Friday, October 30, 2009

kenduri tempat pertemuan kami

Keletihan selepas berlari dan melompat-lompat
Pose menarik dari semua

Sapa lebih comel?


Ini kenalan adik, baru kenai dalam surau



Cik Anor selepas majlis bertunang

Semua ada kecuali Mr Hubby dan Pak Alang


Bergambo dengan orang bertunang Cik Anor


Happy time


Mak Usu macam model le konon

Ala lupe la pulak name baby naik buai ni. Kalau tak silap naufara .....

Baby dibawa keliling masa Marhaban


Kakak bersama Aqil dan Airish Alisya Qaisara(tengah)
ASSALAMUALAIKUM,
Seperti hujung minggu sebelumnya, hujung minggu lalu juga penuh dengan aktiviti.
Memandangkan kami semua mendapat jemputan kenduri orang bertunang, maka Mak Anyah dan Pak Ngah pun turun ke KL hari Sabtu lagi.
Oleh kerana saya bekerja maka mereka terus menuju Bangsar menghantar barang yang diperlukan untuk majlis bertunang esoknya.
Menghabiskan petang hingga ke Isyak di Taman Dato Harun, mereka berdua dan dengarnya sempat mengziarah kubur saudara di sana.
Jadi, memandangkan mereka sampai lewat di teratak kami, sampai je selepas pekena secawan teh mak anyah dan pak ngah terus masuk tido, letih agaknya.
Pagi itu, tidak seperti Ahad lain, saya bangun awal sikit masakkan kuah durian kerana Mak Anyah teringin makannya. Mak Anyah beli durian tepi jalan kat Kuang katanya.
Selepas semuanya siap saya kuar pi beli roti buat cicah dgn kuah durian dan sempat membeli nasi kerabu dan dagang, berselera sungguh Pak Ngah makan.
Mak Anyah yang mengidam kuah durian saya pun makan berselera kuah durian itu, dia hanya jamah sikit je nasi dagang dan kerabu. Puas hati Cik Mama tengok Anyah makan, syukur tak kempunan anak dia bila kuar melihat dunia nanti.
Diteruskan cerita, saya sempat membuat brownies 2 loyang dan satunya untuk dihadiahkan ke rumah kenduri tengah hari nanti.
Jam 11.30 pagi semua kami bersiap untuk menuju ke Bangsar bagi menghadiri majlis pertunangan Cik Anor. Jam 12.15 dah sampai dan tanpa berlengah kami membantu tuan rumah yang nampaknya tengah bertungkus lumus membuat persiapan.
Oleh kerana kediaman mereka hanyalah apartmen, maka majlis diadakan di Surau kawasan berdekatan.
Baguih betui surau dia semua ada daripada peruk sebesar-besar dan kawah, pinggan mangkuk semua lengkap, peti ais pun ada begitu juga dapur dan tungku dapur, memang sesuai tempat mengadakan majlis.
Maka, majlis pun berlangsung seperti ditetapkan iaitu kirakira jam 1.30 petang selepas solat Zohor. Serentak dengan itu juga, tuan rumah mengadakan majlis cukur jambul cucu kedua mereka.
Meriah juga cukur jambul kerana majlis berjalan serentak maka satu di dewan surau dan satu lagi diadakan di dalam surau.
Kami sekeluarga dari Mak Anyah, Mak Ude dan Mak Usu semua berkumpul di dalam surau melihat majlis cukur jambul. Kami ingat majlis pertunangan tak mula lagi maka duduk saja dalam surau dan enjoy dengan gurindam dan zikir di dalamnya.
Memandangkan majlis serentak maka kami sekeluarga tidak dapatkan menyaksikan majlis menyarung cincin Cik Anor.
Cik Anor bukan main lawa lagi dengan baju birunya, hantaran dia pun biru juga tapi ada campur putih sikit. Nampaknya hantaran lelaki warna merah dan gold siap ada sangkar burung emas lagi. Apa pun selamat bertunang Cik Anor sepupu kami semua.
Majlis Cik Anor sweet dan teratur je, makan pun buffet, biasalah stail kl memang gitu. Sonok juga majlis begini kerana inilah masa kami berkumpul dan berjumpa sanak saudara. Anak-anak pun happy walaupun diaorang bukannya kenal dengan sedara mara pun.
Satu yang saya notis, bila lama tak jumpa rupa paras dan fizikal pun makin berubah. diri pun dah terasa usia makin meningkat bila banyak anak-anak sedara yang tahun lalu belum ada kini sudah menjadi sebahagian keluarga.
Yelah kalau dulu kurus, kini semakin berisi, yang gemuk pulak semakin kurus (makan ubat kurus kot), jika dulu seorang kini dah berdua malah nak masuk tiga pun, jika tahu lalu nampak mude, tahun ini berubah pula wajah semakin berkerut... macam-macam lah.
Bukan mudah nak berkumpul kerana selalunya saya sering tidak dapat bersama akibat tuntutan kerja, namun kali ini happy sungguh dapat berkumpul. Tapi sayang Mr Hubby tak ada plak.
Mak Angah Che Mah (anak-anak panggil opah ngah) pun nampak happy, walaupun anak cucu beliau tidak ada bersama. Yelah , raye lalu kami tak dapat berkumpul begini kerana masing-masing beraye dengan keluarga pasangan masing-masing. Sibuk dia minta Sham abang Cik Anor ambil kan gambar kami semua.
Alhamdulilah, Ayah Chu dan Mak Chu pun nampak puas bila mana majlis mereka selesai hari itu.
Kami pulang semula ke kediaman masing-masing kira-kira jam 5 petang bersama kandong (bekal makanan) yang dibekalkan tuan rumah.
Bersama ini seperti biasanya saya rakamkan gambar untuk tatapan semua.
Jumpa lagi ya.

No comments: