Thursday, August 13, 2009

Khabar duka


Askum,

Jumpa lagi. Lama dah tak up date entri ini
Saya tidak mahu menyatakan masa terlalu cemburukan saya atau tidak cukup masa atau kesibukan kerja menyebabkan laman ini tidak dijenguk.
Saya tahu, tiada follower yang menanti entri baru tetapi masih ada yang sudi singgah dan tertanya-tanya mengenai entri baru. Maka, saya terpanggil dan berkongsi khabar duka yang diterima awal pagi beberapa hari lalu dan hari ini.
Namun, khabar duka bukan mengenai diri saya atau keluarga. Saya tidak terluka atau dilukai dan melukai tetapi kekawan yang menerima berita duka.
Takziah bukan teman yang kehilangan anak tercinta, seorang teman sekerja saya kehilangan si comel yang tidak sempat pun melihat dunia dan seorang teman kehilangan si comel berusia enam tahun kerana serangan penyakit tiba-tiba. Syukur kerana kedua-duanya kes berkenaan bukan kerana kes H1N1 yang hangat diperkatakan kini.
Al Fatihah untuk Angah dan Hasliza sekeluarga. Saya sangat terkesan dengan kehilangan anak mereka kerana saya tahu perasaan seorang ibu, kerana saya juga ibu seperti mereka.
Ikut kehendak hati biarlah si comel membesar dengan sihat, bijak dan cemerlang serta beriman dan taat kepada Allah. Kalau boleh tidak mahu melihat anak pergi dulu, biarlah saya yang menutup mata meninggalkan mereka bukan sebaliknya. Saya fikir itu impian setiap orang bergelar ibu atau bapa.
Mendengar cerita Angah, sungguh kesian kerana mengalami saat sedemikian dengan tekanan sekeliling akibat layanan buruk hospital. Cerita Hasliza saya sendiri tidak tahu lantaran tidak berkesempatan menziarahnya hari ini akibat temujanji yang sudah dibuat sehari sebelum.
Hari ini juga, al Fatihah buat keluarga Ustaz Asri penyanyi nasyid kumpulan Rabbani kerana serangan sakit jantung. Saya tidak mengenalinya hanya tahu dan meminati lagu kumpulan berkenaan sahaja.
Entahlah, kita tidak tahu nasib sendiri kerana Maha Esa penentu segala. Doa dipanjatkan semoga menjadi insan yang taat kepadaNYA dan syurga tempat persemadian abadi.
Amin.

No comments: