Thursday, May 28, 2009

Ini yang kita tidak mahu tengok

Assalamualaikum,







Hari ini, berita harian melaporkan
KUALA LUMPUR: Kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun mati selepas digilis kereta yang diundur ibunya ketika mahu meletakkan kenderaan itu di tempat letak kereta Jalan 25/70A Sri Hartamas di sini, semalam. Dalam kejadian jam 2 petang itu, Isabel Chong yang keluar bersama ibu bapanya meninggal di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala.
Sebelum kejadian, ibunya, Tan Lih Yiing, 29, menurunkan bapa mangsa di salun rambut berhampiran sebelum mencari tempat meletak kereta dan menyuruh mangsa menunggu di belakang. Difahamkan, ketika mengundur, Tan secara tidak sengaja tertekan pedal minyak menyebabkan Proton Wira dipandunya ke belakang dan melanggar Isabel. Mangsa yang terjatuh digilis tayar belakang. Pekerja kedai berhampiran, Shahida Hussin, 19, berkata orang ramai segera membantu mengangkat belakang kereta itu untuk menarik mangsa, tetapi dia sudah meninggal dunia.
"Ibunya yang menangis sambil memeluk mangsa enggan melepaskannya sehingga polis tiba. Dia menghentak kepalanya pada kereta itu berulang kali kerana menyesal," katanya. Sementara itu, Timbalan Ketua Trafik Kuala Lumpur, Deputi Superintendan Ng Fook Long, berkata pihaknya akan mengambil keterangan ibu bapa mangsa pada masa terdekat bagi membantu siasatan
.
# Satu je yang saya nak komen, kenapa la mak dia suruh anaknya turun dari kereta. Kan elok jika ada ada dalam kereta, lagi pun dia baru berumur tiga tahun.
Saya tahu ini ketentuanNya, dan ini soal ajal dan maut, namun ia dapat dielak jika kita lebih berhati-hati, berfikir sebelum bertindak.
Saya sedih betul dengan kejadian ini. Saya sendiri kalau boleh akan masukkan anak-anak dalam kereta atau masukkan mereka dalam rumah atau minta orang dewasa pegangkan anak-anak. Anak-anak ini bukannya boleh kita fahami, pemikiran mereka tidak sama dengan orang dewasa dan 'orang kecil' ini boleh bertindak di luar pemikiran kita, malah mereka mudah tercedera, terjatuh atau tersadung.
Sebagai ibu, saya sangat terkesan dengan cerita ini. Semoga ibu-ibu dan saya sendiri terus berhati-hati dan dijauhi dengan mala petaka seumpama ini.
Ok kawan-kawan, jaga diri, hiasi peribadi.

No comments: