalu.
Jadi kira-kira jam 10pagi rombongan dua kereta pun bergerak ke Kundasang. Seperti selalu, selepas setengah jam perjalanan kami singgah juga di petrol pam Petronas (pemandangan tasik di belakangnya sangat cantik- maaf tak ingat nama tempat) untuk mengisi minyak selain membuang air serta shoppe makanan ringan semestinya.
Selepas itu, perjalanan lancar dan pemandangan sepanjang Tamparuli ke Kundasang sangat cantik. Subhanallah, masyallah cantik sangat tetapi saya tak dapat merakamkannya kerana kesuntukan masa untuk naik ke Kundasang.
Namun, pertengahan jalan, Mr Hubby memberikan perkhabaran duka apabila menunjukkan awan hitam yang berarak mendung jauh menuju puncak Mt Kinabalu.
"Nampaknya, tak dapatlah kita melihat Mt Kinabalu lagi," bisiknya. "Pasti boleh, insya'allah," jawab saya.
Semakin tinggi kenderaan kami mendaki, semakin tebal awan berarak mendung kelabu, semakin menghampiri Kinabalu Park semakin gelap dan kabus jadi tebal, akhirnya hujan membasahi bumi begitu juga hujan di wajah saya pun hampir menitis tetapi selagi mahu saya tahan, malu kat anak-anak.
Sampai saja Kinabalu Park hujan semakin lebat dan akhirnya Mr Hubby mengajak terus ke pekan Kundasang dalam lima kilometer di hadapan.Mengurut dada saya, menenangkan jiwa yang kecewa kerana Kinabalu menyorok malu di balik awan.
Mr Hubby cuba memujuk dan mengajak melawat Kundasang War Memorial Park. Dalam gerimis saya dan anak-anak gagahkan juga ke sana, bergambar dan cuba bergembira berlari anak dan berpusing-pusing bergambar dengan kamera telefon.
Selepas makan tengah hari dengan 'sayap ayam' (chiken wing) yang lazat, kami mencari penginapan dan Mr Hubby mencadangkan kami bermalam saja di sana supaya dapat melihat Kinabalu, esok awal paginya.
Selepas berpusing-pusing di Kundasang akhirnya kami memilih Rose Cabin sebagai penginapan. Tido malam tu memang lena dan kami berempat sebelum jam 10 sudah berdengkur kerana kesejukan akibat suhu menurun selepas hujan lebat.
Jam 6 pagi, kaki saya ditarik Mr Hubby. "Bangun-bangun, nak lihat Kinabalu tak?"katanya.
Dalam payah, dengan air liur basi masih melekat dan tahi mata tidak hilang, bingkas bangun saya selepas mendengar nama Kinabalu.
Wau! indahnya tak terucap bagaimana cantiknya puncak Kinabalu di sinari cahaya matahari pagi tepat ke arahnya.
Sambil mengosok mata, saya berbisik pada Mr Hubby 'Kinabalu akhirnya wajahmu ku lihat' . Tersenyum simpul Mr Hubby memandang saya dan bahagianya rasa bersama Mr Hubby menatap wajah Kinabalu pagi itu.
Anak-anak masih tido tetapi dalam jam 6.30 saya kejut kakak suruh dia lihat Kinabalu, adik dikejut tetapi tarik gento dan terus sambung tido, sampai ke sudah dia tak dapat lihat Kinabalu itu.
Jumpa lagi nanti saya ceritakan mengenai kunjungan lain semasa percutian 10 hari di Sabah.
tamat.

Wednesday, November 25, 2009

sabah bah

Assalamualaikum,

Salam dari Sabah kali ini.

Sejak Ahad lalu, kami bertiga ke Sabah mahu bertemu Mr Hubby, opss bercuti walaupun Mr Hubby pada ahadnya tiada di rumah dan hari-hari berikutnya terpaksa bekerja.
Namun, komitmen Mr Hubby pada kami bertiga patut di puji, kami semua dilayan bak puteri dan putera raja.
Malah pada birthday adik yang lalu, Mr Hubby berbelanja besar untuk adik, kakak dan saya. Terima kasih bapak.
Cuaca di Sabah untuk kunjungan kali ini sangat baik walaupun pada petang dan malam kekadang hujan, tapi saya suka cuaca kali ini. Menarik kalau dapat tengok MT Kinabalu. Namun, dalam planning tidak ke Mt Kinabalu kerana kami merancang ke tempat lain.
Apa-apa pun enjoy sungguh setakat ini dan buat pertama kali dalam sejarah kami sekeluarga akan berhari raya Aidiladha di Sabah.
Selalu kami sekeluarga sambut di Perak atau pun di Kl dan Sgor je. Nampaknya ini betul2 sejarah. Entahlah macam mana kat sini beraya, menarik juga pengalaman ini.
Mr Hubby dah beli barang keperluan untuk menyambut raya, so start malam nie dah bersedialah memasak. Harap bermaknalah raya kali ini sesuai pengorbanan kami sekeluarga tinggal berjauhan sejak 11 bulan lalu.
Pix di Sabah nanti saya sertakan. Cau jumpa lagi. da.............

Tuesday, November 10, 2009

Hujan, brownie, cokodok and seteko teh

Senyum di petang yang hujan
Jom minum

Seteko teh

Semangkuk cokodok bilis

Tea time

Kakak pose dengan brownies

Adik pun pose jugak

Brownies hasil kerja adik dan kakak

Assalamualaikum,
Petang Isnin lalu, semua plan saya dan anak-anak untuk keluar bersiar-siar dan bermain di taman permainan terbantut kerana titik-titik hujan membasihi bumi Desa Coalfields.
Memandangkan siaran televisyen tidak dapat ditonton, maka kerahan di buat oleh saya meminta adik dan kakak pejamkan mata dan lupakan hasrat untuk menonton atau hajat ke taman mainan.
Seperti mendengar arahan veto, maka adik yang sememangnya mengantuk pun melelapkan mata selepas dua tiga kali keluh kesah, kekiri dan kekanan memeluk bantal busuk.
Kakak seperti biasa memang lambat sikit bab tido siang nie. Rasanya saya dah terlelap dan bermimpi dia masih belum lagi melelapkan matanya.
Akhirnya, terlelap jugak kakak selepas semuanya sunyi yang kedengaran guruh, petir dan bunyi titisan air hujan.
Sebaik bangun tido, saya mengajak mereka membuat brownie, adik yang matanya bukak separuh tu bingkas bangun dan terus menuju dapur.
Maka, bermulalah episod membuat brownies petang itu. Daripada menyediakan barang sehingga memasukkan aduan ke acuan, mereka berdua bantu dengan penuh semangat sekali.
Adik yang memang suke coklat, sempat menjilat aduan brownies sehingga comot muka
sampai ke kening aduan brownies tercalit.
Sementara menunggu brownies siap, saya buatkan cokodok dan bancuh seteko teh. Siap saja brownies, maka petang itu kami makan cokodok dengan brownies dan air teh o.
Indah sungguh tea time kita orang bertiga petang itu lihatlah pic yang dirakamkan petang itu.
Tea time ini nampaknya berbaloi berbanding ke playground. Terima kasih hujan oppsss terima kasih Tuhan yang mengeratkan lagi kami bertiga petang itu walaupun adik dan kakak tak habis bergaduh ketika menolong membuat brownies.
Saya rasa inilah masa penuh bermakna untuk habiskan hujung minggu dengan anak-anak dan mereka merasakan sangat dihargai dan bangga apabila dapat membantu di dapur. Cube lah.
Jumpa lagi.

Saturday, November 7, 2009

bantal busuk

Assalammualaikum,

Bertemu lagi, kali ini saya ingin bercerita mengenai bantal busuk. Ini bukan mengenai bantal busuk saya tetapi memperkatakannya dengan secara am dan berkongsi pengalaman si kecil saya yang kecua-duanya memang tidak boleh berenggang dengan bantal gentel mereka.
Saya sendiri memang ada bantal busuk tetapi saya tidak sekronik sesetengah orang lain dengan bantal busuknya kerana tanpa bantal busuk saya masih boleh tidur.
Saya tiada habit untuk mengentel bucu bantal seperti sesetengah orang dan saya tidak pernah tahu nikmatnya mengentel itu.
Cuba ada satu masa dulu selagi boleh nak bawak satu bantal ini ke mana saja maksudnya kalau saya nak tido di rumah orang lain seperti rumah opah kat belakang umah. Tapi tak da la kalau nak pi rumah saudara mara nak bawak bantal ini.
Cuma masa masuk ke asrama, masa tu dah remaja pun 16 tahun, saya bawak juga bantal kesayangan itu......ya tepatnya saya panggil bantal kesayangan bukannya bantal busuk, berpindah ke asrama juga.
Memandangkan rupe sedikit buruk, saya minta mak tukarkan sarungnya kepada yang cantik sedikit. Selepas itu, saya tak berapa ingat lagi pasal bantal kesayangan itu. Asal boleh baring dan sedap untuk meletakkan kepala jadi je.
Saya mahu kongsikan pengalaman anak-anak yang tidak boleh berpisah dengan bantal masing-masing, ke lur negara (Indonesia je) pun kami terpaksa angkut bantal ni takut anak-anak tak boleh tido pulak bila si busuk itu tak ada.
Balik kg, malah ke Kuching pun bantal ini ikut sama dan mendapat tempat spesial dalam luggage kami semua. Istimewa sungguh layanan diberikan kepada 'si busuk' ini.
Dulu pernah terjadi ketika kakak dalam umur setahun, kami tertinggal bantalnya ketika pulang ke kampung, malamnya kakak merenyek-renyek. Penat mencari di mana silapnya, sakit perutkah dia?, laparkah dia?, demam ka, selsema ka semuanya tiada.
Akhirnya, saya berikan patung bear untuk memujuk dan ketika itu baru perasan yang dia perlukan sesuatu untuk digentelnya. Tangan kakak cepat memegang hidung teddy bear dan mula mengentelnya, asyik sungguh dan dia terlelap selepas itu.
Kami berdua suami isteri baru perasan yang kakak sebenarnya tidak boleh tidak sangat perlukan gentel busuknya itu. Memang kakak panggil bantalnya gentel. Nama bantal adik mama gelarkan gentor dan semua orang dalam keluarga kami maklum mengenainya.
Adik pun sama tetapi sayangnya pada bantal busuknya bertambah dari hari ke hari. Ke mana saja pasti di bawak dan dia akan bergaduh dengan kakak jika bantalnya tertinggal di rumah ketika mereka ditinggalkan dengan pengasuh.
Adik sanggup gigit atau tendang kakak berebutkan bantal busuk sedangkan nyata dan jelas bantal yang direbutkan itu milik kakak.
Menariknya kedua-dua mereka tahu dan kenal benar dengan bantal busuk masing-masing kerana sarung batang bantai kakak berwarna kuning gambar kartun manakala adik berwarna pink berbunga kecil.
Sarung bantal kedua-duanya berwarna merah dengan corak bentul hati, gula-gula dan bear. Bantal ini sekarang rupenya buruk sebab merah dah bercampur warna gelap (titisan air susu dan air liur basi diaorang).
Nam basuh bantal ini bukannya mudah. Kalau hari benar-benar terang dan matahari terik baru saya berani nak basuh. Bukan apa takut tak kering nanti menangis lah si comel dua orang tu.
Bukannya mudah pun nak memujuk dua-duanya meminta kebenaran membasuhnya. Kali terakhir membasuh sarung bantal itu, minggu lalu itu pun selepas dipujuk beberapa kali.
Kakak mudah dipujuk, adik masalah sikit nasib baik kakak membantu memujuk dan kata gentornya busuk sangat dan nanti tiada orang nak kawan dengan dia jika bantal tak dibasuh.
Mengenai bantal busuk ini bukan anak-anak saya saja yang ada habit begitu, beberapa sepupunya pun suke menggentel bantal.
Adakah masa kecil saya pun begitu, rasanya tak.. mungkin Mr Hubby ada habit macam tu kot, entah lupa pulak nak tanya dia.
Apa pun ihatlah aksi adik dengan gentornya, maaf kakak malu nak bergambar dengan gentel dan gantikan dengan teddy bear yang dibuatnya macam baby doll.


Adik khusuk menonton playhouse disney, hobi terbaru

Pose maut kakak dan mem beso


Ini pulak bola kesayangan. Aada gaya tak cam pemain bola profesional, wakil MU ni


ini muka nakal adik


Ini baby doll saya, sang bearbear dipakaikan tudung mama dia


Satu lagi aksi kakak dengan sang bearbear pakai skop kepala


Ala sayang gentor...

Friday, October 30, 2009

kenduri tempat pertemuan kami

Keletihan selepas berlari dan melompat-lompat
Pose menarik dari semua

Sapa lebih comel?


Ini kenalan adik, baru kenai dalam surau



Cik Anor selepas majlis bertunang

Semua ada kecuali Mr Hubby dan Pak Alang


Bergambo dengan orang bertunang Cik Anor


Happy time


Mak Usu macam model le konon

Ala lupe la pulak name baby naik buai ni. Kalau tak silap naufara .....

Baby dibawa keliling masa Marhaban


Kakak bersama Aqil dan Airish Alisya Qaisara(tengah)
ASSALAMUALAIKUM,
Seperti hujung minggu sebelumnya, hujung minggu lalu juga penuh dengan aktiviti.
Memandangkan kami semua mendapat jemputan kenduri orang bertunang, maka Mak Anyah dan Pak Ngah pun turun ke KL hari Sabtu lagi.
Oleh kerana saya bekerja maka mereka terus menuju Bangsar menghantar barang yang diperlukan untuk majlis bertunang esoknya.
Menghabiskan petang hingga ke Isyak di Taman Dato Harun, mereka berdua dan dengarnya sempat mengziarah kubur saudara di sana.
Jadi, memandangkan mereka sampai lewat di teratak kami, sampai je selepas pekena secawan teh mak anyah dan pak ngah terus masuk tido, letih agaknya.
Pagi itu, tidak seperti Ahad lain, saya bangun awal sikit masakkan kuah durian kerana Mak Anyah teringin makannya. Mak Anyah beli durian tepi jalan kat Kuang katanya.
Selepas semuanya siap saya kuar pi beli roti buat cicah dgn kuah durian dan sempat membeli nasi kerabu dan dagang, berselera sungguh Pak Ngah makan.
Mak Anyah yang mengidam kuah durian saya pun makan berselera kuah durian itu, dia hanya jamah sikit je nasi dagang dan kerabu. Puas hati Cik Mama tengok Anyah makan, syukur tak kempunan anak dia bila kuar melihat dunia nanti.
Diteruskan cerita, saya sempat membuat brownies 2 loyang dan satunya untuk dihadiahkan ke rumah kenduri tengah hari nanti.
Jam 11.30 pagi semua kami bersiap untuk menuju ke Bangsar bagi menghadiri majlis pertunangan Cik Anor. Jam 12.15 dah sampai dan tanpa berlengah kami membantu tuan rumah yang nampaknya tengah bertungkus lumus membuat persiapan.
Oleh kerana kediaman mereka hanyalah apartmen, maka majlis diadakan di Surau kawasan berdekatan.
Baguih betui surau dia semua ada daripada peruk sebesar-besar dan kawah, pinggan mangkuk semua lengkap, peti ais pun ada begitu juga dapur dan tungku dapur, memang sesuai tempat mengadakan majlis.
Maka, majlis pun berlangsung seperti ditetapkan iaitu kirakira jam 1.30 petang selepas solat Zohor. Serentak dengan itu juga, tuan rumah mengadakan majlis cukur jambul cucu kedua mereka.
Meriah juga cukur jambul kerana majlis berjalan serentak maka satu di dewan surau dan satu lagi diadakan di dalam surau.
Kami sekeluarga dari Mak Anyah, Mak Ude dan Mak Usu semua berkumpul di dalam surau melihat majlis cukur jambul. Kami ingat majlis pertunangan tak mula lagi maka duduk saja dalam surau dan enjoy dengan gurindam dan zikir di dalamnya.
Memandangkan majlis serentak maka kami sekeluarga tidak dapatkan menyaksikan majlis menyarung cincin Cik Anor.
Cik Anor bukan main lawa lagi dengan baju birunya, hantaran dia pun biru juga tapi ada campur putih sikit. Nampaknya hantaran lelaki warna merah dan gold siap ada sangkar burung emas lagi. Apa pun selamat bertunang Cik Anor sepupu kami semua.
Majlis Cik Anor sweet dan teratur je, makan pun buffet, biasalah stail kl memang gitu. Sonok juga majlis begini kerana inilah masa kami berkumpul dan berjumpa sanak saudara. Anak-anak pun happy walaupun diaorang bukannya kenal dengan sedara mara pun.
Satu yang saya notis, bila lama tak jumpa rupa paras dan fizikal pun makin berubah. diri pun dah terasa usia makin meningkat bila banyak anak-anak sedara yang tahun lalu belum ada kini sudah menjadi sebahagian keluarga.
Yelah kalau dulu kurus, kini semakin berisi, yang gemuk pulak semakin kurus (makan ubat kurus kot), jika dulu seorang kini dah berdua malah nak masuk tiga pun, jika tahu lalu nampak mude, tahun ini berubah pula wajah semakin berkerut... macam-macam lah.
Bukan mudah nak berkumpul kerana selalunya saya sering tidak dapat bersama akibat tuntutan kerja, namun kali ini happy sungguh dapat berkumpul. Tapi sayang Mr Hubby tak ada plak.
Mak Angah Che Mah (anak-anak panggil opah ngah) pun nampak happy, walaupun anak cucu beliau tidak ada bersama. Yelah , raye lalu kami tak dapat berkumpul begini kerana masing-masing beraye dengan keluarga pasangan masing-masing. Sibuk dia minta Sham abang Cik Anor ambil kan gambar kami semua.
Alhamdulilah, Ayah Chu dan Mak Chu pun nampak puas bila mana majlis mereka selesai hari itu.
Kami pulang semula ke kediaman masing-masing kira-kira jam 5 petang bersama kandong (bekal makanan) yang dibekalkan tuan rumah.
Bersama ini seperti biasanya saya rakamkan gambar untuk tatapan semua.
Jumpa lagi ya.

Saturday, October 24, 2009

gambo-gambo

Askum, bertemu lagi. Kesibukan melinkungi hidup dan kemalasan menyebabkan sudah lama tidak bertandang dan kali ini, saya hanya nak berkongsi gambo-gambo kami sekeluarga

Saya suke gambo nie

Adik yang comel

Gambo dirakam ketika nak tido, asalnya mata pejam dah, bila bergambo celik balik

Apple on My Eye

Ada gaya tak? Klass...

Kakak dan adik bergambar dengan sepupu Adik Aqil (tengah)



Gambo-gambo ini dedikasi kepada Mr Hubby dan anak-anak.
Gambar-gambar atau gambo mengikut bahasa halus orang Perak diabadikan dalam album handphone comel yang menjadi peneman ke hulu dan ke hilir.
Enjoylah melihat gambo insan bermakna dalam hidup ini.
Jumpa lagi next entry