Monday, August 31, 2009

Berbuka Puasa

Hidangan utama di rumah udak
Jemputan majlis berbuka puasa bersama tuan rumah (bersongkok), adik jadi spiderman malam tu

Oppss, kuih dah nak habis kita orang makan

Assalamualaikum..........
Dah 11 hari kita semua berpuasa dan kini ramai yang menrencanakan untuk sambutan hari raya.
Namun, entri kali ini mahu membicarakan mengenai berbuka puasa.
Setakat ini, saya berbuka puasa di rumah sendiri, di luar dan mendapat jemputan adik beradik. Belum lagi berkesempatan berbuka atas jemputan korporat atau majlis dengan kekawan.
Sejak masuk Berita Minggu memang dah lama tak pergi berbuka puasa korporat kerana banyak sebab, dan yang paling utama malas sangat nak pergi terutama jika tempat yang dituju jam.
Hujung minggu lalu, saya dan anak-anak (walaupun hakikatnya diaorang tak puasa - coz kecik lagi) berbuka puasa di rumah Udak dan rumah Anjang. Seronok kumpul adik beradik ini kan.
Di kampung adik-adik saya pun berkumpul jugak Ahad lalu berbuka bersama-sama, sayang kitaorang tiada kerana tiada driver nak bawak pulang selainnya saya kena bertugas Sabtu lalu. Tentu sonok kalau kitaorang bertiga ada sekali kan walaupun tak sama masa mak masih ada.
Tahun-tahun sebelum ini, ketika arwah mak masih ada, biasanya selepas solat subuh kitaorang sekeluarga akan cube cari masa balik kampung, sampai kg dalam jam 9 pagi. Biasa Mr Hubby dan saya akan singgah pasar beli lauk pauk untuk buat juadah berbuka.
So selepas zohor je kita orang dah mula masak, bukan setakat juadah untuk hidangan utama, kuih pun gotong royong buat bersama dan selalunya mak suka nak buatkan kuih koci, jongkong, kuih buah durian (dia panggil che cemek), tepung pelita dan bubur sum sum. Sedapnya.
Masa kecik-kecik dulu, mak selalu juga buat bubur masin (bubur nasi dengan lauk masin, udang kering cicah sambal tumis - dah lupa dah name dia) sebab arwah atuk suke sangat makan bubur itu. Bubur ini lebih kurang macam yam cake - tapi tak gunakan keladi sebaliknya gunakan tepung suji.
Tapi yang paling saya suke adalah kuih jongkong (bungkusnya macam tapai ubi tapi isinya tepung beras bersantan dan gula pasir) sangat sedap, makan lepas terawih lagi sedap - paling sedap kalau di sejukkan dalam peti ais. Arwah mak memang suke kuih ini. Harus dicari kuih ini kat pasar Ramadan Paya Jaras nanti.
Selain jongkong, masa arwah mak ada kitaorang suke buat buah melaka, biasanya setengah jam sebelum berbuka sibuklah dia membancuh buah melaka. sedap betui, buah melaka mak selalunya masih panas ketika dihidangkan.
Bercerita mengenai berbuka di rumah udak, kitaorang malam tu makan kari ikan dan ikan bakar, kuih masing-masing bawak dan paling mendapat sambutan sudah tentu tepung pelita (kuih sampan), kakak paling banyak makan kot , setakat yang mama kira dekat lima sampan dia makan.
Kakak siap ambik sendiri kuih tu dan menyuapkan ke mulut dengan sedap sekali rupanya. Udak memang tahu yang kakak suka kuih tu. Selain kuih tu, macam seakan wajib murtabak pasti ada, begitu juga roti john.
Di rumah anjang, kuih punya la banyak macam orang nak meniaga kuih, sebaba jemputan membawa kuih untuk berbuka. Jemputannya kami bertiga, udak di dan dak ja, pak su berdua je.
Hidangannya mee goreng yang sedap dan sup tulang manakala kuih sama macam rumah udak selain ada bingka jagung, karipap, popia (sedaplah popia jalan kuching nie),.
Kenyang betui malam tu, kecuali adik yang seperti biasa tak suke makan tapi malam tu dia makan banyak jugak mee goreng.
Di majlis yang sama, kita orang meraikan birthday ibu. Selamat Hari Jadi ibu. Birthday yang ke berapa? Kononnya, Anjang berpakat dengan Pak Usu suprisekan ibu, tapi menurut ibu dia dah syak ada sambutan birthday tu untuk dia sebab terbaca sms anjang. Kantoi Anjang.
Tapi sorry terlupa ambik gambar ibu dengan kek sebab sibuk berbuka posa.
Oklah, selamat berbuka puasa, jumpa lagi.


1 comment:

ennieva fauzi said...

kem salam Spiderman tu hehehe..mujur tak de duty call malam tu ek...posa2 orang sumer baik, Spiderman dok umah goyang kaki hehehe