Tuesday, May 18, 2010

Mak Ngah kami

Mak Ngah (tengah)bergambar masa konvokensyen Mak Usu

Mak Ngah @Opah Ngah dengan Mak Usu Munirah


Bergambar dengan Mak Ngah di majlis pertunangan sepupu



Assalamualaikum,
Sudah lama benar saya tidak menjengah ke blog ini kerana kesibukan masa selain tak banyak yang menarik untuk di ceritakan.
Atas permintaan, saya titipkan secebis kisah diri untuk tatapan.
Minggu lalu saya menerima khabar sedih, Mak Ngah tercinta kena strok, beliau di rawat tiga hari di Hospital Pakar Seremban. Kami adik beradik hanya mengetahui keadaan mak ngah selepas beliau keluar hospital.
Selepas ketiadaan mak, Mak Ngah lah tempat kami menumpang kasih, lagipun Mak Ngah memang rapat juga dengan kami.
MakNgah lah jadi peneman ketika mak sakit tak dapat berjalan. Dia lah menjaga emak waktu sakit dan jadi peneman setia di kala bila ada kenduri kendara.
Selepas mak pergi, Mak Ngah jadi orang pada kami berlima beradik. Malah, ketika adik saya berkahwin hingga bersalin dialah menjadi peneman setia.
Kali ini, ralat juga saya kerana tidak berupaya untuk menjaganya di kala dia sakit. Mungkin masa dan tiada ruang dan peluang untuk berbuat demikian.
Mak Ngah sudah hidup sebatang kara sejak opah meninggal dunia. Dia ada seorang anak lelaki dan dikurniakan enam cucu. Jadi, bila Mak Ngah sakit, sudah tentu anak dia mengambil alih menjaganya. Memandang anaknya bekerja jauh maka, menantu dna cucu yang menjaga Mak Ngah.
Ahad lalu berkesempatan juga melihat Mak Ngah. Sedih menengokkan keadaannya kerana sebelah badannya dah tak berfungsi dan tidak lagi boleh bergerak. Terlantar dia dikatil dan percakapannya juga tidak seperti dulu.
Hari itu, ramai juga yang datang menziarahi beliau. Maklumlah Mak Ngah ringan tangan dan peramah, semua orang suka pada dia. Kalau ada kenduri kendara, kematian dan keraian dialah menjadi rujukan.
Moga Mak Ngah saya terus sihat dan pulih dari stroknya. Saya panjatkan doa untuk kesejahteraan Mak Ngah. Amin................





Wednesday, April 21, 2010

Ahli keluarga baru

Assalamualaikum,
Hujung minggu lalu, ahli keluarga baru sebelah saya berkunjung ke kediaman kami di Sg Buloh. Baru berusia 3 bulan, kali pertama ahli keluarga baru ini menjejakkan kaki ke S'gor dan Kuala Lumpur.
Pada usia 46 hari dia dah pi ke Kedah. Kunjungan Nina atau adik Nina Neno ini sangat dinantikan abang dan kakak yang asyik bertanya bila adik barunya itu akan sampai.
Celik je mata pada pagi Ahad tu, adik dah tanya mana adik Nina. Selepas itu, saya dan adik kakak siap berkemas menyambut kedatangan Nina Neno.
Adik dan kakak tak mau tido siang kerana menunggu adik yang juga sepupu kesayangan mereka itu. Hakikatnya dengan umur baru 3 bulan, bukannya Nina boleh bermain pun dengan adik dan kakak, tapi mereka berdua sangat teruja menanti kedatangan sepupu mereka itu.
Malamnya, dari Magrib sampai ke Isyak mereka berdua masih menunggu dan sayangnya ketika ketibaan Nina, kedua-duanya sudah pun terlena di depan televisyen. Adik siap berdengkur kuat malam tu.
Lega juga melihat karenah mereka yang sukakan baby memandangkan saya pun sedang menantikan kedatangan baby baru September ini.
Adik sangat loving pada adik Ninanya, sering menimang adiknya tu dengan lagi Nina Neno (bunyi macam siren ambulan). Kakak pun sama asyik nak mendokong Nina walaupun dia bukannya tahu macam mana nak mendukung baby. Adik selalu nak mencium Nina dan selalu tersasul memanggil Nina sebagai Aqil (seorang lagi sepupu dia, anak adik ketiga saya)
Berikut dirakamkan gambar mereka bertiga sepanjang dua hari satu malam kunjungan Nina bersama umi dan ayahnya, Anyah Rohaya dan Pak Ngah Rosli ke kediaman kami.

Comelnye Nina memakai topi, rupa saling tak tumpah macam ayah dia
Tengoklah aksi adik dan kakak bergambar dengan adik Nina kesayangan dia

Nina tersenyum ketika fotonya dirakamkan


Sian dia, Umi dia tahan kepala supaya tak terlentok


Abang dan adik Nina yang dah mengantuk


Kakak sayang adik Nina Neno

Tiga bersaudara bergambar manja

Lagi aksi peluk memeluk


Sangat comel Nina tido mengiring

Ala cute betuikan dia tido, baru tiga bulan sibuk nak mengiring

Tuesday, April 13, 2010

Birthday Kakak ke-6

Inilah cup cake untuk kekawan kakak

Bodyguard besar belakang kakak

Kekawan kakak memilih cup cake masing-masing


Kakak dan kekawan bergambar dengan cup cake

Berdoa mengsyukuri rahmatNya dipanjangkan umur

Kekawan menyanyikan lagu birthday dengan bersemangat sekali

Merakam kenangan bersama adik dikelilingi kekawan yang sedang makan

Suapan penuh kasih sayang untuk adik tercinta

Ai...birthdaygirl dan adik pun dapat jajan
Merakam kenangan bertiga
Assalamualaikum,
31 Mac lalu, genap umur kakak 6 tahun.
Berbeza dengan sambutan birthday tahun-tahun sebelumnya, kali ini sampai tiga sesi birthday kakak diadakan.
Satunya dikira pra birthday dua hari sebelum birtday diadakan di Pulai Spring, Skudai Jb. Sambutan dikira suprise parti di anjurkan Dak Ja dan Dak Di. Kakak berkongsi sambutan birthday dengan mak sedaranya Mok Des.
Sambutan kedua dilakukan di sekolah Kakak, Tadika As Saadah di Kampung Kubu Gajah, Sg Buloh, sehari selepas 31 Mac. Di sini, sangat meriah, cup cake untuk kekawan dan juga 'jajan'.
*Kakak marah betui kalau orang tak tahu ape itu 'jajan', jajan dengan kata lain adalah goodies beg.
Di sini, doa di baca oleh kekawan sebanyak dua kali, nyanyi lagu birthday sampai tiga kali. Kekawan kakak sangat teruja melihat cup cake dan jajan yang disediakan.
Saya dan Mr Hubby pun happy sangat menengok sambutan yang diberikan kekawan kakak. Kakak pula sangat teruja dan terharu bile kekawan nyanyi lagu birthday beramai-ramai untuk dia, ternganga jugak mulut dia bile bile mendengar kekawan nyanyi bersungguh-sungguh.
Adik pun 'terlebih sudah', nyanyi sangat kuat macam nak terkeluar tekak dia. Melompat dan berlari kegembiraan dengan sambutan kekawan kakak pada majlis ringkas waktu rehat persekolahan itu.
Cup cake yang ditempah itu sangat menarik dengan pelbagai karektor dan hiasan comel yang memikat mata memandang.
Walaupun tiada hadiah yang diberikan kekawan kerana kekawan tak tahu ada majlis hari itu, kakak nampak sangat berpuashati dan gembira. Itulah yang saya dan Mr Hubby mahukan.
Majlis ketiga diadakan dua hari selepas birthday sebenarnya, pada hari Sabtu sempena majlis naik buaian adik sepupu kaka, Nurhusnina.
Anyah, adik saya sangat berhajat membuat biurthday untuk kakak, so dia belikan kek dan buat majlis kecil dihadiri kanak-kanak sepupu sepapat keluarga sebelah Perak.
Malu-malu kucing kakak apabila orang ramai nyanyi untuk dia. Yang pasti dia gembira. Terima kasih banyak-banyak pada Anyah, siap ada jajan jugak untuk kanak-kanak.
Apa pun saya harap kakak akan kenang sangat indah ini sepanjang hidupnya, kerana betapa orang sekeliling sangat sayang pada dia.
"Membesarlah sayang menjadi anak soleh dan menggembirakan mama dan bapak". Terima kasih bebanyak pada Mr Hubby yang sangat mengambil berat dan kerja keras memastikan birthday kakak jadi kenyataan yang terindah tahun ini.
Sekian.

Aksi anak-anak di Skudai JB

Di Jusco Skudai
Lokasi yang sama setelah penat main di kid area di sebelah

Tengoklah aksi keletihan tiga bersaudara


Masih ditempat yang sama



Di Nike Warehouse, Skudai




Same tak?





Bukan main gembira di Jusco, Skudai







Thursday, April 8, 2010

ke johor bahru

Kembar tak seiras, baju je same

Birthday girl dengan kek hadiah Dak Ja

Adik yang lebih gelak, kakak control cun


Birthday suprise untuk kakak dan Mok Des


Empat keluarga di Pulau Spring, Skudai JB

Assalamualaikum,
Pada musim cuti sekolah lalu kami sekeluarga tidak bercuti. Namun sempena minggu birthday kakak yang jatuh pada 31 Mac lalu, Mr Hubby dan saya mengambil cuti khusus untuk meraikan kakak.
Namun kali ini hanya mahu bercerita mengenai kunjungan kami sekeluarga ke Johor. Kami sekeluarga berangkat ke Johor Bahru pada Ahad 28 Mac untuk meraikan konvokesyen Mok Des di UTM, Skudai.
Saya sangat teruja sebenarnya kerana hampir 12 tahun tidak ke Johor Bahru selepas kunjungan pertama pada 1998.
Anak-anak pun teruja juga sebab dah lama rasanya kita orang tidak berjalan sekeluarga selepas kunjungan ke Melaka Disember tahun lalu. Itu pun pi kenduri Pak Usu kawin.
Di Johor Bahru, kami bercuti dua hari satu malam dan penginapannya begitu klass sekali. Kami berempat sekeluarga ditemani keluarga Udak, Pak Usu dan Mok Aleh menginap di Pulai Spring. Cantik tempat itu dan penginapannya sangat selesa. Malah, kolamnya pun sangat cantik.
Anak-anak pastinya paling gembira kerana dapat berjumpa Umar. Umar ini memang geng adik. Sangat teruja ketiga-tiga bila bertemu sebaik kami sampai di UTM pada tengaharinya.
Selain bermain pelbagai mainan masing-masing, anak-anak teruja nak mandi kolam. Ssepanjang di sana, dua kali mereka pi berenang ditemani Mr Hubby dan Pak sedara yang lain.
Saya pun sempat juga berenang pada pagi Isnin menemani anak-anak yang memang tak tahu penat itu. Adik berlagak pandai mengapung diri walaupun hakikatnya dia terapung kerana bantuan pelampung di lengannya. Seronok betui dia.
Malam sebelum itu, kami diraikan kawan Udak makan di tepi laut di Pasir Gudang. Cantik pemandangannya mengadap pelabuhan di Singapura, makanan pun ok gak. Dapat juga merasa siput yang dimasak serai. Sedap juga siput ini.
Sebelum bernagkat pulang tengaharinya kami semua pi makan mee rebus tulang dan ayam penyek di Zz Restorant. Sedap betui mee rebusnya. Memandangkan saya tak makan daging maka hanya mencuba mee rebus biasa. Mr Hubby, Pak Usu, Mak Usu, Udak dan Dak Ja makan Mee rebus tulang, kakak makan nasi ayam penyek. Sedap juga nasi ini, ada tempe dan tauhu dan ulam-ulaman segar.
Lepas tu kami semua ke City Square, besar juga tempat ini dan menarik untuk di kunjungi. Satu saja yang tak best untuk kunjungan ke Johor Bahru kerana bandaraya ini dibasahi hujan menjelang petang dan kesesakannya yang merimaskan.
Apa pun berbaloi juga kunjungan kali ini dan harap akan kembali lagi untuk merasai pengalaman lain di sana.

Thursday, March 18, 2010

cuti sekolah, playground dan kolam mandi

Askum,
Cuti sekolah kali ini, anak-anak tidak ke mana-mana memandangkan saya dan Mr Hubby tak bercuti selain ada cadangan bercuti hujung bulan bagi meraikan hari besar kakak.
Justeru, bagi mengisi kekosongan waktu pada hari off day Isnin lalu, maka saya membawa anak-anak ke playground di kawasan perumahan.
Sukenya anak-anak bukan kepalang. Maka, mereka pun mengayuh basikal masing-masing. Adik seperti selalu perlu dibantu memandangkan dia tak pandai sangat mengayuh kerana baru belajar. Kakak tak perlu dibantu kerana lagaknya seperti Anuar Manan, walaupun 1,000 kali jauh bezanya.
Apa pun gembira mereka bermain buaian, jongkang jongkit dan sebagainya di taman itu. Lepas itu saya belanja makan aiskrim, sengih2 dua orang tu.
Sekembali ke rumah saya mengajak mandi dan kakak mengeluarkan idea supaya dikeluarkan kolam. Kolam plastik yang dibeli ketika dia berumur tiga tahun, kalau tak silaplah.
Maka, kolam plastik pun dicari tapi tak jumpa sampai kami semua menelefon Mr Hubby mencari kolam itu. Akhirnya bertemu juga dan dalam jam 6.45 petang dengan pakaian renang masing-masing maka berendamlah mereka berdua dalam kolam.
Di bawah adalah aksi mereka dalam kolam. Nampak puashati betui mereka berdua walaupun hanya setengah jam berendam. Saya suruh mereka berhenti apabila azan magrib berkumandang.

Gaya baru dari adik hasil tunjuk ajar kakak

Senyum manis dari kakak

Sonok betui dalam kolam


Ewah, lepak-lepak pulak



Alamak nak terjatuh pulak

Berenang-berenang, swiming-swiming

Monday, March 8, 2010

Basikal

Kakak dengan aksi menggoda la konon

Ceria disakat adik (nampak rambut sikit je dalam pic)

Pose biasa dari adik dan kakak


Adik dengan basikal baru warna biru



Seronok menayang basikal baru

Assalamualaikum,
Dah lama tak menyengah blog , kali ini saya mahu berkongsi cerita mengenai basikal.
Akhir bulan lalu, seperti dijanjikan Mr Hubby menunaikan janji membelikan adik basikal baru. Sebelum ini, adik sudah ada basikal tetapi adik tak dapat kayuh kerana ia direka khusus untuk kanak-kanak bawah tiga tahun. Selalunya, sayalah yang terpaksa tolak adik jika dia hendak naik basikal.
Kakak sudah dibelikan basikal ketika usianya tiga tahun setengah, kalau tak silap. Dia rajin berlatih dan dalam usia 4 tahun dah pandai menunggang sendiri walaupun sampai sekarang masih menggunakan roda tambahan.
Adik usianya baru tiga tahun 3 bulan tetapi cara dia macam umur orang 4 tahun. Kesian tengok dia asyik mengejar kakak naik basikal maka Mr Hubby yang memang rajin melayan kehendak anak-anak, pun berjanji membelikan adik basikal baru.
Asalnya, akhir bulan lalu kami sepakat nak membelikan adik basikal kerana dia tak ada basikal seperti kakak. Namun, sampai di kedai, bapak belikan kakak juga basikal baru memandangkan basikal dia berwarna merah kuning tu dah rosak.
Maka, senyum lebar kakak bila bapak kata dia pun akan dapat basikal baru. Dua hari pergi survey basikal yang sesuai dan selepas meninjau harga, Mr Hubby setuju beli di Paya Jaras je, so adik dapat basikal warna biru seperti dijanjikan manakala kakak warna merah dan hitam. Cantik basikal kakak, moden sikit designnya.
Sebaik saja basikal sampai dirumah dan dikeluarkan dari keta kedua-dua beradik pun apa lagi praktis mengayuh, Kakak memang pandai mengayuh basikal maka tak ada masalah bagi dia.
Masalah bagi adik kerana selama ini, dia naik basikal tetapi orang lain tolakkan dia. Maka dia tak pandai kayuh dan orang jenis cepat putus asa. Baru dua tiga kali kayuh dah malas dan lebih suka masuk rumah kerana tarikan televisyen dan 'Play House Disneynya'.
Saya selalu bagi kata semangat dekat adik supaya rajin berlatih mengayuh basikal supaya dia boleh bersaing dengan kakak.
Petang selepas dapat basikal baru Mr Hubby dah teman adik dan kakak mengayuh basikal pergi playground. Memandangkan adik tak pandai kayuh maka berpeluh juga Mr Hubby menolak dia. Adik ni satu kerenahnya, orang tak boleh lebih daripada dia, bila kakak kayuh laju dan meninggalkan dia, dia start 'keroncong senandung semalam' nangislah apa lagi. Adik minta kakak tunggu sebab dia nak menang dan berada di hadapan.
Puas jugaklah Mr Hubby melayan mereka berdua dan tiga2 senyum puas masa saya menyambut mereka pulang dari playground petang itu.
Dah dekat dua minggu, Mr Hubby pulang ke Sabah. Maka, bila saya off saya suruh anak-anak berlatih mengayuh basikal masing-masing. Kaka memang rajin dan selalu bagi galakan kepada adik.
Adik pun akhirnya makan pujuk kakak dan Ahad lalu saya bawa mereka ke palyground. Mengejutkan kerana adik dah pandai kayuh basikal dia walaupun ada masa dia ketinggalan di belakang.
Untuk memberikannya semangat, saya tolong jugak tolak basikal dia dan seperti selalu adik merungut yang kakak laju sangat, sedangkan dia nak menang.
Seronok juga melayan mereka berdua. Isnin m,ereka berlatih dan bermain-main lagi mengayuh basikal. Kakak yang memang protectif masih mengajar adik dan beri kata semangat.
Kakak memang rajin bermain basikal dia siap angkut anak-anak patung dan toynya sekali. Kadang-kadang kakak main pegi sekolah naik basikal. Adik pun mengikut kakak, dia pun bawak teddy bear yang dipanggilnya dafi tu sekali naik basikal.
Tiga empat kali juga diaorang keluar main basikal di depan rumah (masih dalam pagar), seronok juga menengok telatah dia orang.
Ok jumpa lagi.