Friday, August 21, 2009

Ramadan


Assalamualaikum,

Ramadan akan bermula esok dan kemestiannya kita akan berpuasa esok hari.
Tak banyak yang nak saya katakan mengenai Ramadan kerana tahun ini sedikit berbeza dengan tiada kehadiran emak selepas beliau dijemputi Ilahi.
Sebelum ini, memang ada direncanakan kami sekeluarga akan pulang ke kampung untuk menyambut puasa atau berpuasa dan berbuka bersama-sama seisi keluarga di kampung.
Rakan setugas saya sudah pun bercuti mulai semalam untuk pulang ke Penang bagi menyambut Ramadan.
Saya pula tahun ini, tiada rancangan untuk pulang ke kampung menyambut puasa, mungkin kerana tiada mak lagi dikampung.
Entahlah, ketiada mr hubby yang bertugas jauh di negeri bawah bayu juga menyebabkan rancangan berkenaan tiada dalam jadual Ramadan kali ini.
Apa pun insyallah jika ada sudi menghantar dan mengambil kami, kami bertiga mungkin akan pulang, rindu pula nak menjengah kubur mak dan abah.
Oh , ya tadi saya baru terbaca mengenai kutukan orang hasil nukilan saya mengenai satu topik, ada 36 komen saya terima yang diterbitkan dalam satu laman web portal berita online. Kelakar juga bila baca kutukan mereka dan peliknya mengapa mereka mengutuk saya di laman berkenaan sedangkan jika benar tidak puashati dgn saya boleh emel terus kepada saya kerana sudah jelas alamat emel.
Kata seorang teman, nampak sangat yang mereka nak mengutuk tetapi tidak berani atau mereka sengaja nak mengutuk supaya nama boleh keluar dalam laman web berkenaan.
Apa pun itulah hakikat tugas saya yang menjadi penulis ini. Apa pun saya tahu saya bekerja untuk tujuan mendapatkan rezeki yang halal dan saya tidak dibayar walau sesen pun untuk menulis kerana itu tugas saya. Tiada bayaran extra atau projek besar saya terima hasil penulisan berkenaan.
Apa pun sempena Ramadan ini, selamat berpuasa semua.
Wasallam

# nanti saya poskan entri mengenai kenangan Ramadan dengan mak.

No comments: